Stan Lee (lahir sebagai Stanley Martin Lieber, 28 Disember 1922 – 12 November 2018)[1][2] ialah seorang penulis dan penyunting buku komik berbangsa Amerika Syarikat dan bekas presiden dan pengerusi syarikat Marvel Comics.

Stan Lee
Lee pada tahun 2014
KelahiranStanley Martin Lieber
(1922-12-28)28 Disember 1922
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia12 November 2018(2018-11-12) (umur 95)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
KewarganegaraanAmerika
Karya terkenal
Spider-Man
Fantastic Four
X-Men
Hulk
Iron Man
Thor
Daredevil
Doctor Strange
AnugerahComics Hall of Fame
Tandatangan
Tandatangan Stan Lee

Bersama beberapa orang pelukis ternama, khususnya Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mencipta watak Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Iron Man, Hulk, Thor, Daredevil, Doctor Strange, dan banyak lagi watak-watak cereka, sambil memperkenalkan watak-watak yang rumit dan naturalistik[3] ke dalam karya-karya komik bergenre adiwira.[4] Selain itu, beliau pernah mengetuai cabaran terulung yang berjaya melawan pertubuhan penapisan komik yang amat tegas, iaitu Comics Code Authority, sekaligus memaksa pertubuhan tersebut memperbaharui dasar-dasarnya.[perlu rujukan] Selepas itu, Lee menerajui peluasan Marvel Comics dari sebahagian kecil syarikat penerbitan lain, menjadi sebuah korporasi multimedia gergasi.

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada hari Isnin, 12 November 2018 di Pusat Kesihatan Cedars-Sinai, Los Angeles setelah digegaskan ke sana dari kediamannya di Hollywood Hills pada awal pagi akibat masalah kesihatan.[5] Kematian beliau diumumkan oleh anak perempuan beliau, Joan Celia (J. C.) Lee, dan turut disahkan oleh wakil anak perempuannya, Kirk Schenck.[2] Beliau meninggalkan dua orang anak perempuan.[6]

Beliau telah mengumumkan bahawa beliau menghidap radang paru-paru sejak awal tahun 2018 dan pernah digegaskan ke hospital pada awal Februari tahun tersebut kerana kesesakan nafas dan denyutan jantung tak tetap, namun jurucakap beliau mengatakan beliau berkeadaan baik.

Kematian beliau diikuti oleh penghormatan yang diberikan oleh peminat-peminatnya dan juga bintang ternama melalui laman media sosial.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Lee, Stan, and Mair, George. Excelsior!: The Amazing Life of Stan Lee (Fireside, 2002), p.5. ISBN 0-684-87305-2
  2. ^ a b Barnes, Mike (12 November 2018). "Stan Lee, Marvel Comics' Real-Life Superhero, Dies at 95" [Adiwira Sebenar Marvel Comic, Stan Lee, Meninggal Dunia pada Umur 95 Tahun]. Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2018. Dicapai pada 13 November 2018.
  3. ^ http://www.ft.com/cms/s/0/f7998de4-de75-11dd-8372-000077b07658.html
  4. ^ http://goodcomics.comicbookresources.com/2009/01/10/another-weekend-in-westchester/
  5. ^ Reuters (13 November 2018). "Tiada lagi penampilan khas Stan Lee". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-13. Dicapai pada 13 November 2018.
  6. ^ Lowry, Brian (12 November 2018). "Stan Lee, Marvel Comicbook Legend, Dies at 95" [Legenda Buku Komik Marvel, Stan Lee, Meninggal Dunia pada Usia 95 Tahun]. Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-12. Dicapai pada 13 November 2018.
  7. ^ Torrealba, Isabel (12 November 2018). "The Stars of the Marvel Universe and Beyond Pay Tribute to Stan Lee" [Bintang-bintang Dunia Marvel dan Selanjutnya Memberikan Penghormatan kepada Stan Lee]. Slate (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-13. Dicapai pada 13 November 2018.

Pautan luar sunting

Audio/video sunting