Stesen LRT Ara Damansara

Stesen LRT Ara Damansara ialah stesen LRT yang terletak di Taman Putra Damai, Petaling Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran laluan ini ke Putra Heights.[1]

Ara Damansara Rapid KL
Stesen Ara Damansara dilihat dari Jalan Lapangan Terbang Subang.
LokasiStesen Ara Damansara, Jalan PJU 1a/44, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′30″N 101°35′11″E / 3.10833°N 101.58639°E / 3.10833; 101.58639Koordinat: 3°06′30″N 101°35′11″E / 3.10833°N 101.58639°E / 3.10833; 101.58639
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 772, T773
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan667 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ26 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan PJU 1a/44, Petaling Jaya, Selangor berhampiran dengan Jalan Lapangan Terbang Subang. Stesen ini terletak bersebelahan pusat membeli-belah Evolve Concept Mall, Pusat Perdagangan Dana 1, Dataran PHB, pangsapuri G-Residences dan PPR Lembah Subang 2.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (CGC-Glenmarie)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Lembah Subang)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kereta, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian 

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 667 petak parkir kereta — 10 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 140 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan 772 dan T773 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.