Stesen LRT Awan Besar

Stesen LRT Awan Besar ialah stesen LRT di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di kawasan perumahan Awan Besar, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Oktober 2015 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

Awan Besar Rapid KL
LokasiStesen Awan Besar, Jalan 4/155, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°3′43.3″N 101°40′14.3″E / 3.062028°N 101.670639°E / 3.062028; 101.670639Koordinat: 3°3′43.3″N 101°40′14.3″E / 3.062028°N 101.670639°E / 3.062028; 101.670639
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 651, 652, T580, T582, T583
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan193 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP19 
Sejarah
Dibuka31 Oktober 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 4/155, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Terletak kira-kira 400m timur laut stesen adalah Persimpangan Awan Besar   Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Juga terletak berhampiran stesen adalah Dewan Freemason Bukit Jalil, kondominium Kiara Residences, kondominium Bukit OUG dan taman perumahan Bukit Jalil.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sri Petaling)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Muhibbah)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 193 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan 651, 652, T580, T582 dan T583 berkhidmat di stesen ini. Pavilion Bukit Jalil juga menbekalkan servis bas percuma dari stesen ini ke pusat beli belah setiap 40 minit.

Rujukan sunting

  1. ^ Ryannesh Panicker (23 Okt 2015). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jan 2020. Dicapai pada 6 Jan 2020.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.