Stesen LRT Bandar Puteri

Stesen LRT Bandar Puteri ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan dan perniagaan di Bandar Puteri di selatan Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Mac 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini. Ketika pembukaan, stesen ini merupakan terminus selatan bagi Laluan Sri Petaling.[1]

Bandar Puteri Rapid KL
LokasiStesen Bandar Puteri, Jalan Puchong–Dengkil, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°01′1.4″N 101°36′46.2″E / 3.017056°N 101.612833°E / 3.017056; 101.612833Koordinat: 3°01′1.4″N 101°36′46.2″E / 3.017056°N 101.612833°E / 3.017056; 101.612833
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform1
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP27 
Sejarah
Dibuka31 Mac 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map


Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak diatas Jalan Puchong–Dengkil di Bandar Puteri, Puchong. Di sebelah timur stesen adalah kawasan perniagaan Bandar Puteri manakala di sebelah barat laut stesen adalah persimpangan Puchong Intan,   Lebuhraya Damansara-Puchong. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan dan industri Taman Puchong Intan, pasar basah Puteri Mart dan gereja Katolik Roman Church Of Our Lady Of Guadalupe.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Puchong Perdana)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Taman Perindustrian Puchong)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Azyyati Ahmad (28 Mac 2016). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jul 2018. Dicapai pada 21 Okt 2019.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.