Stesen LRT Miharja

Stesen LRT Miharja ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kompleks Flat Miharja. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Miharja Rapid KL
ميهرجا
LokasiStesen Miharja, Jalan 1/93, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°E / 3.12083; 101.71778Koordinat: 3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°E / 3.12083; 101.71778
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaanDisediakan oleh DBKL
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG12 
Sejarah
Dibuka16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 1/93, Taman Miharja, Kuala Lumpur. Di sebelah timur laut stesen adalah kompleks Flat Miharja dan di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Ikan Emas   Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli belah Viva, Hotel Vivatel Kuala Lumpur dan SMK Miharja.

Pelan stesen sunting

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Chan Sow Lin)
AG Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Maluri)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[4]

Rujukan sunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.