Stesen LRT PWTC adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra, Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen yang terletak berhampiran PWTC. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.

PWTC Rapid KL
ڤوترا ورلد تريد سينتر
LokasiStesen PWTC, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′00″N 101°41′37″E / 3.16667°N 101.69361°E / 3.16667; 101.69361Koordinat: 3°10′00″N 101°41′37″E / 3.16667°N 101.69361°E / 3.16667; 101.69361
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Sambunganstesen sambungan Keretapi Tanah Melayu Putra
Pengangkutan bas SJ Bus: BET5, BET6
Pengangkutan bas Rapid Bus: 852
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG4   SP4 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Gombak di Putra, Kuala Lumpur. Di sebelah kiri stesen adalah pusat membeli-belah Sunway Putra. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Bistari, kondominium Villa Putra, kondominium Villa Puteri, hotel Sunway Putra, hotel Regalia Suites, hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Menara Dato Onn dan Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC).

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Sultan Ismail)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sultan Ismail)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Titiwangsa)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Titiwangsa)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke Sunway Putra Mall dan 1 2 Putra  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas Setara Jaya laluan BET5, BET6 dan Bas RapidKL laluan 852 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.