Stesen LRT Sentul Timur

Stesen LRT Sentul Timur adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal barat bagi Laluan Ampang dan stesen terminal utara bagi Laluan Sri Petaling. Stesen ini juga merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.

Sentul Timur Rapid KL
LokasiStesen Sentul Timur, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°11′9″N 101°41′43″E / 3.18583°N 101.69528°E / 3.18583; 101.69528Koordinat: 3°11′9″N 101°41′43″E / 3.18583°N 101.69528°E / 3.18583; 101.69528
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T180
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan55 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG1   SP1 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhirLaluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Pangsapuri Bandar Baru Sentul manakala di sebelah barat stesen adalah SK Convent Sentul 2. Juga terletak berhampiran stesen adalah Pangsapuri Mawar, kondominium SkyMeridien Sentul East, kondominium Rafflesia Sentul, kondominium The Fennel Sentul East, kuil Athi Eeswaran dan Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Sentul)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sentul)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang dan 4 Laluan Sri Petaling berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 55 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Pintu stesen sunting

Stesen LRT Sentul Timur mempunyai dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.

Insiden sunting

Pada 27 Oktober 2006, sebuah tren LRT enam gerabak yang tiba dari Ampang secara tiba-tiba bergerak laju selepas berhenti di stesen ini dan melampaui hujung landasan selepas stesen ini, menyebabkan separuh gerabak hadapan terayun-ayun 25 m dari aras tanah.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-10. Dicapai pada 2013-08-17.