Stesen LRT Taman Jaya

Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Jaya,Malaysia

Stesen LRT Taman Jaya merupakan stesen LRT yang terletak di Petaling Jaya,Selangor, Malaysia dan sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dinamakan bersempena Taman Jaya di Seksyen 10, iaitu taman pertama yang diasaskan di Petaling Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian daripada segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]

Taman Jaya Rapid KL
Struktur stesen LRT Taman Jaya dari jalan raya.
LokasiStesen LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°6′14″N 101°38′42″E / 3.10389°N 101.64500°E / 3.10389; 101.64500Koordinat: 3°6′14″N 101°38′42″E / 3.10389°N 101.64500°E / 3.10389; 101.64500
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T640
Pengangkutan bas PJ City: PJ02
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ20 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Universiti
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Asia Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen Taman Jaya terletak di sepanjang Persiaran Barat berhampiran simpang Lorong Sultan di utara Seksyen 52 Petaling Jaya, Selangor. Selain Seksyen 52, stesen ini juga terletak tidak jauh dari Seksyen 9 Petaling Jaya, pusat membeli-belah Amcorp Mall, restoran A&W, Menara Yayasan Selangor, Menara PJX HM Shah, Mahkamah Majistret Munisipal Petaling Jaya, ibu pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Meteorologi Malaysia Petaling Jaya, bangunan PKNS Petaling Jaya, Dataran Petaling Jaya, taman rekreasi Taman Jaya, dan Gereja Anglikan St Paul.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KL Gateway-Universiti)
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Asia Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan kedai serbaguna  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T640 dan bas PJ City laluan PJ02 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.