Stigma sosial ialah perasaan tidak puas atau suka terhadap individu tertentu berdasarkan ciri-ciri yang mendapat tanggapan buruk masyarakat. Ia boleh datang melalui pelbagai faktor, sama ada ia berkaitan dengan budaya, obesiti, jantina, bangsa mahupun penyakit.

Stigma ini boleh mempengaruhi kelakuan individu yang terjejas; individu tersebut cenderung mula berkelakuan sepertimana yang dijangkakan stereotaip masyarakat. Bahkan, ia turut membentuk emosi dan kepercayaan mereka.[1] Individu yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang distigmakan ini mula menyedari keadaan sebegini apabila mereka mendapat layanan yang tidak sama serta juga disisihkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mula sedar akan kebanyakan stereotaip budaya di persekitaran mereka seawal 10 tahun, malah tanggapan budaya sebegini boleh dirasai kanak-kanak yang tergolong dalam masyarakat yang mendapat stigma mereka pada usia yang lebih muda lagi."[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Brenda Major; Laurie T. O'Brien (2005). "The Social Psychology of Stigma". Annual Review of Psychology. 56 (1): 393–421. doi:10.1146/annurev.psych.56.091103.070137.