Still You ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2012 dibintangi oleh Shin Eun-kyung, Kim Seung-soo, Wang Bit-na dan Song Jae-hee. Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 21 Mei sehingga 3 December 2012 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:30 malam sebanyak 124 episod.

Still You
Juga dikenali sebagai
You're Still the One
GenreRomantik
Melodrama
Keluarga
Ditulis olehPark Eon-hee
Lee Hyun-jung
PengarahPark Kyung-ryul
Dibintangi oleh
Shin Eun-kyung
Kim Seung-soo
Wang Bit-na
Song Jae-hee
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod124
Penerbitan
LokasiKorea Selatan
Tempoh siaran30 minit pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 19:20 (KST)
Penyiaran
Saluran asalSeoul Broadcasting System
Siaran asal21 Mei 2012 (2012-05-21) – 3 Disember 2012 (2012-12-03)
Kronologi
MengikutiMy Daughter the Flower
Diikuti olehThe Birth of a Family
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang kebahagiaan kehidupan pasangan Cha Soon Young (Shin Eun-kyung) dan Na Han Joon (Kim Seung-soo). Namun segalanya berubah apabila Han Joon menghadapi masalah dalam perniagaannya sehingga mengancamnya ke bakal penjara. Bermacam cara Han Joon telah lakukan namun belum dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.

Han-joon kemudian bertemu dengan bekas kekasihnya, Kang Chae-rin (Wang Bit-na) yang sangat kaya raya yang masih memendam rasa cinta pada Han-joon. Chae-rin sebenarnya ingin memiliki syarikat datuknya kelak. Namun untuk mendapatkan syarikat tersebut, Chae-rin harus berkahwin. Chae-rin yang terdesak kemudian menawarkan bantuan kepada Han-joon dan berjanji akan membantu untuk menyelesaikan masalah syarikat milik Han-joon dengan syarat mereka harus berkahwin. Namun Chae-rin dan Han-joon terpaksa menipu datuk Chae-rin dengan merahsiakan bahawa perkahwinan mereka hanyalah atas dasar kontrak semata-mata.


Setelah berkahwin dengan Chae-rin, Han-joon mulai terpesona dengan kemewahan keluarga Chae-rin dan kini dikuasai perasaan tamak yang inginkan harta keluarga Chae-rin. Bahkan Han-joon sanggup untuk menceraikan isterinya, Soon-young. Puas Soon-yung merayu agar tidak diceraikan namun Han-joon tidak mengendahkan rayuan Soon-young. Malah Han-joon juga kini telah berkahwin secara sah dengan Chae-rin. Bagi membalas dendam diatas perbuatan bekas suaminya itu, Soon-young kemudian mulai menjalinkan hubungan cinta dengan musuh ketat Han-joon yang juga merupakan abang kepada Chae-rin, iaitu Woo Jin (Song Jae-hee). Soon-young sengaja mendekati Woo-jin agar Han-joon cemburu. Namun, tanpa disedari hubungan Woo-jin dan Soon-young akhirnya mulai menjadi serius. Han-joon yang melihat kemesraan diantara Soon-young dan Woo-jin berasa mula menyesali akan perceraiannya dan ingin kembali kepada Soon-young. Akan tetapi, semudah itukah Soon-young menerima Han-joon kembali? Bagaimanakah perasaannya terhadap Woo-jin?

Pelakon sunting

Keluarga Han-joon
Keluarga Chae-rin
  • Kim Sung-kyum - Kang Beom-seok
  • Park Jung-soo - Kim Yi-hyun
  • Lee Eun-jung - Kang Hee-jin
Lain-lain
  • Lee Deok-hee - Seo Nam-joo
  • Yoon Hyun-min - Lee Jae-ha
  • Go Myung-hwan - Sung Dong-chul
  • Hwang Hyo-eun - Lee Kyung-joo
  • Nam Kyung-eub - Baek Hwa-soo
  • Jung Ye-ji - Jang Hyun-hee
  • Seo Yun-ah - Son Myung-ji
  • Jang Ka-hyun

Pautan luar sunting