Strombreaker ialah filem cereka pengintip adaptasi daripada novel Anthony Horowitz yang sama nama dengannya. Filem ini ialah siri pertama dalam siri Alex Rider. Ia dibintangi oleh pelakon remaja British Alex Pettyfer sebagai pengintip remaja bersama pelakon Mickey Rourke dan Ewan McGregor. Di Amerika Syarikat filem ini telah diubah tajuk kepada Alex Rider: Operation Strombreaker.

Stormbreaker
Poster Stormbreaker poster
PengarahGeoffrey Sax
PenulisAnthony Horowitz (novel dan lakon layar)
Dihasilkan olehMarc Samuelson
Peter Samuelson
Steve Christian
Andreas Grosch
DibintangiAlex Pettyfer
Ewan McGregor
Mickey Rourke
Bill Nighy
Andy Serkis
Alicia Silverstone
Ashley Walters
Sarah Bolger
Jimmy Carr
Muzik olehAlan Parker
Diedarkan olehEntertainment Film Distributors (UK)
MGM/The Weinstein Company (USA)
Tarikh tayangan
21 Julai 2006 (UK)
6 Oktober 2006 (US)
Masa tayangan
93 min.
NegaraUnited Kingdom United Kingdom
BahasaInggeris
Bajet$40 juta (£25 juta)
Pecah panggung$23,937,870[1]

Pelakon sunting

Watak Pelakon
Alex Rider Alex Pettyfer
Jack Starbright Alicia Silverstone
Darrius Sayle Mickey Rourke
Mrs. Tulip Jones Sophie Okonedo
Mr. Alan Blunt Bill Nighy
Yassen Gregorovich Damian Lewis
Smithers Stephen Fry
Sabina Pleasure Sarah Bolger
Mr. Grin Andy Serkis
Nadia Vole Missi Pyle
Wolf Ashley Walters
Ian Rider Ewan McGregor
John Crawley Jimmy Carr
Perdana Menteri Robbie Coltrane

Plot sunting

Alex Rider (Alex Pettyfer) adalah seorang anak yatim piatu yang berusia 14 tahun, dia tinggal bersama pakciknya Ian Rider (Ewan McGregor) dan penjaga rumah mereka iaitu Jack Starbright (Alicia Silverstone). Suatu ketika Alex Rider dengan penjaga rumahnya sedang makan malam di rumah apabila loceng pintu berdering. Alex Rider menyangka pakciknya Ian Rider yang pulang, sebaliknya polis datang ke rumah ingin memberi tahu yang pakciknya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya (sebaliknya pada permulaan cerita pakciknya ditembak oleh Yassen Gregorovich iaitu watak antogonis daripada syarikat Sayle) dan ketika itulah Alex Rider tahu yang pakciknya seorang pengintip daripada satu organisasi rahsia (M16).

Rujukan sunting

Pautan luar sunting