Paul Van Haver [ˈpɔːl vɑn ɦɑvər] (lahir 12 Mac 1985) atau nama pentasnya Stromae [stʁomaj,[1] stro-mai] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Belgium yang mengkhusus dalam genre-genre hip hop dan muzik elektronik.

Stromae
Stromae pada tahun 2011
Latar belakang
Nama lahirPaul Van Haver
Kelahiran (1985-03-12) 12 Mac 1985 (umur 39)
Etterbeek, Brussels, Belgium
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
mosaert.com/projects/stromae

Beliau telah memenangi seberapa anugerah ternama sepanjang kerjayanya, termasuk Victoires de la musique - anugerah muzik berprestij Perancis - sebanyak 2 kali - pada tahun 2011 untuk album Cheese[2] dan 2014 untuk album Racine carrée.[3]

Biografi sunting

Paul Van Haver lahir di Brussels pada 12 Mac 1985. Beliau berdarah kacukan - ayahnya Pierre Rutare seorang arkitek kaum Tutsi dari Rwanda manakala ibunya Miranda van Haver seorang suri rumah dari Flanders.[4][5][6] Ayahnya terbunuh dalam sebuah pembunuhan beramai-ramai semasa melawati saudara-maranya di Rwanda, dia dan adik-beradiknya dibesarkan bersama ibunya di Laeken selepas itu.[4][7]

Beliau memulakan kerjaya muziknya sebagai seorang penyanyi rap dengan nama pentas Opmaestro sebelum menukar nama kepada "Stromae" tidak lama kemudian.

Lagu dari album pertamanya berjudul "Alors on danse" segera menjadi masyhur dan mengungguli carta pertama di kebanyakan negara serata Eropah pada 2010.

Gaya muzik sunting

Muzik dikaryakan beliau dalam genre hip hop dan muzik elektronik yang turut diterapkan unsur-unsur muzik dunia, lagi-lagi gaya muzik Congo yang didedahkan kepadanya semasa kecil.[8] Lagu-lagu yang digubahnya turut menarik perhatian kerana menyentuh topik-topik berat dan semasa dari krisis hubungan dalam keluarga[9] dan ketagihan media sosial[9] malah sejauh penderitaan kanser.[10][9]

Diskografi sunting

Album studio sunting

EP sunting

  • 2007: Juste un cerveau, un flow, un fond et un mic...

Mixtape sunting

  • 2006: Freestyle Finest
  • 2009: Mixture Elecstro

Rujukan sunting

  1. ^ Mortaigne, Véronique (28 Ogos 2013). "« Stromae : melting-pot belge »". Le Monde (dalam bahasa Perancis). ....Stromae, prononcer Stromaï, à la bruxelloise...
  2. ^ "Gaëtan Roussel, Lavilliers, Stromae et Ben l'Oncle Soul… vainqueurs des Victoires de la Musique" (dalam bahasa Perancis). Gala. 10 February 2011. Dicapai pada 22 April 2019.
  3. ^ "Palmarès 2014" (dalam bahasa Perancis). Victoires de la musique. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2014. Dicapai pada 22 April 2019.
  4. ^ a b "Tracing Stromae's Rwandan roots". www.newtimes.co.rw. Dicapai pada 2019-08-04.
  5. ^ Champenois, Sabrina (1 Mac 2011). "Le bel hybride". Libération.
  6. ^ Coljon, Thierry (24 Disember 2010). "Ma journée avec Stromae, de Laeken à Vilvorde" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Scott, Sayare (14 Oktober 2013). "Stromae: Disillusion With a Dance Beat". The New York Times. Dicapai pada 28 Oktober 2014.
  8. ^ Sagnard, Arnaud (September 2013). "« La formidable histoire de Stromae »". GQ France (dalam bahasa Perancis). No. 67. m/s. 126–133.
  9. ^ a b c Grosjean, Marianne (16 Ogos 2013). "Stromae sort un deuxième album aussi noir qu'inégal »". Tribune de Genève (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Marolle, Emmanuel (19 Ogos 2013). "«Stromae, la danse des maux »". Le Parisien (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting