Subspesies Canis lupus

rencana senarai Wikimedia

Canis lupus mempunyai 40 subspesies yang kini diperihalkan, termasuk dingo, Canis lupus dingo, dan anjing bela jinak, Canis lupus familiaris, dan banyak subspesies serigala di seluruh hemisfera Utara. Subspesies tatanama ialah Canis lupus lupus.

Tengkorak seekor serigala Eropah.
Tengkorak seekor serigala Kanada.
Taburan asal subspesies serigala.
Taburan kini subspesies serigala (tanpa anjing bela jinak).

Canis lupus diuji Kurang Membimbangkan oleh IUCN, kerana wilayahnya yang agak meluas dan arah aliran populasi stabil bermaksud spesies ini, pada tahap global, tidak memenuhi, atau hampir memenuhi, mana-mana kriteria untuk kategori terancam. Walau bagaimanapun, sesetengah populasi tempatan dikelaskan sebagai Terancam,[1] dan sesetengah subspesies adalah terancam atau pupus.

Taksonomi biologi adalah tidak tetap, dan penempatan takson disemak sebagai disebabkan oleh kajian baharu. Pengkategorian semasa bagi subspesies Canis lupus ditunjukkan di bawah. Yang juga termasuk ialah sinonim, yang kini merupakan pendua tidak digunakan lagi atau penamaan tidak betul, atau dalam kes sinonim anjing bela jinak, takson lama merujuk subspesies anjing bela jinak yang, apabila anjing diisytiharkan sebagai subspesies tersendiri, tidak mempunyai tujuan lagi. Nama umum yang diberikan mungkin berbeza, kerana tidak mempunyai maksud yang tetap.

Ubahan geografi sunting

Serigala menunjukkan banyak polimorfisme secara geografi, tetapi ia boleh membiak silang. Kebun Binatang London contohnya pernah sekali berjaya mengawankan seekor serigala Eropah jantan dengan seekor serigala India betina, menghasilkan anak serigala yang hampir menyerupai persamaan dengan bapanya.[2]

Eropah sunting

Serigala Eropah cenderung untuk mempunyai bulu kasar dengan kurang wul lembut saling bercampur daripada serigala Amerika. Kepalanya adalah kurang lebar, telinganya lebih panjang, terletak lebih tinggi dan agak-agak lebih dekat dengan satu sama lain. Loinnya adalah lebih langsing, tungkainya lebih panjang, kakinya kurang lebar, dan ekornya lebih tipis dilitupi dengan bulu.[3] Warna pelt pada serigala Eropah berjulat daripada putih, krim, merah, kelabu dan hitam, kadang-kadang dengan semua warna tergabung. Serigala di Eropah tengah cenderung untuk lebih kaya dengan warna daripada yang di Eropah Utara. Serigala Eropah timur cenderung untuk menjadi lebih pendek dan lebih terbina daripada yang di Rusia Utara.[4]

Amerika Utara sunting

Serigala Amerika Utara pada amnya bersaiz sama dengan serigala Eropah, tetapi mempunyai tungkai lebih pendek, kepala lebih besar dan lebih bundar, muncung lebih lebar dan lebih cakah, dan lekukan deria di kesatuan hidung dengan dahi, yang lebih melengkung dan lebar. Telinganya adalah lebih pendek dan mempunyai bentuk lebih seperti kon. Ia secara tipikal kekurangan tanda hitam di kaki hadapan, seperti pada baka Eropah. Ia mempunyai bulu panjang dan agak halus, bercampur dengan bulu wul lebih pendek, dan adalah lebih teguh.[3] Warna bulu pada serigala Amerika berjulat daripada putih, hitam, merah, kuning, perang, kelabu, dan kulit beruban, dan yang lain yang mewakili setiap warna antara, sungguhpun biasanya setiap ketempatan mempunyai tinta lazimnya. Ada perbezaan pada serigala Amerika Utara dari ketempatan berbeza; serigala dari Texas dan New Mexico ialah haiwan yang agak langsing dengan gigi kecil.[5] Serigala Mexico terutamanya menyerupai sesetengah serigala Eropah dari segi ketinggian, tetapi kepalanya biasanya lebih lebar, lehernya lebih tebal, telinganya lebih panjang dan ekornya lebih pendek.[6] Serigala dari banjaran utara dan tengah Pergunungan Rocky dan banjaran pinggir laut ialah haiwan yang lebih menggerunkan daripada serigala dataran lebih selatan, dan menyerupai serigala Rusia dan Skandinavia dari segi saiz dan perkadaran.[5]

Senarai subspesies sunting

Subspesies Canis lupus sunting

Subspesies setakat 2005:[7]

Subspesies Autoriti Perihal Wilayah Sinonim
Serigala Eurasia
Canis lupus lupus (subspesies tatanama)
 
Linnaeus 1758[8] Pada amnya subspesies besar berukuran panjang 105–160 cm (41–63 in) dan berat 40–80 kg (88–176 lb). Peltnya biasanya merupakan campuran oker karat dan kelabu muda.[9] Mempunyai wilayah terbesar antara subspesies serigala dan merupakan yang paling am di Eropah dan di Asia, di seluruh Eropah Barat, di Skandinavia, di Kaukasus, di Rusia, di China, di Mongolia, dan di Pergunungan Himalaya. Habitat bertindih dengan serigala Iran di sesetengah rantau Turki. altaicus (Noack, 1911), argunensis (Dybowski, 1922), canus (Sélys Longchamps, 1839), communis (Dwigubski, 1804), deitanus (Cabrera, 1907), desertorum (Bogdanov, 1882), flavus (Kerr, 1792), fulvus (Sélys Longchamps, 1839), italicus (Altobello, 1921), kurjak (Bolkay, 1925), lycaon (Trouessart, 1910), major (Ogérien, 1863), minor (Ogerien, 1863), niger (Hermann, 1804), orientalis (Wagner, 1841), orientalis (Dybowski, 1922), signatus (Cabrera, 1907)[10]
Serigala tundra
Canis lupus albus
 
Kerr 1792[11] Satu subspesies besar, dengan dewasa berukuran panjang 112–137 cm (44–54 in), dan berat 36.6–52 kg (81–115 lb). Bulunya adalah sangat panjang, padat, gebu dan lembut dan biasanya berwarna sangat muda dan kelabu. Bulu bawah ialah kelabu plumbum dan bulu atas berwarna kelabu kemerah-merahan.[9] Tundra utara dan zon-zon hutan di bahagian Eropah dan di bahagian Asia Rusia dan Kamchatka. Di luar Rusia, wilayahnya termasuk bahagian utara ekstrem Skandinavia[9] dybowskii (Domaniewski, 1926), kamtschaticus (Dybowski, 1922),

turuchanensis (Ognev, 1923)[12]

Serigala Semenanjung Kenai
Canis lupus alces
Goldman 1941[13] Serigala besar yang berukuran panjang melebihi 200 cm (79 in) dan berat melebihi 45–90 kg (99–198 lb). Saiz besarnya disangkakan merupakan adaptasi terhadap perburuan moose besar Semenanjung Kenai.[14] Semenanjung Kenai
Serigala Arab
Canis lupus arabs
 
Pocock 1934[15] Serigala kecil "teradaptasi gurun" yang berketinggian sekitar 66 cm (26 in) dan pada purata berberat sekitar 18 kg (40 lb).[16] Bulunya berbeza-beza daripada pendek pada musim panas dan panjang pada musim sejuk, mungkin kerana sinaran matahari.[17] Israel selatan, Iraq selatan dan barat, Oman, Yaman, Jordan, Arab Saudi, dan mungkin sesetengah bahagian Semenanjung Sinai
Serigala Artik
Canis lupus arctos
 
Pocock 1935[18] Serigala bersaiz sederhana yang berketinggian antara 64–79 cm (25–31 in) dan berpanjang antara 89–189 cm (35–74 in), berberat antara 35–45 kg (77–99 lb) pada purata, tetapi terdapat spesimen yang dijumpai berberat sehingga 68 kg (150 lb).[19][20] Artik Kanada, Alaska dan Greenland utara
Serigala Mexico
Canis lupus baileyi
 
Nelson dan Goldman 1929[21] Subspesies yang berberat 25–45 kg (55–99 lb) dan berukuran jumlah panjang 140–170 cm (55–67 in) (hidung ke hujung ekor), dan berketinggian bahu 72–80 cm (28–31 in). Peltnya mengandungi campuran kelabu, hitam, perang, dan warna karat dalam corak berciri, dengan bahagian bawah putih[22] Mexico Utara, Texas berat, New Mexico selatan, dan Arizona tenggara dan tengah[22]
Serigala Newfoundland
Canis lupus beothucus
 
G. M. Allen dan Barbour 1937 Subspesies berwarna putih, pupus pada 1911, biasanya berukuran panjagn 180 cm (71 in) dan berat 45 kg ([convert: unit mismatch])[14] Newfoundland
Serigala Bernard
Canis lupus bernardi
Anderson 1943 Subspesies ini menjadi pupus pada 1934. Ia diperihalkan "putih dengan bulu berhujung hitam di sepanjang permatang belakang".[23] Terhad di Pulau Banks dan Pulau Victoria di Artik banksianus (Anderson, 1943)[24]
Serigala steppe
Canis lupus campestris
Dwigubski 1804 Serigala saiz purata dengan bulu pendek, kasar dan jarang. Bulunya berwarna kelabu muda di sisi dan berwarna kelabu keperang-perangan karat di belakang[9] Ukraine utara, Kazakhstan selatan, Kaukasus dan Trans-Kaukasus[9] bactrianus (Laptev, 1929), cubanenesis (Ognev, 1923), desertorum (Bogdanov, 1882)[25]
Serigala Tibet
Canis lupus chanco
 
Gray 1863 Subspesies kecil yang beratnya jarang melebihi 45 kg (99 lb). Ia berwarna kelabu keputih-putihan muda, dengan campurang ton keperang-perangan di bahagian atas badan[9] Asia Tengah dari Turkestan, Tien Shan ke seluruh Tibet ke Mongolia, ke China Utara, ke Shensi, ke Sichuan, ke Yunnan, Himalaya Barat di Kashmir dari Chitral ke Lahul.[26] Juga hadir di Semenanjung Korea[27] coreanus (Abe, 1923), dorogostaiskii (Skalon, 1936), ekloni (Przewalski, 1883), filchneri (Matschie, 1907), karanorensis (Matschie, 1907), laniger (Hodgson, 1847), niger (Sclater, 1874), tschiliensis (Matschie, 1907)[28]
Serigala British Columbia
Canis lupus columbianus
Goldman 1941 Yukon, British Columbia, dan Alberta
Serigala Pulau Vancouver
Canis lupus crassodon
 
Hall 1932 Subspesies bersaiz sederhana, ia pada amnya berbulu berwarna putih kekelabu-kelabuan atau putih. Ia merupakan subspesies sangat sosial dan biasanya boleh dijumpai merantau dalam kawanan lima ekor hingga tiga puluh lima ekor individu.[29] Pulau Vancouver, British Columbia
Dingo
Canis lupus dingo
 
Meyer 1793 Pada amnya berketinggian 52–60 cm (20–24 in) pada bahu dan berukuran 117–124 cm (46–49 in) dari hidung ke hujung ekor. Berat purata ialah 13–20 kg (29–44 lb).[30] Diturunkan daripada anjing terbela jinak jalang, tetapi telah berubah ansur menjadi haiwan agak liar di hampir keseluruhan wilayahnya. Warna bulu hampir kepasiran hingga perang kemerah-merahan, tetapi juga termasuk corak sawo matang dan kadang-kadang hitam, perang muda, atau putih[31] Australia, Thailand, India, Indonesia, New Guinea dan Kepulauan Solomon antarcticus (Kerr, 1792), australasiae (Desmarest, 1820), australiae (Gray, 1826), dingoides (Matschie, 1915), macdonnellensis (Matschie, 1915), novaehollandiae (Voigt, 1831), papuensis (Ramsay, 1879), tenggerana (Kohlbrugge, 1896), harappensis (Prashad, 1936), hallstromi (Troughton, 1957)[32]
Anjing bela jinak
Canis lupus familiaris
 
Linnaeus 1758 Cenderung untuk mempunyai tengkorang 20% lebih kecil dan otak 30% lebih kecil,[33] serta gigi lebih kecil secara berkadaran daripada subspesies serigala lain[34] Tapak anggota anjing adalah setengah saiz daripada yang pada serigala, dan ekornya cenderung untuk melingkar ke atas, satu lagi trait yang tidak dijumpai pada serigala[16]

Melalui pembiakbakaan terpilih oleh manusia, anjing telah berkembang menjadi beratus-ratus baka berlainan, dan menunjukkan lebih ubahan tingkah laku dan morfologi daripada mana-mana mamalia darat lain.[35] Contohnya, ketinggian diukur hingga kelasa berjulat dari 6 in (15 cm) pada anjing Chihuahua hingga 3.3 ka (100 cm) pada anjing pemburu serigala Ireland; warna berubah-ubah daripada putih melalui kelabu (biasanya dipanggil "biru") hingga hitam, dan perang daripada terang (sawo matang) hingga gelap ("merah" atau "coklat") dalam variasi berbagai-bagai pola; bulu mungkin pendek atau panjang, kasar hingga seperti wul, lurus, keriting, atau licin.[36] Salin bulu adalah biasa pada kebanyakan baka.

Seluruh dunia aegyptius (Linnaeus, 1758), alco (C. E. H. Smith, 1839), americanus (Gmelin, 1792), anglicus (Gmelin, 1792), antarcticus (Gmelin, 1792), aprinus (Gmelin, 1792), aquaticus (Linnaeus, 1758), aquatilis (Gmelin, 1792), avicularis (Gmelin, 1792), borealis (C. E. H. Smith, 1839), brevipilis (Gmelin, 1792)

cursorius (Gmelin, 1792) domesticus (Linnaeus, 1758) extrarius (Gmelin, 1792), ferus (C. E. H. Smith, 1839), fricator (Gmelin, 1792), fricatrix (Linnaeus, 1758), fuillus (Gmelin, 1792), gallicus (Gmelin, 1792), glaucus (C. E. H. Smith, 1839), graius (Linnaeus, 1758), grajus (Gmelin, 1792), hagenbecki (Krumbiegel, 1950), haitensis (C. E. H. Smith, 1839), hibernicus (Gmelin, 1792), hirsutus (Gmelin, 1792), hybridus (Gmelin, 1792), islandicus (Gmelin, 1792), italicus (Gmelin, 1792), laniarius (Gmelin, 1792), leoninus (Gmelin, 1792), leporarius (C. E. H. Smith, 1839), major (Gmelin, 1792), mastinus (Linnaeus, 1758), melitacus (Gmelin, 1792), melitaeus (Linnaeus, 1758), minor (Gmelin, 1792), molossus (Gmelin, 1792), mustelinus (Linnaeus, 1758), obesus (Gmelin, 1792), orientalis (Gmelin, 1792), pacificus (C. E. H. Smith, 1839), plancus (Gmelin, 1792), pomeranus (Gmelin, 1792), sagaces (C. E. H. Smith, 1839), sanguinarius (C. E. H. Smith, 1839), sagax (Linnaeus, 1758), scoticus (Gmelin, 1792), sibiricus (Gmelin, 1792), suillus (C. E. H. Smith, 1839), terraenovae (C. E. H. Smith, 1839), terrarius (C. E. H. Smith, 1839), turcicus (Gmelin, 1792), urcani (C. E. H. Smith, 1839), variegatus (Gmelin, 1792), venaticus (Gmelin, 1792), vertegus (Gmelin, 1792)/small>[37]

Serigala hitam Florida
Canis lupus floridanus
Miller 1912 Serigala hitam jet yang diperihalkan sangat hampir serupa dengan serigala merah dari segi saiz dan berat.[38] Subspesies ini pupus pada 1908.[39] Florida
Serigala gunung Cascade
Canis lupus fuscus
Richardson 1839 Serigala berwarna kayu manis berukuran 165 cm (65 in) dan berberat 36–49 kg (79–108 lb)[14] Banjaran Cascade
Serigala Gregory
Canis lupus gregoryi
Goldman 1937[40] Subspesies bersaiz sederhana, tetapi langsing dan kuning keperang-perangan, bulunya mengandungi campuran pelbagai warna, termasuk hitam, kelabu, putih, dan kayu manis.[40] Di hilir dan di sekitar hilir lembangan Sungai Mississippi gigas (Townsend, 1850)[41]
Serigala Manitoba
Canis lupus griseoalbus
Baird 1858 Alberta Utara, Saskatchewan, dan Manitoba knightii (Anderson, 1945)[42]
Serigala Hokkaidō
Canis lupus hattai
 
Kishida 1931 Hokkaidō rex (Pocock, 1935)[43]
Serigala Honshū
Canis lupus hodophilax
 
Temminck 1839 Honshū, Shikoku, dan Kyūshū hodopylax (Temminck, 1844), japonicus (Nehring, 1885)[44]
Serigala Teluk Hudson
Canis lupus hudsonicus
Goldman 1941 Manitoba Utara dan Wilayah Barat Laut
Serigala Pergunungan Rocky Utara
Canis lupus irremotus
 
Goldman 1937[40][45] Subspesies ini pada amnya berberat 70–135 lb (32–61 kg), menjadikannya salah satu subspesies serigala kelabu terbesar yang wujud.[46] Ia merupakan haiwan berwarna lebih terang daripada saudara selatannya, serigala Pergunungan Rocky Selatan, dengan bulu yang termasuk lebih banyak putih dan kurang hitam. Pada amnya, subspesies lebih berwarna lebih terang, dengan campuran hitam dalamnya.[40][47] Pergunungan Rocky Utara
Serigala Labrador
Canis lupus labradorius
 
Goldman 1937[40] Labrador dan Quebec Utara; penglihatan yang disahkan baru-baru ini di Pulau Newfoundland[48][49]
Serigala Kepulauan Alexander
Canis lupus ligoni
Goldman 1937[40] Kepulauan Alexander
Serigala timur (balak)
Canis lupus lycaon
 
Schreber 1775 Terutamanya menghuni kawasan di dalam dan di sekitar Taman Wilayah Algonquin di Ontario, dan juga berkeliaran ke bahagian bersebelahan Quebec, Kanada. Ia mungkin juga hadir di Minnesota dan di Manitoba canadensis (de Blainville, 1843), ungavensis (Comeau, 1940)[50]
Serigala Sungai Mackenzie
Canis lupus mackenzii
Anderson 1943 Wilayah Barat Laut
Serigala Pulau Baffin
Canis lupus manningi
Anderson 1943 Pulau Baffin
Serigala gunung Mogollon
Canis lupus mogollonensis
Goldman 1937[40] Serigala berwarna gelap yang berukuran panjang 135–150 cm (53–59 in), dan berat 27–36 kg (60–79 lb)[14] Arizona dan New Mexico
Serigala Texas
Canis lupus monstrabilis
Goldman 1937[40] Bersaiz dan berwarna serupa dengan C. lupus mogollonensis[14] Texas dan New Mexico niger (Bartram, 1791)[51]
Serigala kerbau
Canis lupus nubilus
Say 1823 Minnesota, Michigan, dan Wisconsin. Serigala bujang telah dilaporkan di Dakota dan sejauh Nebraska di selatan variabilis (Wied-Neuwied, 1841)[52]
Serigala Lembah Mackenzie
Canis lupus occidentalis
 
Richardson 1829 Kanada Barat sticte (Richardson, 1829), ater (Richardson, 1829)[53]
Serigala Greenland
Canis lupus orion
Pocock 1935 Greenland
Serigala India
Canis lupus pallipes
 
Sykes 1831 Serigala kecil dengan bulu lebih pendek daripada yang pada serigala utara, dan dengan sedikit hingga tiada bulu bawah.[54] Bulu warna berjulat daripada merah kekelabu-kelabuan hingga putih kemerah-merahan dengan hujung hitam. Belang berbentuk V gelap pada bahu adalah lebih tersebut daripada yang pada serigala utara. Bahagian bawah dan tungkai adalah lebih atau kurang putih.[55] India Barat, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi dan Israel selatan
Serigala Yukon
Canis lupus pambasileus
Elliot 1905 Alaska dan Yukon
Serigala merah
dahulu Canis lupus rufus kini Canis rufus
 
Audubon dan Bachman 1851 Mempunyai pelt keperang-perangan atau kayu manis, dengan warna kelabu dan hitam di belakang dan pada ekor. Pada amnya bersaiz sederhana antara subspesies serigala Amerika dengan koyote. Seperti serigala lain, ia mempunyai mata berbentuk badam, muncung lebar dan pad hidung lebar, tetapi seperti koyote, telinganya adalah lebih besar secara berkadaran. Ia mempunyai tampang sisi lebih dalam, kepala lebih panjang dan lebih lebar daripada koyote, dan mempunyai kurang ropol prominen daripada serigala[56] Carolina Utara Timur[57]
Serigala tundra Alaska
Canis lupus tundrarum
Miller 1912 Mempunyai takrifan lebih berat daripada pambasileus Alaska
Serigala Pergunungan Rocky Selatan
Canis lupus youngi
Goldman 1937[40] Serigala bersaiz sederhana yang berberat pada sekitar 90 lb (41 kg) pada purata.[58][59] Ia dianggap sebagai "serigala kedua terbesar di Amerika Syarikat".[60] Warna subspesies cenderung terhadap hitam, dengan kawasan lebih terang di pinggir bulunYa dan putih pada beberapa tompok kecil.[40] Pergunungan Rocky Selatan

Subspesies dan spesies yang dipertikaikan sunting

 
Serigala Itali (Apennine) dari Taman Negara Abruzzo, Lazio dan Molise.
 
Serigala Iberia.

Dua subspesies yang tidak disebut dalam senarai di atas ialah serigala Itali (Canis lupus italicus) dan serigala Iberia (Canis lupus signatus). Serigala Semenanjung Itali dan Semenanjung Iberia mempunyai ciri yang berbeza secara morfologi daripada serigala Eurasia yang lain dan setiapnya dianggap oleh pengkajinya mewakili subspesiesnya tersendiri.[61][62][63]

Perbezaan genetik subspesies serigala Itali baru-baru ini disokong oleh analisis yang dengan tekal meletakkan semua genotip serigala satu sampel di Itali ke dalam satu kumpulan tunggal. Populasi ini juga menunjukkan haplotip rantau kawalan DNA mitokondrion yang unik, ketiadaan alel persendirian dan keheterozigotan lebih rendah pada lokus-lokus mikrosatelit jika dibandingkan dengan populasi serigala lain.[64]

Kajian genetik baru-baru ini mencadangkan bahawa populasi serigala India di subbenua India mungkin mewakili spesies berbeza daripada konspesiesnya. Hasil sama diperoleh untuk serigala Himalaya, yang secara tradisional ditempatkan di bawah serigala Tibet (Canis lupus chanco).[65]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Canis lupus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2011.1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2008.
  2. ^ The Living Age, diterbitkan oleh Littell, Son and Co., 1851
  3. ^ a b Richardson, J., Swainson, W., Kirby, W. (1829) Fauna Boreali-americana, Or, The Zoology of the Northern Parts of British America: Containing Descriptions of the Objects of Natural History Collected on the Late Northern Land Expeditions, Under Command of Captain Sir John Franklin, R.N. J. Murray, London previu buku
  4. ^ Hutchinson's animals of all countries: the living animals of the world in picture and story. Volume I. 1923. m/s. 384.
  5. ^ a b Hunting the Grisly and Other Sketches by Theodore Roosevelt - Full Text Free Book (Part 3/3)
  6. ^ The Natural History of Dogs: Canidæ Or Genus Canis of Authors. Including Also the Genera Hyæna and Proteles oleh Charles Hamilton Smith, penyumbang William Home Lizars, Samuel Highley, W. Curry, Junr. & Co, diterbitkan oleh W.H. Lizars, ... S. Highley, ... London; dan W. Curry, jun. dan Co. Dublin., 1839
  7. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  8. ^ "Canis lupus lupus Linnaeus, 1758". Integrated Taxonomic Information System.
  9. ^ a b c d e f Mammals of the Soviet Union Jil. II Bahagian 1a, SIRENIA AND CARNIVORA (Sea cows; Wolves and Bears), V.G Heptner dan N.P Naumov editors, Science Publishers, Inc. Amerika Syarikat. 1998. ISBN 1-886106-81-9
  10. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  11. ^ "Canis lupus albus Kerr, 1792". Integrated Taxonomic Information System.
  12. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  13. ^ "Canis lupus alces Goldman, 1941". Integrated Taxonomic Information System.
  14. ^ a b c d e The Encyclopedia of Vanished Species oleh David Day, Universe Books ltd. 1981. ISBN 0-947889-30-2
  15. ^ "Canis lupus arabs Pocock, 1934". Integrated Taxonomic Information System.
  16. ^ a b Lopez, Barry (1978). Of wolves and men. New York: Scribner Classics. m/s. 320. ISBN 0-7432-4936-4.
  17. ^ Fred H. Harrington, Paul C. Paquet (1982). Wolves of the World: Perspectives of Behavior, Ecology, and Conservation. m/s. 474. ISBN 0-8155-0905-7.
  18. ^ "Canis lupus arctos Pocock, 1935". Integrated Taxonomic Information System.
  19. ^ "White wolf of the North", Tabung Alam Sedunia
  20. ^ "Arctic wolf" Diarkibkan 2011-02-21 di Wayback Machine, Zoo Toronto
  21. ^ "Canis lupus baileyi Nelson and Goldman, 1929". Integrated Taxonomic Information System.
  22. ^ a b "Green Fire" Returns to the Southwest: Reintroduction of the Mexican Wolf- Pengarang: David R. Parsons. Source: Wildlife Society Bulletin, Jil. 26, Bil. 4, Commemorative Issue Celebrating the 50th Anniversary of "A Sand County Almanac" and the Legacy of Aldo Leopold (Musim Sejuk, 1998), ms. 799–807. Diterbitkan oleh: Allen Press
  23. ^ "Bernard, P. dan J.", The Eponym Dictionary of Mammals oleh Bo Beolens, Michael Watkins dan Michael Grayson, JHU Press, 2009, ms. 40
  24. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  25. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  26. ^ Fauna of British India: Mammals Volume 2 oleh R. I. Pocock, dicetak oleh Taylor dan Francis, 1941
  27. ^ Walker, Brett L. (2005). The Lost Wolves Of Japan. m/s. 331. ISBN 0-295-98492-9.
  28. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  29. ^ "Preliminary Investigations of the Vancouver Island Wolf", Wolves of the world: perspectives of behavior, ecology, and conservation oleh Fred H. Harrington dan Paul C. Paquet, William Andrew, 1982, ms. 54
  30. ^ Ben Allen (2008). "Home Range, Activity Patterns, and Habitat use of Urban Dingoes" (PDF). Persidangan Vertebrat Perosak Australasia Ke-14. Invasive Animals CRC. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-16. Dicapai pada 29 April 2009.
  31. ^ Fleming, Peter (2001). Managing the Impacts of Dingoes and Other Wild Dogs. Komanwel Australia: Biro Sains Desa. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  32. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  33. ^ Serpell, James (1995). The Domestic Dog; its evolution, behaviour and interactions with people. Cambridge: Akhbar Universiti Cambridge. m/s. 35. ISBN 0-521-42537-9.
  34. ^ Coppinger, Ray (2001). Dogs: a Startling New Understanding of Canine Origin, Behavior and Evolution. New York: Scribner. ISBN 0-684-85530-5.
  35. ^ Spady TC, Ostrander EA (Januari 2008). "Canine Behavioral Genetics: Pointing Out the Phenotypes and Herding up the Genes". American Journal of Human Genetics. 82 (1): 10–8. doi:10.1016/j.ajhg.2007.12.001. PMC 2253978. PMID 18179880.
  36. ^ The Complete dog book: the photograph, history, and official standard of every breed admitted to AKC registration, and the selection, training, breeding, care, and feeding of pure-bred dogs. New York, New York: Howell Book House. 1992. ISBN 0-87605-464-5.[halaman diperlukan]
  37. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  38. ^ "The Wolf", Alsatian Shepalute's: A New Breed for a New Millennium oleh Lois Denny, AuthorHouse, 2004, ms. 42
  39. ^ Klinkenberg, Jeff, "For saving the Florida panther, it's desperation time", St. Petersburg Times, 11 Februari 1990
  40. ^ a b c d e f g h i j "The Wolves of North America", E. A. Goldman, Journal of Mammalogy, Jil. 18, Bil. 1 (Feb., 1937), ms. 37–45 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Goldman" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  41. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  42. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  43. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  44. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  45. ^ "Canis lupus irremotus Goldman, 1937". Integrated Taxonomic Information System.
  46. ^ Nelson King (2007). "Wolves in Yellowstone: A Short History". Yellowstone Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-10. Dicapai pada 2014-06-28.
  47. ^ B. J. Verts & Leslie N. Carraway (1998). "Canis lupus Linnaeus, 1758". Land Mammals of Oregon. Akhbar Universiti California. m/s. 360–363. ISBN 978-0-520-21199-5.
  48. ^ "Wolf in Newfoundland probably made it to island on ice, experts say". The Telegram. 25 Mei 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2012.
  49. ^ "Genetic Retesting of DNA Confirms Second Wolf on Island of Newfoundland". Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan, Newfoundland dan Labrador. 23 Ogos 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2012.
  50. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  51. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  52. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  53. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  54. ^ NATURAL HISTORY OF THE MAMMALIA OF INDIA AND CEYLON oleh Robert A. Sterndale, THACKER, SPINK, AND CO. BOMBAY: THACKER AND CO., LIMITED. LONDON: W. THACKER AND CO. 1884.
  55. ^ A monograph of the canidae oleh St. George Mivart, F.R.S, diterbitkan oleh Alere Flammam. 1890
  56. ^ "Red Wolf" (PDF). canids.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-17. Dicapai pada 2014-06-28.
  57. ^ Red Wolf Recovery Project Diarkibkan 2006-07-03 di Wayback Machine daripada Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat
  58. ^ "Letters to the Editor" - The Idaho Statesman
  59. ^ "The Company of Wolves" - Google Books
  60. ^ "The wolves of North America" - Google Books
  61. ^ Serigala di Sepanyol
  62. ^ Canis lupus italicus
  63. ^ J. Vos: Food habits and livestock depredation of two Iberian wolf packs (Canis lupus signatus) in the north of Portugal. Journal of Zoology (2000), 251: 457–462 Akhbar Universiti Cambridge. abstrak dalam talian
  64. ^ V. LUCCHINI, A. GALOV and E. RANDI Evidence of genetic distinction and long-term population decline in wolves (Canis lupus) in the Italian Apennines. Molecular Ecology (2004) 13, 523–536. abstrak dalam talian[pautan mati kekal]
  65. ^ R. K. Aggarwal, T. Kivisild, J. Ramadevi, L. Singh: Mitochondrial DNA coding region sequences support the phylogenetic distinction of two Indian wolf species. Journal of Zoological Systematics and Evolutionary Research, Jilid 45 Keluaran 2 Halaman 163–172, Mei 2007 dalam talian[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting

Templat:Pandu arah Canidae