Suhaimi Kamaruddin

Dato Haji Suhaimi bin Haji Kamaruddin merupakan mantan Presiden Belia 4B. Ketika itu, setiap ahli Belia 4B adalah juga ahli Pemuda UMNO. Beliau adalah Ketua Pemuda UMNO ke-7 (1977-1978 (memangku)) dan 1981-1982 (dipilih). Beliau juga merupakan mantan Ahli Parlimen bagi kawasan Sepang, Selangor pada tahun 1974, 1978, 1982 dan tidak tidak bertanding pada edisi 1986. Beliau kemudian keluar dari UMNO dan menyertai Semangat 46 (S46), namun tewas pada pilihan raya tahun 1990 dan 1995 bagi kawasan yang sama.

Ketua Pemuda UMNO sunting

Sejak 1970-an beliau menjadi AJK Pemuda UMNO. 1977-1978 menjadi pemangku Ketua Pemuda UMNO dan 1978 memenangi Ketua Pemuda UMNO dan 1980 memenangi Ketua Pemuda UMNO.

Pada Januari 1977, beliau sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO diberi mandat memangku Ketua Pemuda UMNO berikutan kematian Syed Jaafar Albar. Era beliau, Suhaimi sering membangkitkan 30 % kuota Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru yang sepatutnya 51 %. Pemuda juga menentang pembentukan Universiti Merdeka yang diperjuangkan oleh kaum Cina melalui DAP dan MCA. Slogan Pemuda ditukar kepada 'Era Bertindak' - bukan bercakap sahaja, tapi perlukan tindakan .Seminarat DEB yang diadakan pada 17-18 Mei 1988 di Kuala Lumpur telah meluluskan 66 % resolusi bagi memantapkan penguasaan ekonomi orang Melayu. Pemuda juga mengadakan Seminar Dasar Belia Kebangsaan . Kebanjiran Pendatang Bot Vietnam di Pulau Bidong juga mendapat perhatian Pemuda UMNO.

Pada 1980, Harun Idris telah dibebaskan dan cuba kembali ke arena Pemuda UMNO. Tetapi Harun ditewaskan oleh anak saudaranya sendiri iaitu beliau sendiri. Beliau adalah peguambela kepada Harun Idris ketika beliau di dakwa atas tuduhan rasuah.

Pada September 1982, Suhaimi ditewaskan oleh pendatang baharu iaitu Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah rakan seperjuangannya di dalam ABIM dahulu.[1]Anwar Ibrahim menang tipis dengan 10 undi sahaja.

Pada 1984, Suhaimi mencabar Anwar Ibrahim tetapi kalah dengan kelebihan 89 undi.

Timbalan Menteri dan Menteri sunting

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan kemudian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dilihat seorang yang tegas dan rasional. Suara beliau lantang dalam isu pembelian saham UMBC dan penjualan Dunlop Estate kepada syarikat bukan Melayu.

Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO sunting

  • 1982 tewas kali pertama jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada Anwar Ibrahim. Anwar dapat 183 undi. Suhaimi dapat 173 undi, dan Hang Tuah Arshad dapat 3 undi. Kemenangan Anwar dengan majoriti 10 undi.
  • 1984 tewas kali kedua jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada Anwar Ibrahim. Anwar dapat 226, Suhaimi Kamarudin 137 dengan majoriti 89 undi.
  • 1984 Suhaimi kekal sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Rujukan sunting