Sukan Asia Tenggara 2001

Sukan Asia Tenggara 2001 (bahasa Inggeris: 2001 Southeast Asian Games), secara rasminya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara ke-21 (bahasa Inggeris: 21st Southeast Asian Games) merupakan temasya sukan Asia Tenggara yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ini merupakan kali kelima Malaysia menganjurkan Sukan Asia Tenggara dan juga kali pertamanya sejak 1989. Sebelum ini, Malaysia juga menganjurkan temasya 1965, temasya 1971 dan temasya 1977.

Sukan Asia Tenggara XXI
Bandar tuan rumahKuala Lumpur, Malaysia
Cogan kataBersama-sama kita melakukan yang terbaik
Penyertaan negara10
Penyertaan atlet4165
Acara391
Upacara pembukaan8 September
Upacara penutupan17 September
Pembukaan dirasmikan olehSultan Salahuddin
Yang di-Pertuan Agong
Pembaca ikrar atletNoraseela Mohd Khalid
Penyala oborDaud Ibrahim
Stadium utamaStadium Nasional Bukit Jalil
Laman sesawangSukan Asia Tenggara 2001

Temasya sukan ini merupakan Sukan Asia Tenggara yang pertama pada abad ke-21, dan temasya yang pertama pada alaf ke-3. Kira-kira 4165 atlet dari 10 negara peserta menyertai temasya sukan tersebut yang menampilkan 391 acara dalam 32 sukan. Temasya sukan ini diadakan dari 8 hingga 17 September 2001, walaupun beberapa acara telah berlangsung dari 1 September 2001. Temasya sukan dibuka oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tuan rumah Malaysia digelar juara keseluruhan mengikut jadual pingat rasmi, diikuti Thailand dan Indonesia dari belakang. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan ketika temasya sukan berlangsung. Dengan sedikit atau tanpa kontroversi, temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan peningkatan taraf pertandingan antara negara Asia Tenggara.

Pembangunan dan persiapan sunting

Jawatankuasa pengelola Sukan SEA ke-21 Kuala Lumpur telah ditubuhkan untuk memantau pementasan temsaya sukan.

Ahli Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan[1]
Peranan Nama Jawatan
Pengerusi Encik Hishamuddin Hussein Menteri Belia dan Sukan
Naib Pengerusi Tunku Imran Pengerusi, Majlis Olimpik Malaysia
Ahli Encik Mahamad Zabri Min Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan
Encik Mohd Zahidi Hj. Zainuddin Ketua, Angkatan Tentera
Encik Samsudin Hitam Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan
Encik Mohamad Taha Ariff Ketua Pengarah Kesihatan
Encik Kamaruzzaman Ketua Bandar, Bandar Raya Kuala Lumpur
Encik Aseh Hj. Che Mat Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri
Encik Arshad Hashim Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan
Encik Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan
Encik Mohmad Shaid Mohd. Taufek Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
Encik Mohd. Shahar Sidek Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan
Encik Wira Mazlan Ahmad Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara

Tempat sunting

Sukan Asia Tenggara 2001 menggunakan campuran tempat baru, sedia ada dan sementara. Kebanyakan tempat adalah kemudahan sukan awam yang sedia ada yang telah dibalikkan kepada kegunaan awam selepas temasya sukan. Tiada kerja pemasangan semula dilakukan di kebanyakan tempat kerana kebanyakan mereka telah digunakan untuk menganjurkan temasya sukan besar seperti Sukan Komanwel 1998.

Sukan Asia Tenggara ke-21 mempunyai 39 tempat untuk temasya sukan. 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 4 di Johor dan 3 masing-masing di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.[2]

Negeri Tempat Pertandingan Sukan
Kuala Lumpur Kompleks Sukan Negara
Stadium Nasional Bukit Jalil Upacara Pembukaan dan penutupan, Olahraga(Padang dan Trek)
Pusat Aquatik Nasional Akuatik (Renang, Renang Berirama)
Stadium Putra Gimnastik
Gimnasium I, Bukit Jalil Billiad dan snuker
Stadium Hoki Nasional Malaysia Hoki
Kompleks Sukan Bukit Kiara
Stadium Juara Bola jaring
Pusat Boling Padang Negara Boling padang
Lain
Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Taman Keramat Petanque
Kompleks Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Akuatik (Polo Air)
Velodrom Kuala Lumpur Lumba basikal (Basikal trek)
Stadium Titiwangsa Sepak takraw
Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia Bola keranjang
Stadium Badminton Kuala Lumpur Bola tampar
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Lawan pedang
Kompleks Sukan Tenaga Nasional Ping pong
Dataran Merdeka Olahraga (Maraton)
Taman Tasik Titiwangsa Olahraga (Lumba jalan kaki)
Kompleks Tenis Negara, Jalan Duta Tenis
Stadium Bola sepak Cheras Bola sepak (wanita)
Selangor Stadium Malawati Badminton
Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh Lumba basikal (Basikal bukit)
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bola sepak (lelaki)
Kelab Kuda Selangor Equestrian (Show jumping, Dressage)
Universiti Putra Malaysia Equestrian (Equestrianisme Merentas Desa)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur - Estet Sungai Labu Equestrian (Endurance)
Kelab Golf dan Desa Sungai Long Golf
Universiti Tenaga Nasional Karate
Lapangan Sasar Menembak PMKM Menembak
Empangan Batu Lumba perahu dayung
Johor Dewan Serbaguna Johor Jaya Angkat berat (pertandingan)
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Angkat berat (latihan)
Dataran Bandaraya Memanah
Stadium Pembandaran Pasir Gudang Pencak Silat
Negeri Sembilan Bandar Baru Nilai Lumba basikal (Permulaan Beramai-ramai, Percubaan masa Perseorangan)
Kelab Leisure dan Admiral Marina Lumba perahu layar
Gelanggang Pusat Sukan Paroi Tinju
Pulau Pinang Pusat Boling Mega Lanes Prai Tenpin boling
Pusat Skuasy Bukit Dumbar Skuasy
Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang Wushu, Judo

Larian Obor sunting

Larian obor Sukan SEA ke-21 diadakan dari 10 Mac 2001 hingga 8 September 2001 dan meliputi jarak sejumlah 7,884km. Larian bermula di Labuan diikuti oleh Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, ia bermula di Langkawi dan merentasi 12 negeri sebelum berakhir di Kuala Lumpur. Balapan larian obor akhir meliputi jarak sejumlah kira-kira 15km, bermula dari Dataran Merdeka hingga Stadium Nasional Bukit Jalil.[3][4]

Pemasaran sunting

sunting

Logo Sukan Asia Tenggara 2001 merupakan imej api obor, simbol kecemerlangan dan kegemilangan temasya yang seringkali digunakan dalam kebanyakan sukan-sukan antarabangsa. Dalam membentuk “api obor” untuk kegunaan logo, nyalaan api obor tersebut telah diasingkan dan diubah suai. Bentukan berbentuk anyaman api obor melambangkan perpaduan dan penglibatan serta penghimpunan para atlet terbaik di Asia Tenggara. Anyaman tersebut yang membentuk huruf roman XXI melambangkan Sukan SEA ke-21, manakala warna-warna jalur gemilang, bendera Malaysia melambangkan identiti kebangsaan. Logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara pada puncak obor api melambangkan negara-negara bertanding di Sukan Asia Tenggara dan Sukan Asia Tenggara sendiri.[5]

Maskot sunting

 
Si Tumas seekor tupai, maskot rasmi Sukan SEA 2001.

Maskot rasmi Sukan Asia Tenggara 2001 ialah seekor tupai yang bernama Si Tumas, singkatan Tupai Emas. Dikatakan bahawa Tupai ialah sejenis binatang yang jinak dan penyayang dan boleh ditemui di merata tempat. Dalam cerita-cerita rakyat kebanyakan negara, tupai digambarkan sebagai seekor binatang yang mesra dan ceria di samping bertenaga dan pantas dalam pergerakannya. Pemilihan tupai sebagai maskot bertujuan untuk meminjam sifat dan perwatakannya yang mesra, periang, ceria dan ramah untuk disesuaikan kepada acara. Warna keemasan pada tupai tersebut merujuk kepada aspek kemenangan. Perkataan SI dari segi bunyinya bersamaan dengan sebutan SEA atau Sukan SEA dan juga merupakan gelaran yang sering dipakai oleh masyarakat Melayu. Perkataan TU pula ialah perkataan awal bagi Tupai dan perkataan MAS diambil daripada perkataan EMAS.[6][7]

Lagu sunting

Lagu rasmi temasya Sukan ialah "Demi Semangat Kesukanan (Sukan SEA – 2001)", digubah oleh Helen Yap daripada Magic Nova Productions dengan lirik bahasa Inggerisnya ditulis Tom Leng dan lirik bahasa Malaysianya ditulis oleh Loloq dan dinyanyikan oleh Lynn Ali.[8][9][10] Sebuah lagu kempen temasya sukan telah digubah oleh Jaafar Abdul Rahman Idris dengan liriknya ditulis oleh Dato Mokhzani Ismail dan dinyanyikan oleh Adibah Noor.[11]

Penaja sunting

Sejumlah 26 penaja, termasuk 4 Rakan Rasmi, 8 Penaja Utama dan 14 Penaja Rasmi menajakan temasya sukan tersebut.[1]

Rakan rasmi
Penaja utama

Penaja utama (bersambung)
  • Spritzer
  • Genting Group
  • Bata
  • Syarikat Supreme Landmark & Wireless Corp. Sdn. Berhad
  • Galaxy Automation Sdn. Berhad
Penaja rasmi

Penaja rasmi (bersambung)

Penaja rasmi (bersambung)

Temasya sukan sunting

Upacara pembukaan sunting

Lebih daripada 15,000 sukarelawan termasuk 7,000 pelajar sekolah terlibat dalam upacara pembukaan temasya sukan, dan demi mencipta penganjuran Sukan SEA di tiga buah bandar buat kali pertama. Upacara pembukaan rasmi selari di Stadium Larkin di Johor Bahru dan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang menjadikan sukan SEA pertama alaf baru sebuah acara yang paling dikenangi.

Semasa bunga api menerangi langit Stadium Nasional Bukit Jalil, lebih daripada 50,000 orang bersorak dan bergembira menyambut pencapaian emas hari tersebut dan temasya Sukan dua minggu yang dipertandingkan 10 negara Asia Tenggara. Lebih 5,000 penonton dan atlet memberi sorakan yang bergema apabila almarhum Yang di Pertuan Agong Salahuddin mengistiharkan pembukaan temasya sukan SEA diikuti oleh 10 das tembakan meriam penghormatan. Sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Keterangsangan tercetus terutamanya apabila anggota payung terjun membawa bersama bendera-bendera negara peserta.[14]

Perdana Menteri Malaysia Keempat Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Dr. Siti Hasmah menaiki 4WD tentera terbuka dan melambaikan tangan ke arah penonton yang menyambut kedatangannya dengan meriah dan penuh bersemangat. Koir yang memainkan lagu patriotik memulakan serantai persembahan termasuk formasi, nyanyian lagu dan tarian. Kemuncak upacara tersebut ialah perbarisan kontinjen negara peserta terdiri daripada 5,000 olahragawan dan olahragawati dari seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka diiringi oleh maskot Si Tumas.

Sebaik sahaja setiap kontinjen memasuki stadium, papan keputusan besar elektronik memaparkan ucapan Selamat Datang dalam bahasa kebanggaan masing-masing, seperti Minga la bar (bagi kontinjen Myanmar) dan Mabuhay (bagi kontingen Filipina). Kontinjen Singapura berbaris masuk dengan membawa dua sepanduk yang tertera perkataan " Team Singapore (Pasukan Singapura) mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjur Sukan SEA ke-21".[15] Gemuruh yang lantang diberikan kepada kontinjen tuan rumah seramai 558 atlet negara yang diiringi pembawa bendera Nur Herman Majid dan disambut penuh gembira oleh peminat yang mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Obor temasya sukan kemudian dibawa masuk stadium oleh bekas bintang bola sepak Soh Chin Aun dan bekas ratu lari trek Maria Lydia D’Vega Mercado dan dibawa 19 pelari lain sebelum bekas jaguh basikal Daud Ibrahim menghabiskan balapan terakhir. Dari atas pentas, dia memegang obor untuk menyala wayar menuju ke obor besar di sebelah hujung stadium. Apabila obor besar dinyalakan, berribu-ribu belon dan konfeti dituang ke atas penonton yang bersorak dan bertepuk tangan. Suasana ini menandakan permulaan gemilang temasya sukan dwitahunan yang terbesar di Asia Tenggara yang kaya dengan budaya.[16][17]

Upacara penutupan sunting

Upacara penutupan diadakan pada 17hb September 2001 pada sebuah malam berhujan dengan tema: ASEAN: Masa untuk merayakan. Ia dihadiri oleh 100,000 penonton yang berjaya memasuki stadium dan mengambil tempat duduk mereka. Upacara bermula dengan persembahan beberapa selebriti tempatan termasuk Erra Fazira and Ziana Zain.

Selepas itu, anggota-anggota kumpulan terjun payung membuat pendaratan di padang stadium bersama 10 bendera negara yang mengambil bahagian dengan iringan lagu "Jalur Gemilang" yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan koir. Perbarisan memasuki stadium oleh kontinjen mengikut jenis sukan disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton dalam stadium. Susunan bermula dengan peserta-peserta akuatik, diikuti oleh peserta memanah, olahraga dan seterusnya peserta-peserta sukan lain.

Upacara kemudiannya diteruskan dengan persembahan "Citrawarna Malaysia' yang dipersembahkan oleh 300 penari dan 50 pemukul gendang menggegarkan stadium dengan gema irama yang mencerminkan kepelbagaian irama lagu serta tarian tradisional rakyat berbilang kaum di negara ini. Kemudian, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, penunggang kuda Ekuestrian Malaysia telah diisytiharkan sebagai Olahragawan Temasya, sementara pelari pecut Olahraga Thailand Supavadee Khawpeag telah diistiharkan sebagai Olahragawati Temasya.

Selepas Perdana Menteri Mahathir Mohammad mengistiharkan penutupan temasya, bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara telah diturunkan dan kawah obor telah dipadamkan. Pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan pengerusi Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran kemudiannya menyerahkan bendera temasya dan baton kepada presiden Majlis Olimpik Vietnam dan Menteri Sukan, Nguyen Danh Thai, lambang tanggungjawab Sukan SEA secara rasminya diserahkan kepada Vietnam, tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2003. Lagu Kebangsaan Vietnam dimainkan semasa Bendera Kebangsaan Vietnam dinaikkan. Selepas itu, sebuah persembahan segmen Vietnam 11-minit yang bertajuk "Selamat Datang ke Vietnam" (Welcome to Vietnam) telah dipersembahkan oleh penari wanita Vietnam dengan membawa sehelai bendera gergasi berwarna merah bersama mereka. Persembahan tersebut dibahagikan kepada tiga babak. Upacara berakhir dengan sebuah persembahan segmen perpisahan Malaysian dengan bunga api dilepaskan ke atas langit serentak dengan 21 pendaki gunung turun dari bumbung dengan menggunakan tali diikat pada mereka dan mengagihkan hadiah kepada sesetengah penonton yang bernasib baik manakala belon dan kertas-kertas kecil berwarna-warni ditaburkan ke udara. Sebuah konsert khas kemudiannya diadakan oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Sheila Majid dan Amy of Search.[18][19][20][21]

Negara peserta sunting

Acara sukan sunting

Takwim sunting

OC Upacara Pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara Penutupan
September 1
Sab
2
Aha
3
Isn
4
Sel
5
Rab
6
Kha
7
Jum
8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
Acara pingat emas
Upacara OC CC
  Memanah 2 2 4
  Olahraga 10 12 12 12 46
  Badminton 2 5 7
  Bola keranjang 2 2
  Billiard dan snuker 2 1 1 2 1 1 1 1 10
  Boling 2 2 2 2 4 12
  Tinju 11 11
  Lumba basikal 2 4 6 2 2 2 2 20
  Terjun 4 4 8
  Ekuestrian 1 1 1 1 1 2 7
  Lawan pedang 2 2 1 5
  Hoki 1 1 2
  Bola sepak 1 1 2
  Golf 2 2 4
  Gimnastik 2 2 10 6 20
  Judo 5 5 4 14
  Karate 6 7 6 19
  Boling padang 2 4 6
  Bola jaring 1 1
  Pencak silat 3 8 10 21
  Petanque 2 2 2 6
  Lumba perahu dayung 4 4 8
  Lumba perahu layar 1 4 4 4 13
  Sepak takraw 1 2 3
  Menembak 10 4 4 4 4 4 6 36
  Skuasy 2 2 4
  Renang 6 7 6 6 7 32
  Renang berirama 1 1 2
  Ping pong 2 2 1 2 7
  Taekwondo 7 5 4 16
  Tenis 2 2 3 7
  Bola tampar 2 2
  Polo air 1 1
  Angkat berat 3 3 3 4 13
  Wushu 20 20
Jumlah acara pingat emas 0 0 0 0 0 0 0 13 30 37 63 55 48 53 52 37 3 391
Jumlah terkumpul 0 0 0 0 0 0 0 13 43 80 143 198 246 299 351 388 391
September 1
Sab
2
Aha
3
Isn
4
Sel
5
Rab
6
Kha
7
Jum
8
Sab
9
Aha
10
Isn
11
Sel
12
Rab
13
Kha
14
Jum
15
Sab
16
Aha
17
Isn
Acara pingat emas

Jadual pingat sunting

Sejumlah 1280 pingat terdiri daripada 392 pingat emas, 390 pingat perak dan 498 pingat gangsa telah dianugerahkan kepada atlet. Pencapaian tuan rumah Malaysia merupakan yang terbaik buat masa itu dan muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan.[22][23][24][25]


Petunjuk

  *   Tuan rumah (Malaysia)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2001
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Malaysia (MAS)* 111 75 85 271
2   Thailand (THA) 103 86 89 278
3   Indonesia (INA) 72 74 80 226
4   Vietnam (VIE) 33 35 64 132
5   Filipina (PHI) 30 66 67 163
6   Singapura (SIN) 22 31 42 95
7   Myanmar (MYA) 19 14 53 86
8   Laos (LAO) 1 3 7 11
9   Kemboja (CAM) 1 1 5 7
10   Brunei (BRU) 0 5 6 11
Jumlah (10 Negara) 392 390 498 1280

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Penyelaras Sukan di laman sesawang rasmi". Dicapai pada 23 November 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Venue". Laman Sesawang Rasmi.
  3. ^ "SEA Games torch passes through Klang Valley". New Straits Times. 24 Ogos 2001.
  4. ^ "Surat Berita Jabatan Ukuran Dan Pemetaan Malaysia" (PDF).
  5. ^ "Logo di laman sesawang rasmi Temasya Sukan". 7 Disember 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Maskot di laman sesawang rasmi Temasya Sukan". 7 Disember 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Tupai Si Tumas". Utusan Malaysia.
  8. ^ "Lagu tema Sukan SEA dilancar". 1 Jun 2001.
  9. ^ "Lagu tema di Laman Sesawang rasmi temasya Sukan versi Bahasa Inggeris". 11 Disember 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Lagu tema di Laman sesawang rasmi temasya sukan". 23 November 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Lagu kempen di Laman sesawang rasmi temasya Sukan". 23 November 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "18 September 2001 Edition". New Straits Times.
  13. ^ "Kajian Operasi Fraser and Neave" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-02-07. Dicapai pada 2017-02-09.
  14. ^ "Sukan SEA Alaf Baru Bermula Penuh Gilang-Gemilang" (PDF). Bernama. 8 September 2001.
  15. ^ "ASEAN solidarity prevails despite trying conditions". New Straits Times. Kuala Lumpur. 9 September 2001.
  16. ^ http://properties.d-choice.com/traditionaloffice/sportcomp.htm
  17. ^ "SEA Games - Glittering Opening". E-Borneo. 9 September 2001.
  18. ^ "Malaysia Tutup Tirai Sukan SEA Dengan Penuh Gemilang" (PDF). Bernama. 17 September 2001.
  19. ^ "SEA Games close". Times of India. 18 September 2001.
  20. ^ "SEA Games - Best Games come to a close and it's over to Vietnam". E-Borneo. 18 September 2001.
  21. ^ "FAQ-Soalan Lazim". Official Website.
  22. ^ "Jadual Pingat Rasmi Temasya Sukan". Laman Sesawang Rasmi. 3 Disember 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "Official Medal Tally of the games at Sadec". Sadec. 26 Disember 2001. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ "We are the Champions". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  25. ^ "Malaysia juara Sukan SEA XXI". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Julai 2017.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Bandar Seri Begawan
Sukan Asia Tenggara
Kuala Lumpur

Sukan Asia Tenggara XXI (2001)
Diikuti oleh:
Hanoi-Bandar Ho Chi Minh