Sukan Paralimpik Musim Panas 1968

Sukan Paralimpik Musim Panas 1968 (bahasa Inggeris: 1968 Summer Paralympics, Ibrani: המשחקים הפאראלימפיים בקיץ 1968‎) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Tel Aviv, Israel dari 4 hingga 13 November 1968.[1]

Sukan Paralimpik III
Bandar tuan rumahTel Aviv, Israel
Penyertaan negara28
Penyertaan atlet750
Acara181 dalam 10 sukan
Upacara pembukaan4 November 1968
Upacara penutupan13 November 1968
Pembukaan dirasmikan olehYigal Allon
Stadium utamaTel Aviv Thingstätte

Temasya tersebut asalnya dijadualkan untuk diadakan di Bandar Raya Mexico, tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1968. Namun pada tahun 1966, kerajaan Mexico mengatakan bahawa mereka tidak mampu menganjurkannya disebabkan oleh kekangan teknikal.[2] Kerajaan Israel telah menawar untuk menganjurkan temasya tersebut di Tel Aviv dan tawaran tersebut telah diterima. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik diadakan di bandar yang berbeza dengan Sukan Olimpik.

Acara sukan sunting

Boling padang telah dipertandingkan buat kali yang pertama. Dalam bola keranjang kerusi roda, acara perempuan telah ditambah manakala acara lumba kerusi roda 100 m lelaki telah ditambah dalam olahraga.[3]

Acara Sukan Paralimpik Musim Panas 1960

Jadual pingat sunting

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat 33273999
2  Great Britain 29202069
3  Israel *18212362
4  Australia 1516738
5  Perancis 1310932
6  Jerman Barat 12121135
7  Itali 12101739
8  Belanda 124420
9  Argentina 10101030
10  Afrika Selatan 910726
Jumlah (10 negara)163140147450

Penyertaan sunting

Dua puluh lapan delegasi telah menyertai Sukan Paralimpik 1968.[4] Kanada, Denmark, Ethiopia, India, Jamaica, New Zealand, Korea Selatan dan Sepanyol telah menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Afrika Selatan masih dibenarkan untuk bertanding walaupun dilarangkan daripada menyertai Sukan Olimpik disebabkan oleh perlaksanaan dasar Aparteid di negara tersebut.[5][6]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tel Aviv 1968", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ "1968 Tel Aviv". insidethegames.biz. Dunsar Media Company. Dicapai pada 11 October 2015.
  3. ^ "Tel Aviv 1968". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
  4. ^ "Medal Standings - Tel Aviv 1968 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
  5. ^ "'The Netherlands against Apartheid' - 1970s", International Institute of Social History
  6. ^ South Africa at the Paralympics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa

Pautan Luar sunting

Didahului oleh
Tokyo
Sukan Paralimpik Musim Panas
Tel Aviv

Sukan Paralimpik Musim Panas (1968)
Diikuti oleh:
Heidelberg