Sukan Paralimpik Musim Panas 1972

Sukan Paralimpik Musim Panas 1972 (bahasa Inggeris: 1972 Summer Paralympics, Jerman: Paralympische Sommerspiele 1972) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Heidelberg, Jerman Barat dari 2 hingga 11 Ogos 1972.[1] Temasya ini telah tamat 15 hari sebelum Sukan Olimpik Musim Panas 1972 berlangsung di Munich, Jerman Barat.

Sukan Paralimpik IV
Bandar tuan rumahHeidelberg, Jerman Barat
Penyertaan negara41
Penyertaan atlet1,004
Acara187 dalam 10 sukan
Upacara pembukaan2 Ogos 1972
Upacara penutupan11 Ogos 1972
Pembukaan dirasmikan olehPresiden Gustav Heinemann
Stadium utamaHeidelberg Thingstätte

Acara sukan sunting

Sebelum edisi 1972, hanya atlet berkerusi roda yang bertanding dalam Sukan Paralimpik. Namun, penambahan acara demonstrasi seperti Goalball dan 100 m bagi atlet buta dalam olahraga telah membenarkan atlet berkecacatan penglihatan untuk bertanding dalam Sukan Paralimpik.[2]

Jadual pingat sunting

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Jerman Barat (FRG)*28172267
2  Amerika Syarikat (USA)17273175
3  Great Britain (GBR)16152152
4  Afrika Selatan (SAF)16121341
5  Belanda (NED)14131138
6  Poland (POL)1412733
7  Perancis (FRA)1081533
8  Israel (ISR)910928
9  Itali (ITA)84517
10  Jamaica (JAM)83415
Jumlah (10 negara)140121138399

Penyertaan sunting

Empat puluh satu delegasi telah menyertai Sukan Paralimpik 1972. Bahamas, Brazil, Czechoslovakia, Mesir, Hong Kong, Hungary, Kenya, Malaysia, Mexico, Peru, Poland, Romania, Uganda dan Yugoslavia menyertai Sukan Paralimpik buat pertama kali.[3]

Afrika Selatan masih dibenarkan untuk bertanding walaupun dilarangkan daripada menyertai Sukan Olimpik disebabkan oleh perlaksanaan dasar Aparteid di negara tersebut, hal ini adalah kerana tuan rumah tidak membantah penyertaannya.[4][5]

Ini merupakan Sukan Paralimpik yang terakhir bagi Rhodesia. Jemputan kepadanya untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 1972 telah ditarik balik oleh IOC empat hari sebelum temasya tersebut bermula setelah negara-negara Afrika membantah kerajaannya. Namun, Sukan Paralimpik 1972 diadakan sebelum Sukan Olimpik. Oleh itu, Rhodesia masih dibenarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik 1972.[6][7]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Heidelberg 1972", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ "Heidelberg 1972". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
  3. ^ "Medal Standings – Heidelberg 1972 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Dicapai pada 9 June 2011.
  4. ^ "'The Netherlands against Apartheid' – 1970s", International Institute of Social History
  5. ^ South Africa at the Paralympics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  6. ^ "1972: Rhodesia out of Olympics", BBC
  7. ^ "Rhodesia expelled", Montreal Gazette, August 23, 1972

Pautan Luar sunting

Didahului oleh
Tel Aviv
Sukan Paralimpik Musim Panas
Heidelberg

Sukan Paralimpik Musim Panas (1972)
Diikuti oleh:
Toronto