Sukan profesional ialah sukan pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya, bertentangan dengan sukan amatur. Profesionalisme telah meningkat melalui pembangunan media massa dan pertambahan kelapangan masa masyarakat. Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan penonton yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau kelab mendapatkan wang tajaan yang lebih besar. Kesannya, lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan bersukan sebagai kerjaya dan mengekalkan status masyhur. Ini membawa banyak kebaikan, misalnya meningkatkan tahap kecekapan sukan tersebut dan meningkatkan kepopularan sesetengah sukan, serta dilihat cuba mengasingkan peserta amatur daripada sukan profesional.

Terdapat banyak masalah berlaku disebabkan peningkatan profesionalisme atau cubaan untuk menghalang profesionalisme. Ini disebabkan profesionalisme dilihat cuba menyerang etos pusat sukan iaitu bersukan hanyalah untuk mendapatkan keseronokan dan bukannya sebagai sumber hidup.

Lihat juga sunting