Sukhwinder Singh (lahir 18 Julai 1971) ialah seorang penyanyi latar Bollywood India. Singh terkenal kerana menyanyikan "Chaiyya Chaiyya" yang melayakkan beliau memenangi Penyanyi Latar Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare 1999. Lagu tersebut, dari filem 1998 Mani Ratnam Dil Se.., digubah oleh A. R. Rahman, ditulis oleh Gulzar, dan dinyanyikan dalam duet bersama dengan Sapna Awasthi. Filem ini juga tampil dalam muzikal Bombay Dreams dan, dalam gubahan yang diadun semula, dalam segmen-segmen filem 2006 Spike Lee, Inside Man. Singh kemudian meraih kejayaan antarabangsa kerana menyanyikan "Jai Ho" dari filem Slumdog Millionaire, yang memenangi Anugerah Akademi untuk Lagu Asal Terbaik dan Anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik yang Ditulis untuk sebuah Filem, Televisyen atau Media Visual Lainn.

Sukhwinder Singh
Singh pada 2012
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Sukhi, Bablu
Kelahiran (1971-07-18) 18 Julai 1971 (umur 52)[1][2][3]
GenreNyanyian latar
PekerjaanPenyanyi, komposer, pelakon
Tahun aktif1991–kini

Rujukan sunting

  1. ^ Desai, Ishita (4 Disember 2012). "A Conversation With: Singer Sukhwinder Singh". New York Times. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  2. ^ Badola, Shreya (20 Julai 2012). "I want to get married now: Sukhwinder Singh". Mumbai: DNA. Dicapai pada 4 Mei 2014.
  3. ^ "TDIM - Sukhwinder Singh Celebrates His Birthday - 18th July". MTV. 18 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-09. Dicapai pada 1 Oktober 2014.

Pautan luar sunting