Orang Madura

(Dilencongkan dari Suku Madura)

Suku Madura di Indonesia jumlahnya kira-kira 20 juta orang. Mereka berasal dari Pulau Madura dan pulau-pulau sekitarnya, umpamanya Gili Raja, Pulau Sapudi, Pulau Raas, dan Kangean. Selain itu, mereka juga tinggal di bahagian timur Jawa Timur, dari Pasuruan hingga ke Banyuwangi utara, serta di provinsi-provinsi lain seperti Sampit, Kotawaringin Timur|Sampit]] dan Sambas di Kalimantan serta ke Jakarta, Tanggerang, Depok, Bogor, Bekasi, dan sekitarnya, juga Negara Timur Tengah khususnya Saudi Arabia. Orang Madura di Situbondo serta Bondowoso, Probolinggo, Jember, Malang , Surabaya utara jumlahnya paling banyak, dan jarang berbahasa Jawa.

Suku Madura / سوكو مدورا
Orèng Madhurâ
أَورَيڠ مادْوراْ‎
Kawasan ramai penduduk
Madura: 4 juta
Jawa Timur daratan: 12 juta
Bahasa
Bahasa Madura, dan bahasa Indonesia.
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
Suku Bugis dan suku Melayu

Orang Madura umumnya adalah orang yang suka merantau kerana keadaan wilayahnya yang tidak baik untuk bertani. Mereka suka berdagang dan merupakan golongan dominan di pasar-pasar. Selain itu, banyak juga yang bekerja sebagai nelayan, buruh, serta pengumpul besi terpakai dan rongsokan, antara lain. Serta beberapa ada yang berhasil menjadi teknokrat, birokrat, mentri atau pangkat tinggi di dunia militer.

Suku Madura terkenal kerana gaya bicara mereka yang terus terang serta sifat yang keras dan mudah tersinggung, tetapi mereka juga dikenali kerana berjimat cermat, berdisiplin, dan rajin bekerja. Orang Madura, walaupun jika miskin, pasti menguntukkan sedikit wang supaya dapat naik haji. Selain itu, mereka dikenali mempunyai tradisi Islam yang kuat, sekalipun kekadang melakukan upacara amal Pethik Laut atau Rokat Tassè' (sama dengan Larung Sesaji).

Bangga kendiri juga amat penting dalam kehidupan orang Madura. Mereka mempunyai sepatah peribahasa "Lebbi Bhâghus Potè Tolang, atèmbhâng Potè Mata"  yang membawa pengertian "lebih baik mati (putih tulang) daripada malu (putih mata)". Tradisi pertarungan carok juga berasal daripada sifat itu.

Lihat juga sunting