Sukun (Jawi: سوكون), kulur (Jawi: كولور‎) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae[3] serumpun dengan nangka dan cempedak.[4][5] Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan[6] dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru.[7][8]

Sukun
Kulur
Pokok sukun di Malaysia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
A. altilis
Nama binomial
Artocarpus altilis
Sinonim
  • Artocarpus altilis var. non-seminiferus (Duss) Fournet)
  • Artocarpus altilis var. seminiferus (Duss) Fournet
  • Artocarpus communis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Artocarpus incisifolius Stokes [Illegitimate]
  • Artocarpus incisus (Thunb.) L.f.
  • Artocarpus incisus var. non-seminiferus Duss
  • Artocarpus incisus var. seminiferus Duss
  • Artocarpus laevis Hassk.
  • Artocarpus papuanus Diels [Illegitimate]
  • Artocarpus rima Blanco
  • Radermachia incisa Thunb. [Unplaced]
  • Saccus laevis Kuntze
  • Sitodium altile Parkinson ex F.A.Zorn [2]

Pokol sukun terdiri daripada dua variasi iaitu yang menghasilkan buah berbiji dan tanpa berbiji; sukun berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

Peristilahan sunting

Perkataan "kulur" merupakan turunan asal akar Austronesia *kuluR serumpun dengan kulu dalam bahasa Aceh dan kurur dalam bahasa Iban sampai sejauh ʻulu dalam bahasa Hawaii di Lautan Pasifik.[9] "Sukun" juga membawa maksud sama tetapi difikirkan merujuk kepada jenis kultivar buah yang berbeza.[10]

Sejarah penyebaran sunting

Tumbuhan ini disebarkan orang Austronesia yang berlayar dalam perahu-perahu mereka menjelajah ke kepulauan jauh di Mikronesia, Melanesia dan Polinesia jauh di Lautan Pasifik.[7][11][12][13]

Buah ini diketahui oleh orang Barat dalam pelayaran Endeavour diketuai James Cook di Tahiti dicatatkan pakar botani kumpulan tersebut, Joseph Banks, tahun 1769[14][15] Buah ini dilihat mampu memberi bekalan tenaga tinggi untuk menampung para hamba abdi yang mengerjakan ladang-ladang tebu di jajahan Caribbean British. Banks turut menawarkan ganjaran untuk sesiapa yang mampu membawakan buah ini ke rantau itu dan membuktikan kebolehan ia tumbuh di sana. Salah satu pegawai ini, William Bligh menyahut cabaran ini; beliau mengetuai pelayaran HMS Bounty 1787 untuk mendapatkan sampel buah tersebut di Pasifik selatan, namun beliau dibelot dalam suatu dahagi oleh seberapa anak kapal Bligh yang berpaling tadah dan mengusirnya dari kapal itu. Percubaan kedua dilakukan Bligh dengan kapal-kapal Providence dan Assistant yang singgah di St. Helena di Lautan Atlantik sebelum berlayar ke St. Vincent dan Jamaica.[6][15] Walau tumbuhan ini mula digiatkan penanaman di sana, buah sukun tidak begitu digemari para hamba abdi.[16]

Botani sunting

 
Pokok kulur (‘ulu) di Honolulu, Hawaii.

Pokok sukun merupakan sejenis tumbuhan saka boleh mencapai ketinggian 26 hingga 30 meter.[3] Kesemua bahagian pokok ini menghasilkan getah putih.[3]

Bunga-bunga kulur muncul sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos; bentuknya menjambak pada ketiak daun dalam bentuk silinder setangkai 4 hingga 8 sm panjang.[3] Bunga-bunga ini berjantina tunggal yang tumbuh pada pokok yang sama, bunga jantan mekar dahulu diikuti tidak lama kemudian oleh bunga betina yang kemudian tumbuh menjadi "capitulum", yang mampu mendebunga hanya tiga hari berikutnya. Pendebunga Dunia Lama ialah keluang dalam keluarga Pteropodidae. Bunga palsu, sebatiuan berkembang daripada ("perianth") yang membengkak dan berasal daripada 1,500-2,000 bunga. Ini dapat dilihat pada kulit buah seperti cakera berbentuk hexagon.

Buah sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur serta mempunyai ukuran garis pusat antara 10 hingga 30 sm, kulitnya berduri tumpul dengan warna hijau kekuningan.[3] Pada kebiasaanya, berat buah adalah antara 1 hingga 3 kg. Isi buah putih sepeuhnya atau putih kekuningan manakala bijinya bulat leper berwarna perang.[3]

Kegunaan sunting

Buah sunting

Sukun, mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 431 kJ (103 kcal)
Karbohidrat 27.12 g
- Gula 11.00 g
- Serabut diet 4.9 g
Lemak 0.23 g
Protein 1.07 g
Air 70.65 g
Vitamin A setara 0 μg (0%)
- beta-karotena 0 μg (0%)
Tiamina (vit. B1) 0.110 mg (10%)
Riboflavin (vit. B2) 0.030 mg (3%)
Niasin (vit. B3) 0.900 mg (6%)
Asid pantotenik (B5) 0.457 mg (9%)
Vitamin B6 0.100 mg (8%)
Kolina 9.8 mg (2%)
Vitamin C 29.0 mg (35%)
Vitamin E 0.10 mg (1%)
Vitamin K 0.5 μg (0%)
Kalsium 17 mg (2%)
Besi 0.54 mg (4%)
Magnesium 25 mg (7%)
Mangan 0.060 mg (3%)
Kalium 490 mg (10%)
Natrium 2 mg (0%)
Zink 0.12 mg (1%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah sukun kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau rebusam. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Di samping itu, pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan daripada tepung atau kanji daripada sukun.

Bahagian lain sunting

Kayu pokok ini tahan daripada dimamah anai-anai dan cacing, ia sangat dikehendaki masyarakat kepulauan Pasifik untuk membuat perahu dan kapal layar,[6] rumah-rumah tradisi orang Samoa juga dibina dengan menggunakan kayu ini.

Getah pokok ini dimanfaatkan masyarakat Hawaii untuk menangkap burung untuk mendapatkan bulu beraneka warna menghiasi pakaian mereka.[8] Getah ini turut digunakan sebagai lapisan bot.

Pengeluaran dan penanaman sunting

Pokok Sukun merupakan pokok makanan yang paling banyak keluarannya, dengan sebatang pokok mampu mengeluarkan melebihi 200 kilogram buah semusim.[17] Musim buahnya dituai adalah antara April hingga Jun dan antara Oktober hingga November.

Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Jika buah dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut, pemetikan ini pada peringkat terlalu muda sebaliknya akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.

Industri sunting

Di Pasifik Selatan, pokok Sukun mampu menghasilkan antara 50 hingga 150 buah setahun. Di India selatan, pengeluaran buah ialah sekitar 150 hingga 200 biji setahun. Penghasilan bergantung antara kawasan kering dan lembab.

Di Caribbean, anggaran konservatif ialah 25 biji buah sepokok. Kajian di Barbados menunjukkan potensi yang agak baik bagi 6.7 hingga 13.4 tan setiap ekar (16-32 tan/ha). Buah Sukun sebesar sebiji bola sepak memiliki permukaan bergerutu dan setiap buah terbahagi kepada beberapa "achenes" yang dikelilingi "perianth" berisi dan tumbuh pada tangkai berisi. Sesetengah variati yang ditanam memiliki buah tanpa biji. Pokok Sukun berkait rapat dengan pokok Nangka.

Rujukan sunting

  1. ^ "Artocarpus altilis". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2007-07-03. Dicapai pada 2009-02-21.
  2. ^ "Artocarpus altilis (Parkinson ex F.A.Zorn) Fosberg – The Plant List". The Plant List. Dicapai pada 2016-01-12.
  3. ^ a b c d e f Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 66–67. ISBN 967-61-1560-6.
  4. ^ "Jackfruit, Breadfruit, Osage Orange, Mulberry, Soursop, Sugar Apple, Cherimoya". Wayne's Word. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  5. ^ Hepworth, Craig (12 September 2017). "Moraceae – The Mulberry Family". Florida Fruit Geek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  6. ^ a b c "Breadfruit Species". National Tropical Botanical Garden - Tropical Plant Research, Education, and Conservation. 2017. Dicapai pada 17 January 2017.
  7. ^ a b Matisoo-Smith, Elizabeth A. (3 November 2015). "Tracking Austronesian expansion into the Pacific via the paper mulberry plant". Proceedings of the National Academy of Sciences. 112 (44): 13432–13433. Bibcode:2015PNAS..11213432M. doi:10.1073/pnas.1518576112. PMC 4640783. PMID 26499243. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Matisoo-Smith2015" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b Morton, Julia F (1987). "Breadfruit; In: Fruits of Warm Climates". NewCROP, the New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University, West Lafayette, IN. m/s. 50–58. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2015. Dicapai pada 17 January 2017.
  9. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kuluR: breadfruit". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  10. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*sukun: breadfruit". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  11. ^ Zerega, N. J. C.; Ragone, D. & Motley, T.J. (2004). "The complex origins of breadfruit (Artocarpus altilis, Moraceae): Implications for human migrations in Oceania". American Journal of Botany. 91 (5): 760–766. doi:10.3732/ajb.91.5.760. PMID 21653430.
  12. ^ Ragone, Diane (April 2006). Elevitch, C.R. (penyunting). "Artocarpus camansi (breadfruit), ver.2.1" (PDF). Species Profiles for Pacific Island Agroforestry. Hōlualoa, Hawai‘i: Permanent Agriculture Resources (PAR). Dicapai pada 18 April 2012. <http://www.traditionaltree.org>.
  13. ^ Ragone, Diane (2011). "Farm and Forestry Production and Marketing Profile for Breadfruit (Artocarpus altilis)". Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Specialty Crops for Pacific Island Agroforestry. Hōlualoa, Hawai‘i: Permanent Agriculture Resources. ISBN 978-0970254481.
  14. ^ Salmond, Anne (2010). Aphrodite's Island. Berkeley: University of California Press. m/s. 190, 197, 307–308. ISBN 9780520261143.
  15. ^ a b "Artocarpus altilis (breadfruit)". Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew Gardens, Richmond, Surrey, UK. 2017. Dicapai pada 17 January 2017.
  16. ^ O'Brian, Patrick (8 December 1997). Joseph Banks: A Life. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-61628-5.
  17. ^ "'Food of the Future' Has One Hitch: It's All But Inedible". Wall Street Journal. 1 November 2011. Dicapai pada 6 August 2019.

Pautan luar sunting