Sultan

gelaran pemerintah Islam

Sultan (Jawi/b. Arab: سلطان sulṭān) ialah gelaran Islam yang mempunyai beberapa maksud sejarah. Pada asalnya, perkataan ini ialah kata nama abstrak bahasa Arab yang bermaksud "kekuatan", "kuasa", atau "kedudukan pemerintah". Kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah Islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik (iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi), tanpa menuntuk jawatan khalifah pada keseluruhannya. Perkataan Sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu. Wangsa dan kawasan-kawasan yang diperintah oleh Sultan dipanggil Kesultanan (bahasa Arab: سلطنة).

Mahmud dari Ghazni (kanan), Sultan pertama di dunia, berjabat tangan dengan seorang syeikh.
Muzium Seni Lukis Kontemporari Tehran

Raja Islam yang memerintah di bawah syarat-syarat Syariah sunting

Gelaran ini mempunyai kepentingan moral dan kuasa agama disebabkan peranannya ditakrifkan dalam al-Quran. Bagaimanapun, sultan bukannya guru agama pada dirinya. Dalam Empayar Rom Timur dan bidang tradisional dalam agama Kristian Ortodoks Timur, terdapat juga gelaran yang sepadan. Kedudukan yang mana pemerintah merupakan perpaduan antara gereja dengan negara diberikan nama Caesaropapisme. Pemerintah bukan Islam yang terakhir yang mempunyai kuasa yang setanding ialah Nicholas II, Tsar Rusia yang terakhir, walaupun secara rasmi (jika bukan secara praktik), Raja British merupakan penyatuan yang sama antara gereja dengan negara kerana baginda merupakan kedua-kedua ketua negara serta Gabernor Agung Gereja England. Bagaimanapun secara praktik, Ratu Elizabeth II hanya merupakan ketua gereja dan negara pada nama sahaja. Kini, status ini juga dipersoalkan disebabkan Putera Charles telah membayangkan bahawa beliau ingin memerintah sebagai 'pembela untuk semua agama', berbanding 'pembela untuk si agama'.

Pemerintah pertama yang menggunakan gelaran 'Sultan' ialah ketua Turkmen, Mahmud dari Ghazni, yang memerintah antara tahun 998 - 1030. Gelaran 'Sultan' kemudian menjadi gelaran yang biasa untuk pemerintah-pemerintah Turki Seljuk dan Turki Uthmaniyyah serta pemerintah-pemerintah Ayubid dan Mamluk di Mesir. Pada tempoh-tempoh kemudian, gelaran "Sultan" biasanya digunakan untuk isteri-isteri maharaja. Pengesahan rohaniah untuk gelaran ini dapat digambarkan dengan paling baik melalui fakta bahawa Kalifah Bayangan di Cairo menganugerahkan Murad I, pemerintah Empayar Turki Uthmaniyah yang ketiga, dengan gelaran "Sultan" pada tahun 1383. Pemerintah-pemerintah yang lebih awal digelarkan Bey.

Pada peringkat-peringkat kemudian, pemerintah-pemerintah yang kurang penting menggunakan gelaran "Sultan", serupa dengan perintah-perintah keluarga diraja Maghribi yang lebih awal. Pada hari ini, hanya Sultan Oman, Sultan Brunei, dan sultan-sultan di bekas negeri-negeri Melayu yang kini merupakan sebahagian Malaysia, serta juga di Mindanao dan Jawa, masih menggunakan gelaran ini. Kawasan kekuasaan sultan digelarkan kesultanan. Raja perempuan, tengku ampuan, dan permaisuri Sultan digelarkan Sultanah.

Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'.

Gelaran majmuk sunting

Secara amnya, gelaran majmuk merupakan gelaran sekunder yang digunakan dalam puisi atau mempunyai maksud, umpamanya:

Bekas Sultan dan Kesultanan sunting

Timur Tengah & Asia Tengah sunting

Kesultanan-kesultanan Audhali, Aulaqi Atas, Aulaqi Bawah, Fadhli, Haushabi, Kathiri, Lahej, Mahra, Qu'aiti, Subeihi, Wahidi, Yafa Atas, Yafa Bawah,

Hami sunting

"Hami" merupakan gaya tulen (biasa diterjemahkan sebagai "Sultan") untuk raja-raja Islam daripada keluarga pemerintah Oman dalam kedua-dua alamnya:

  • Kesultanan Oman, yang terletak di pantai selatan Semenanjung Arab, masih merupakan kesultanan yang bebas sejak tahun 1784, iaitu dua tahun sebelum keimaman hilang kuasa pada tahun 1786 (menggunakan gelaran "Sultan" secara rasmi pada tahun 1861)
  • Kesultanan Zanzibar terdiri daripada dua sultan (daripada wangsa Oman) sejak pemisahan de facto daripada Oman pada tahun 1806. Sultan yang kedua ini menggunakan gelaran "Sultan" pada tahun 1861, sewaktu pemisahan rasmi di bawah naungan kerajaan British; sejak tahun 1964, negara ini telah bersatu dengan Tanganyika yang merupakan sebahagian negara Tanzania.

Afrika Utara sunting

Afrika Barat & Tengah sunting

  • Cameroon:
    • Bamoun (Bamun): diasaskan melalui penyatuan 17 keketuaan pada abad ke-17, menjadi kesultanan pada tahun 1918, dan kemudian dibahagikan semula menjadi 17 keketuaan yang asal pada tahun 1923.
    • Bibemi: diasaskan pada tahun 1770, pemerintah-pemerintah mula-mulanya menggunakan gelaran Lamido tetapi bertukar gelaran beberapa kali dan akhirnya, menggunakan gelaran "Sultan"
    • Kesultanan Mandar sejak tahun 1715 (menggantikan kemaharajaan Wandala); menjadi sebahagian Cameroon pada tahun 1902
    • Kesultanan Rey Bouba yang diasaskan pada tahun 1804
  • di Republik Afrika Tengah:
  • di Niger: gelaran Arab alternatif untuk pemerintah-pemerintah asli yang berikut:
  • di Nigeria: kebanyakan rajanya mempunyai gelaran asli; ketika kebanyakan raja itu memeluk Islam, gelaran-gelaran Islam secara amnya diterimaguna, umpamanya Emir- Sultan.

Afrika Timur sunting

Gelaran Sultan sunting

Maliki sunting

Maliki ialah gelaran asli alternatif (mungkin berasal daripada Malik, perkataan Arab untuk "Raja") untuk Sultan-sultan Kilwa Kisiwani di Tanganyika (kini sebahagian negara Tanzania)

Mfalume sunting

Mfalume ialah gelaran (Ki)Swahili untuk berbagai-bagai pemerintah Islam asli dan secara amnya, diterjemahkan sebagai "Sultan" dalam bahasa Arab serta bahasa-bahasa Barat:

Sultani sunting

Sultani ialah gelaran pemerintah asli di negeri Uhehe, Tanzania.

Kesultanan pulau Lautan Hindi sunting

Sila lihat Kesultanan Comoros; terdapat banyak gelaran asli yang lain, termasuk Mfalme, Phany, dan Sultani tibe (satu gelaran 'hegemoni').

Timur Jauh sunting

Di China, terdapat kesultanan di Dali, provinsi Yunnan, ibu kota untuk Pemberontakan Panthay yang berhayat pendek.

Kepulauan Melayu sunting

Bagaimanapun, kebanyakan sultan adalah daripada negara-negara orang Melayu seperti Malaysia yang dimana para sultan dan raja adalah Ketua Utama Negeri atau Ketua Kesultanan mempunyai kuasa keatas jajahan takluk daerah dan negeri termaktub mengikut perlembagaan diraja bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti: Kedah Darul Aman, Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan, Pahang Darul Makmur, Johor Darul Takzim, Terengganu Darul Iman, Kelantan Darul Iman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Selangor Darul Ehsan. Sultan-sultan dan raja di Malaysia juga adalah Ketua Negara Utama iaitu: KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang dipilih melalui mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu di Istana Negara mengikut penggilliran sistem Kekananan Raja-Raja Melayu dan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong selama 5 tahun

  1. Kesultanan Kedah(1136-Kini)
  2. Kesultanan Melaka(1400-1511-kini)
  3. Kesultanan Johor(1528-Kini)
  4. Kesultanan Perak(1528-Kini)
  5. Kesultanan Terengganu(1725-Kini)
  6. Kesultanan Pahang(1470-Kini)
  7. Kesultanan Selangor(1743-Kini)
  8. Kesultanan Kelantan(1267-Kini)
  9. Raja Perlis(1842-Kini)
  10. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan(1773-Kini)
  11. Kesultanan Sarawak(1598-1641)

(Kalimantan)

  1. Kesultanan Banjar(1520-Kini)
  2. Kesultanan Tidung(1557-Kini)
  3. Kesultanan Sintang(1262-Kini)
  4. Kesultanan Sambas(1671-Kini)
  5. Kesultanan Sembaliung(1810-1960)
  6. Kesultanan Pontianak(1771-Kini)
  7. Kesultanan Paser(1516-Kini)
  8. Kesultanan Mempawah(1740-Kini)
  9. Kesultanan Matan Tanjungpura(1300-Kini)
  10. Kesultanan Kutai(1300-Kini)
  11. Kesultanan Kotawaringin(1615-Kini)
  12. Kesultanan Gunung Tabur(1810-1953)
  13. Kesultanan Bulungan(1731-Kini)
  14. Kesultanan Berau(1377-1810)

(Sumatera)

  1. Kesultanan Aceh(1496-1903-Kini)
  2. Kesultanan Daya(1480-Kini)
  3. Kesultanan Perlak(840-1292)
  4. Kesultanan Lamuri(800-1503)
  5. Kesultanan Samudera Pasai(1267-1521-kini)
  6. Kesultanan Pedir(1400-1524)
  7. Kesultanan Benua Tamiang(1330-1558)
  8. Kesultanan Barus Pardosi(1300-1858)
  9. Kesultanan Barus Pasaribu(1500-1878)
  10. Kesultanan Deli(1613-Kini)
  11. Kesultanan Serdang(1723-Kini)
  12. Kesultanan Siak sri indrapura (1723-Kini)
  13. Kesultanan Asahan(1630-Kini)
  14. Kesultanan Langkat(1568-Kini)
  15. Kesultanan Aru(1225-1613)
  16. Kesultanan Bintan(1100-Kini)
  17. Kesultanan Riau-Lingga(1824-1911-Kini)
  18. Kesultanan Rokan(1569-1940)
  19. Kesultanan Pelalawan(1725-Kini)
  20. Kesultanan Palembang(1455-Kini)
  21. Kesultanan Pagaruyung(1347-Kini)
  22. Kesultanan Muko Muko(1681-Kini)
  23. Kesultanan Lima Laras(1500-Kini)
  24. Kesultanan Kunto Darussalam(1878-1948)
  25. Kesultanan Kualuh(1868-Kini)
  26. Kesultanan Kota Pinang(1630-1945)
  27. Kesultanan Kampong Radja(1916-1945)
  28. Kesultanan Kampar(1528-Kini)
  29. Kesultanan Jambi(1460-Kini)
  30. Kesultanan Indragiri(1298-1945)
  31. Kesultanan Inderapura(1347-Kini)
  32. Kesultanan Billah(1623-1946)
  33. Kesultanan Dhasa Nawalu(2007-)

(Sulawesi)

  1. Kesultanan Gowa(1300-Kini)
  2. Kesultanan Makassar(1607-1667)
  3. Kesultanan Tallo(1500-Kini)
  4. Kesultanan Soppeng(1300-Kini)
  5. Kesultanan Selayar(1605-Kini)
  6. Kesultanan Padangguni(1574-Kini)
  7. Kesultanan Luwu'(1300-Kini)
  8. Kesultanan Lau'(1824-Kini)
  9. Kesultanan Gorontalo(1385-Kini)
  10. Kesultanan Buton(1332-Kini)
  11. Kesultanan Buol(1380-Kini)
  12. Kesultanan Bone(1330-Kini)
  13. Kesultanan Boalermo(1607-Kini)

(Jawa)

  1. Kesultanan Cirebon(1430-1666)
  2. Kesultanan Demak(1475-1554)
  3. Kesultanan Banten(1524-Kini)
  4. Kesultanan Pajang(1568-1618)
  5. Kesultanan Kalinyamat(1527-1599)
  6. Kesultanan Sumedang Larang(1527-1620)
  7. Kesultanan Mataram(1586-1755)
  8. Kesultanan Yogyakarta(1755-Kini)
  9. Kesultanan Surakarta(1755-Kini)
  10. Kesultanan Kacirebonan(1808-Kini)
  11. Kesultanan Kaprabonan(1699-Kini)
  12. Kesultanan Kasepuhan(1679-Kini)
  13. Kesultanan Kanoman(1679-Kini)

(Nusa Tenggara)

  1. Kesultanan Bima(1620-Kini)
  2. Kesultanan Sumbawa(1674-1958)
  3. Kesultanan Dompu
  4. Kesultanan Selaparang
  5. Kesultanan Pejanggik
  6. Kesultanan Tambora
  7. Kesultanan Papekat

(Maluku)

  1. Kesultanan Ternate(1257-Kini)
  2. Kesultanan Tidore(1081-Kini)
  3. Kesultanan Bacan(1521-Kini)
  4. Kesultanan Jailolo(1380-Kini)
  5. Kesultanan Loloda(1200-1571)
  1. Kesultanan Patani(1516-1902)
  2. Kesultanan Singgora(1603-1689-Kini)
  3. Kesultanan Setul(1808-1916)
  4. Kesultanan Reman(1785-1902)
  5. Kesultanan Legeh(1755-1902)
  6. Kesultanan Nong Chik(1809-1902-kini)
  7. Kesultanan Jalur(1817-1902)
  8. Kesultanan Teluban(1817-1902)
  9. Kesultanan Jering(1817-1902)
  1. Kesultanan Manila(1500-1571)
  2. Kesultanan Maguindanao(1515-1928-Kini)
  3. Kesultanan Sulu(1402-Kini)
  4. Kesultanan Lanao(1520-Kini)

Asia Selatan sunting

Kesultanan kini sunting

Gelaran putera dan bangsawan sunting

Dalam sistem wangsa Turki Uthmaniyah, keturunan lelaki untuk Padishah (juga dikenali di dunia Barat sebagai Sultan Agung) juga mempunyai gelaran 'Sultan' dan oleh itu, gelaran ini adalah sepadan dengan anak raja di dunia Barat: Daulatlu Najabatlu Shahzada Sultan (nama lahir) Hazretleri Effendi. Bagaimanapun, bagi bakal raja, gelarannya ialah Daulatlu Najabatlu Vali Ahad-i-Sultanat (nama lahir) Effendi Hazlatlari, iaitu Putera Mahkota kesultanan.

Anak-anak lelaki kepada Putera dan Puteri Wangsa Turki Uthmaniyah yang tidak berlayak untuk pewarisan empayar hanya digelarkan sebagai Sultanzada (nama lahir) Bey-Effendi, yang bermaksud Anak Lelaki Putera/Puteri wangsa.

Di dalam negara-negara Islam yang tertentu, 'Sultan' merupakan gelaran bangsawan yang serupa dengan Kekhanan Astrakhan Tartar.

Pangkat tentera sunting

Dalam sesetengah negeri selepas pemerintahan kekalifahan, terdapat sejenis hierarki tentera yang feudal (seringnya dalam empayar-empayar besar) yang menggunakan gelaran-gelaran diraja seperti Khan, Malik, dan Amir sebagai pangkat tentera.

Dalam Empayar Parsi, pangkat 'Sultan' adalah lebih kurang sama dengan Kapten di dunia Barat dan secara sosial, merupakan kelas pangkat ke-5.

Lihat juga sunting

Gelaran-gelaran Islam yang lain:

Sumber dan rujukan sunting