Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Almarhum Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Khalifat ul-Muminin dilantik sebagai Sultan Johor ke-14 pada 1760-1761, menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1721-1760) yang mangkat pada 20 Ogos 1760. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, baginda dikenali sebagai nama Raja Ahmad atau Tengku Abdul Jalil V dan bondanya bernama Che Puan Perak. Raja Abdul Jalil dilahirkan pada tahun 1738 dan mempunyai ramai adik-beradik berlainan bonda.

Raja Abdul Jalil V amat dikenali dengan gelaran Raja di Baroh dan baginda dikatakan menetap di Kuala Selangor. Raja Abdul Jalil V berkahwin dengan Tengku Puteh ibni Daeng Chelak, daripada suku Bugis. dan dikurniakan dua orang putera bernama Raja atau Tengku Ahmad dan Raja atau Tengku Mahmud. Tengku Ahmad juga dikenali sebagai Tengku Tengah. Raja Abdul Jalil V juga berkait rapat dengan konflik daerah-daerah orang Minangkabau di Rembau, Johol, Sungai Ujong dan Jelebu. Daerah-daerah tersebut didapati tidak lagi mahu bernaung di bawah kekuasaan Kesultanan Johor dan akhirnya dimerdekakan oleh Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah mangkat pada bulan Januari 1761 dan dimakamkan di Batangan, Riau berhampiran makam ayahandanya.


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-14
1760 – 1761
Penyandang Kemudian
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Ahmad Riayat Shah