Sultan Abdul Jalil Shah III

Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah III Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin atau nama asalnya, Raja Bujang, menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-7 dari 1623 hingga 1677. Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Sultan Johor ke-6,dan putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-5. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya.

Pemerintah Pahang dan pelantikan sebagai Sultan Johor-Pahang sunting

Pada tahun 1615, ayahanda Raja Bujang telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis. Sebagai balasan, Portugis telah melantik Raja Bujang sebagai permerintah di Pahang menggantikan anak Sultan Abdul Ghafur. Walau bagaimanapun, pelantikan ini tidak diiktiraf oleh Acheh. Hal ini menyebabkan Acheh menyerang Pahang sehingga Raja Bujang terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Semasa itu juga Acheh sedang memerangi Sultan Johor, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah. Sultan Abdullah juga terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Oleh kerana serangan Acheh yang berterusan, Raja Bujang dan Sultan Abdullah telah melarikan diri pula ke Pulau Tambelan. Apabila Sultan Abdulah mangkat pada tahun 1623, Acheh telah menerima Raja Bujang dan melantik baginda sebagai Sultan Johor-Pahang.[1] Baginda telah bersemayam di Pulau Tambelan.

Menakluki Melaka sunting

Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam.

Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642.

Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan seterusnya meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang lalu disebut "Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-8
1623 – 1677
Penyandang Kemudian
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah Sultan Ibrahim Shah, Johor

Rujukan sunting

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.

Nota kaki sunting

  1. ^ Aruna Gopinath, 1624, ms 16

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting