Sultan Abdul Samad

Sultan Selangor

Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yang di-Pertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.

Sultan Sir Abdul Samad
Sultan Selangor IV
Pemerintahan 6 Januari 1857 - 6 Februari 1898
Pendahulu Sultan Muhammad Shah
Pengganti Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Raja Muda Raja Muda Selangor Raja Haji Musa
Anakanda
Raja Muda Selangor Raja Haji Musa ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad
Nama penuh
Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah
Ayahanda Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Bonda Che Lipah
Keputeraan 1804
Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
Kemangkatan 6 Februari 1898 (berumur 93–94)
Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor
Dimakamkan Bukit Jugra
Agama Islam
Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
18571896
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad Shah Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah

Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah.[1] Baginda dilahirkan pada tahun 1804. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan, bersama ahli-ahli keluarga diraja yang lain, di Bukit Jugra.[3][4] Semasa pemerintahan baginda, berlakunya perang saudara di Selangor, penubuhan Kuala Lumpur,[5][6] pengenalan bendera dan lambang Selangor [7][8] dan permulaan penglibatan British dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.

Menaiki takhta sunting

Pemerintahan sunting

Keluarga sunting

Putera dan puteri sunting

  1. Permaisuri Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah
  2. Permaisuri Raja Buntal binti Raja Berkat.
    1. Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad (1844-1884).
  3. Permaisuri Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.
    1. Raja Kahar ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad.
    2. Raja Arfah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad, berkahwin 13 Jun 1868 dengan Tengku Dhiauddin ibni al-Marhum Sultan Zainal Rashid (Sultan Kedah), mangkat pada tahun 1896[9].
    3. Raja Ibnushah ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1881.
    4. Raja Tipah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
    5. Raja Moonah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
    6. Raja Yakub ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1875.
    7. Raja Daud ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad
    8. Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad

Kemangkatan sunting

Baginda mangkat pada 6 Februari 1898 ketika berusia 93 tahun selepas 41 tahun memerintah negeri Selangor. Baginda dimakamkan di Bukit Jugra, Selangor.[10] Baginda mempunyai 12 orang anakanda, 6 orang putera dan 6 orang puteri dari 2 orang permaisuri.[11] Memandangkan pengganti beliau iaitu Raja Muda Raja Musa telah mangkat pada tahun 1884, cucunda baginda, Raja Sulaiman Raja Muda Musa ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang baharu.

Legasi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ J.M Gullick, 2004, ms 59
  2. ^ J.M Gullick, 2004, ms 225
  3. ^ "Makam Diraja Sultan Abdul Samad". VisitSelangor.com. Dicapai pada 5 May 2017.
  4. ^ "Makam Sultan Abdul Samad". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2010. Dicapai pada 1 Disember 2010.
  5. ^ "Kuala Lumpur History". Web Sawadee PCL. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2004. Dicapai pada 25 Jun 2009.
  6. ^ "Kuala Lumpur History". Asia Web Direct. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2009. Dicapai pada 25 June 2009.
  7. ^ "Makna Bendera Negeri Selangor". Selangor State Government. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2009. Dicapai pada 25 Jun 2009.
  8. ^ "Kemangkatan Sultan Muhammad Shah Selangor". National Archives of Malaysia. 10 April 2009. Dicapai pada 26 June 2009.[pautan mati kekal]
  9. ^ J.M Gullick, 2004, ms 63
  10. ^ "Makam Sultan Abdul Samad". VisitSelangor.com. Dicapai pada 5 May 2017.
  11. ^ Megat Zaharuddin, M.I. (2002). "Database of Malay Nobility - Genealogy Data". Geocities. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2009. Dicapai pada 25 June 2009.

Nota kaki sunting

  • J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.

Pautan luar sunting

Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
18571896
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad Shah Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah