Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I adalah Sultan Kedah ke-18. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah al-Mu’azzam Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas binti Sultan Muhammad Abdul Jalil Karimullah Mualim Shah (Raja Patani)

Pada 22 September 1706, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-18 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang

Baginda sering melawat sungai dengan menggunakan perahu

Apabila terlihat tebing sungai itu runtuh, maka timbulkan kerisauan baginda yang akan melarat ke Kota Langgar

Baginda telah bermuafakat dengan Jemaah menteri untuk menimbus kuala Sungai Bukit Pinang dan ianya dilakukan oleh rakyat

Tahun 1706, baginda telah menziarahi Raja Muda Ibrahim yang mangkat di Kota Limbong dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar

Baginda telah memberi kebenaran kepada seorang Cina berbangsa Hokkien yang bernama Lim Chok untuk menjalankan perniagaan kawah dan kuali di Kampung Nawa, Lesung, Pokok Sena

Baginda telah bermuafakat dengan Jemaah menteri untuk mengangkat Dato’ Seri Paduka Maha Menteri sebagai Raja Bendahara, Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa (Dato’ Seri Paduka Maha Menteri), Dato’ Seri Paduka Tuan (Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa) dan Maharaja Darma Wangsa (Seri Paduka Tuan)

Pada 15 Februari 1710, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar

Oleh kerana baginda tiada waris takhta, maka Jemaah menteri bersetuju memasyhurkan Raja Bendahara sebagai Pemangku Raja mengikut adat

Tengku Muhammad Jiwa telah merantau selama 6 tahun tanpa sebarang khabar berita

Raja Bendahara memerintahkan Dato’ Karma Jaya mencari di sebelah Sumatera dan Jawa manakala Dato’ Seri Indera Mambang Segara Shahbandar bagi bahagian Burma dan India

Didahului oleh
Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
Sultan Kedah
1136-1179
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II