Sultan Mu'adzam Shah

sultan Kedah kedua

Sultan Mu'adzam Shah (mangkat 1202) ialah Sultan Kedah kedua. Baginda merupakan putera kepada Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah. Pada 20 Julai 1179, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Meriam. Baginda menyerahkan Kota Palas, Wang Tepus kepada Dato’ Lela Pahlawan dan Panglima Jaya untuk menjagakannya.Pada 1 Oktober 1180, baginda telah membangunkan sebuah kota yang lengkap dengan istana dan balai penghadapan dan diberi nama Kota Sungai Emas.

Pada 8 Syaaban 598 Hijrah bersamaan 3 Mei 1202 Masihi, hari Jumaat, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Bukit Meriam.

Anakanda putera sunting

  1. Sultan Muhammad Shah
  2. Tengku Puteri
  3. Tengku Mahiran

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Undang-Undang Kedah
  • At Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Didahului oleh
Sultan Mudzafar Shah I
Sultan Kedah
1179-1202
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad Shah