Sultan Muhammad Tajuddin

Sultan Brunei

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I adalah Sultan Brunei ke-19 dan memerintah sebanyak dua kali iaitu mulai 1795 hingga 1804 dan mulai 1804 hingga 1807.

Muhammad Tajuddin
محمد تاج الدين
Pemerintahan 1- 1795 - 1804
2- 1804 - 1807
Pendahulu 1- Omar Ali Saifuddin I
2- Muhammad Jamalul Alam I
Pengganti 1- Muhammad Jamalul Alam I
2- Muhammad Kanzul Alam
Pasangan Raja Isteri Bulan
Dayang Asiah
Anakanda
Pengiran Anak Muhammad Jamalul Alam
Pengiran Anak Muhammad Yusuf
Pengiran Anak Yakub
Nama penuh
Muhammad Tajuddin ibni Omar Ali Saifuddin I
Ayahanda Omar Ali Saifuddin I
Bonda Pengiran Anak Nur Alam
Keputeraan Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 11 Februari 1807
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Agama Islam

Sebelum menjadi sultan, pada tahun 1780, baginda dilantik oleh ayahanda baginda sebagai Yang Di-Pertuan Muda dan memakai gelaran Paduka Seri Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I. Dengan perlantikan ini, baginda mempunyai kuasa untuk memerintah walaupun pada hakikatnya ayahanda baginda masih menjadi Sultan dengan gelaran Yang Di-Pertuan Besar. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi menggantikan ayahanda baginda yang mangkat pada 10 Julai 1795.

Baginda pernah menghantar utusan ke Cina untuk memasarkan barang-barang Brunei di sana. Baginda juga pernah menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda menitahkan Khatib Haji Abdul Latif menyuratkan Salasilah Raja-Raja Brunei dan menitahkan supaya membuat rumah wakaf untuk jemaah haji Brunei di Mekah.

Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga bersama dua orang isteri. Mereka adalah Pengiran Anak Bulan dan Dayang Asiah.

Hasil perkhawinan baginda, baginda dikurniakan tiga orang putera; iaitu:

  • Pengiran Anak Muhammad Jamalul Alam (putera kepada Pengiran Anak Bulan)
  • Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Muhammad Yusuf (putera kepada Dayang Asiah)
  • Pengiran Anak Yakub (putera kepada Dayang Asiah)

Baginda pernah turun dari takhta kerajaan pada 27 April 1804 dan menyerahkannya kepada anakanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Namun pemerintahan anakanda baginda amatlah singkat dan mangkat pada tahun 1804.

Selepas kemangkatan anakanda baginda, baginda sekali lagi menaiki takhta kerajaan pada 10 November 1804. Pada 11 Februari 1807, baginda mangkat dan diganti oleh Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
17951804
Penyandang Kemudian
Omar Ali Saifuddin I Muhammad Jamalul Alam I


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
18041807
Penyandang Kemudian
Muhammad Jamalul Alam I Muhammad Kanzul Alam