Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah

Sultan Selangor

Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yang di-Pertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, merupakan Sultan Selangor, yang dilantik ketika pendudukan Jepun di Malaysia. Baginda merupakan anakanda sulung kepada Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haj Musa (1898-1938) dengan permaisuri Tengku Ampuan Maharum binti Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Dziauddin dari Kedah, baginda dilahirkan pada tahun 1893 di Jugra, Selangor. Nama baginda ketika diputerakan adalah Tengku Musa Eddin.

Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah
Sultan Selangor VII
Pemerintahan 15 January 1942 - 14 September 1945
Pendahulu Sultan Hisamuddin Alam Shah
Pengganti Sultan Hisamuddin Alam Shah
Pasangan Tengku Permaisuri Syarifah Mastura binti Al-Marhum Tengku Suri Syed Ahmad Shahabuddin
Nama penuh
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Ayahanda Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Bonda Tengku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Dziauddin
Keputeraan (1893-12-09)9 Disember 1893
Istana Bandar Termasha, Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 8 November 1955(1955-11-08) (umur 61)
Kuala Lumpur, Malaya
Dimakamkan Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
Agama Islam

Kehidupan awal sunting

Menerima pengajian persendirian, baginda menggantikan mengambil alih ayahanda saudaranya Raja Laut bin Sultan Muhammad sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1916. Seorang pemuda yang bijaksana, baginda mewakili ayahandanya dalam State Council yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kolonial British.

Sikap pemikiran terbuka Tengku Musa Eddin meresahkan residen British T.S. Adams, yang mencadangkan penyingkiran Tengku Musa Eddin sebagai Raja Muda. Walaupun ayahandanya Sultan Sulaiman merayu, Tengku Musa Eddin telah disingkirkan sebagai Raja Muda pada tahun 1933 di atas alasan "salahlaku peribadi". Saudara lelakinya Tengku Badar, yang dilahirkan pada tahun 1895, turut dilangkau oleh pihak British, yang kemudiannya telah melantik saudara tirinya Tengku Alam Shah, sebagai Raja Muda. (Kemudiannya bergelar Sultan Hisamuddin Alam Shah (lihat juga: Yang di-Pertuan Agong)

Tengku Musa Eddin telah diberikan gelaran gelaran Tengku Kelana Jaya Putera, yang juga merupakan gelaran putera mahkota bagi Yang di-Pertuan Muda Johor dan Riau, yang merupakan asal sultan-sultan Selangor. Pada 1938, pada pentabalan saudara tirinya ke takhta, Tengku Musa Eddin mempengerusikan pertabalan, tanpa sebarang perasaan buruk.

Zaman Jepun dan kesultanan sunting

Ketika penaklukan Jepun pada 1942, Sultan Hisamuddin Alam Shah telah disingkirkan oleh pihak Jepun, dan pengurus tentera Jepun mengistiharkan Tengku Musa Eddin sebagai Sultan Selangor sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin A Sulaiman Shah. Pertabalannya dilakukan pada November 1943 dengan kehadiran pembesar dan pegawai tentera Jepun. Walau bagaimanapun, baginda tidak memiliki sebarang kuasa ketika pentadbirannya, menyebabkan fokus baginda ditumpukan kepada kerabatnya sahaja sepanjang pertabalannya.

Pasca-Jepun sunting

Setelah Jepun berundur, Sultan Musa telah dilucutkan takhta oleh Pengurus Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten sekembalinya kuasa kolonial British ke pada tahun 1945. Baginda kemudiannya dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling. Kemudiannya, baginda jatuh sakit dan dibawa pulang ke Selangor selama beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1955.

Sultan Musa telah dimakamkan bersebelahan makam ayahdanya di Makam Diraja di Klang. Permaisurinya, Tengku Permaisuri Tunku Syarifah Mastura binti Al-Marhum Tengku Suri Syed Ahmad Shahabuddin dari Kedah, menjadi Tengku Permaisuri ketika pemerintahannya yang singkat. Baginda Permaisuri mangkat pada tahun 1958. Pasangan tersebut tidak mempunyai waris.

Legasi sunting

Sultan Selangor (1942-1945) sunting

Rujukan sunting

  • Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 177-178.
Didahului oleh
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Sultan Selangor
1942 - 1945
Diikuti oleh:
Sultan Hisamuddin Alam Shah