Sultan Muzaffar Shah I, Kedah

sultan Kedah pertama


Sultan Muzaffar Shah I atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (mangkat Jumaat, 13 Safar 575 Hijrah, bersamaan 20 Julai 1179)[1] ialah Sultan Kedah yang pertama. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Maha Jiwa. Baginda dimasyhurkan sebagai Maharaja "Kalah" bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Bukit Mariyam (Permaisuri Duli Yang Maha Mulia Nagara Kedah Pasai Ma Benua Siam Islam, Me Rong Maha Wang Ser. Baginda sering berulang alik memantau wilayah jajahan Kalah (Kedah). Pada waktu ini, Sungai Babur telah bertukar nama kepada Sungai Merbuk manakala Kuala Babur "arti pintu" (Kuala Merbuk).

Sultan Muzaffar Shah I
سلطان مظفر شاه ١
Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II
سري ڤدوک مهاراج دربر راج ٢
Phra Ong Mahawangsa
ڤراء ءوڠ مهاوڠسا
Pemerintahan1136–1179
Diikuti olehMu'adzam Shah
Kemangkatan27 July 1179
Anakandatunku Mu'adzam Shah
Tunku Muhammad Shah
Tunku Sulaiman Shah
KerabatMahawangsa
AyahandaSeri Paduka Maha Jiwa
AgamaSunni Islam

Pada Masihi 1136,Syikh Abdullah Al Qumairi serta 11 orang pengikutnya belayar menaiki baghalah iaitu sejenis kapal layar dari Kawasan As-Shir,Yaman. Beliau telah tiba di Kuala Sungai Merbuk dan mengadap baginda di Istana Bukit Mariyam(Permaisuri Syarifah Mariam ;nama siamnya"Pi Nang Tung Gal")

Beliau berdakwah tentang Ugama Islam serta jalan bersandar (syariat), hukum-hakam kepada baginda dan jemaah menteri. Dengan rahmat Allah taala, baginda bersama jemaah menteri telah bermuafakat untuk memeluk agama Islam di hadapan Syeikh Abdullah Al Qumairi.

Baginda juga berkenan menukar nama diri dan negeri atas nasihat beliau. Syeikh Abdullah bangkit menjunjung duli dan menunaikan solat sunat.Sebaik melakasanakan, beliau menyeru "Daulat Tuanku Zillullah Fil Alam As Sultan Mad Zaffar Shah" sebanyak tiga kali.

Kalaha bertukar nama kepada Kedah Darul Aman. Syikh Abdullah juga menyarankan agar alunan Nobat dipukul dan ditalu setiap kali masuknya waktu solat fardhu.

Suatu hari, Syeikh Abdullah memohon perkenan baginda untuk membina sebuah menara azan di atas pusat Gunung Jerai bagi mengalun kebesaran Allah. Baginda berkenan saran Syikh Abdullah dan perintah orang suruhan membina menara tersebut. Ketika proses pembinaan, Syikh Abdullah jatuh gering lalu meninggal dunia. Jenazah Syikh Abdullah disemadi di pusat Gunung Jerai. Setelah baginda melawat kubur Al Marhum Syikh Abdullah, berangkat pulang ke istana dengan penuh kemasyghulan yang mendalam.

Pandangan lain, baginda menitahkan Tengku Mad Azzam untuk mentadbir Kota Palas,Langkawi dan Wang Tepus di bahagian utara Kedah, Paduka Seri Laksamana Raja Sulaiman (Raja Daerah Pulau Langkawi hingga ke Kuala Perai) bagi perairan laut dan Raja Muda Mahmud (Kota Ulu, Padang Terap) bagi timur Nagara Kedah.

Pada Masihi 20 Julai 1179 atau Hijriah 13 Safar 575, hari Jumaat, baginda mangkat akibat kegeringan dan dikubur di Perkuburan Diraja Langgar Kota Bukit Mariyam.

Keluarga sunting

  1. Tengku Muazzam (kemudian ditabalkan sebagai Sultan Mu'adzam Shah). Dikurniakan oleh ayahandanya memerintah Kota Palas, Mukim Wang Tepus.
  2. Tengku Sulaiman, Kedah, dikurniakan pangkat Raja Laksamana dengan gelaran Tengku Seri Paduka Raja Laksamana. Baginda memerintah Pulau Langkawi dan pulau-pulau yang lain sehingga ke Kuala Kuala Bara serta pulau-pulau sebelah selatan hingga Kuala Perai, dan Kerian.
  3. Tengku Mahmud, dikurniakan pangkat Raja Muda Kedah. Baginda memerintah Kota Ulu, mukim Padang Terap.

Rujukan sunting

  • Undang-Undang Kedah
  1. ^ Wan Mohd. Shaghir Abdullah (28 Mei 2007). "Syikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 19 Ogos 2018 – melalui Utusan online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  • At Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Didahului oleh
tiada
Sultan Kedah
1136-1179
Diikuti oleh:
Sultan Mu'adzam Shah