Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff (diputerakan 13 April 1949) ialah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman menggantikan biras baginda, Sultanah Haminah Hamidun. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat.[1] Baginda merupakan permaisuri kepada Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah serta bonda kepada Tengku Sarafudin Badlishah dan Tunku Shazuddin Ariff.

Sultanah Maliha
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
Sultanah Kedah
Tempoh12 September 2017 – kini
Pemasyhuran30 April 2018
Didahului olehSultanah Haminah
KeputeraanTengku Maliha binti Tengku Ariff
(1949-04-13) 13 April 1949 (umur 74)
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganSultan Sallehuddin (k. 1965)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaTengku Sri Jaya Raja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman
BondaCik Puan Sri Jaya Raja Cik Puan Rokiah binti Sulaiman
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Sultanah Maliha

Kehidupan awal sunting

Tengku Maliha ialah anakanda ketiga daripada tujuh adik beradik kepada Tengku Sri Jaya Raja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Sri Jaya Raja Cik Puan Rokiah binti Sulaiman.[2] Tengku Maliha merupakan ahli kaum kerabat diraja Negeri Kelantan dengan Sultan Yahya Petra sebagai paduka nenda saudaranya, manakala anakanda baginda, Sultan Ismail Petra adalah ayahanda saudaranya (walaupun sebaya umur dan tahun lahir) dan cucunda baginda, Sultan Muhammad V adalah sepupunya (dengan jarak usia 20 tahun lebih muda, manakala baginda 20 tahun lebih tua daripada Sultan Kelantan sekarang).[3]

Baginda mendapat pendidikan awal di SK St Mary, Sentul dan seterusnya di SK dan SMK Assunta, Petaling Jaya ketika ayahanda baginda berkhidmat di KLM iaitu sebuah syarikat penerbangan Belanda.[4] Pada tahun 1960, Sultanah Maliha bersama kerabat baginda berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada waktu itu ayahanda baginda diperkenankan untuk bertugas sebagai juruiring kepada Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan ke-27.

Sekembalinya di Kota Bharu, Sultanah Maliha mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab, Kota Bharu dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam persatuan perbahasan di sekolah.[5] Tengku Maliha pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris.

Minat sunting

Sultanah Maliha dilantik sebagai penaung English Literacy and Computer Programme (COMEL) diurus oleh Jabatan Pendidikan negeri dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sultanah Maliha juga menyayangi kucing dan gemar memasak terutamanya masakan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[6]

Sultanah Kedah sunting

Sultanah Maliha dijadikan Sultanah Kedah apabila paduka suami baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu berikutan kemangkatan paduka kakanda ipar baginda pada bulan September 2017. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri, diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogam alam, cokmar, pedang dan lembing.[7] Sejurus keberangkatan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangkan, disusuli paluan nobat. Watikah pemasyhuran Sultanah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam dengan paluan nobat. Ahli kaum kerabat diraja Kedah yang lain turut berangkat menghadiri istiadat pemasyhuran Sultanah Kedah.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Sultanah Maliha
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran sunting

  • 13 April 1949 – 28 November 1981: Yang Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff
  • 28 November 1981 - 1996: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Laksamana Kedah
  • 1996 - 2001: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 2001 - 12 Disember 2011: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 12 Disember 2011 - 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah
  • 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman
  • 12 September 2017 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

Kurniaan sunting

Kurniaan negeri sunting

  •   Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 21.1.2018)[8]
  • Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK, 30.4.2018) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[9]
  •   Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS, 15.1.2017) membawa gelaran Dato' Seri Diraja[10]
  •   Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK, 12.12.2011) membawa gelaran Dato' Seri [11]
  •   Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK, 2001) membawa gelaran Dato'
  •   Setia Diraja Kedah (SDK)
  • Pingat Peringatan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Shah (1983)
  • Pingat Jubli Emas (2008)

Eponim sunting

Anakanda sunting

Sultanah Maliha dikurniakan dua orang putera atas hasil perkahwinan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin.[13] Pada 26 November 1965, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sallehuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai pegawai tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Pengkalan Chepa, Kelantan.

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakandanya
Tarikh Pasangan
DYTM Tengku Sarafudin Badlishah 2 Mac 1967 27 Februari 2003 DYTM Che Puan Muda Zaheeda binti Mohd Ariff YTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
DYAM Tunku Shazuddin Ariff 27 April 1970 26 November 2022 DYAM Che Puan Nur Julie Ariff

Keturunan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Norlida Akmar Idros (30 April 2018). "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". KOSMO!. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  2. ^ "Sultanah Maliha Dimasyhurkan Sebagai Sultanah Kedah". Berita RTM. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  3. ^ "Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada 30 April Ini". mypatriot. 23 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  4. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Astro Awani. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  5. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Sinar Harian. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  6. ^ "Tengku Maliha proclaimed as the new Sultanah of Kedah" [Tengku Maliha diisytihar sebagai Sultanah Kedah yang baharu]. New Straits Time (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  7. ^ Embun Majid (30 April 2018). "Pemasyhuran Sultanah Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  8. ^ Petah Wazzan Iskandar (21 Januari 2018). "Sultanah Maliha ketuai 3 kerabat terima darjah Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  9. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". BERNAMA. 30 April 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  10. ^ Suzalina Halid (15 Januari 2017). "50 terima darjah kebesaran sempena keputeraan Sultan Kedah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  11. ^ "Tunku Bendahara Terima Darjah Kebesaran Sempena Pelantikan Sultan Kedah". mStar. 12 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  12. ^ "Hospital Langkawi kini Hospital Sultanah Maliha". Berita Harian. 15 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  13. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah". MalaysiaKini. 15 Disember 2016. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  14. ^ Kelantan 6

Pautan luar sunting

Sultanah Maliha
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 13 April 1949
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultanah Haminah Hamidun
Sultanah Kedah
12 September 2017 – kini
Pemegang jawatan kini
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Raja Puan Muda Kedah
15 Disember 2016 – 12 September 2017
Diikuti oleh:
Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff
Didahului oleh
'
Tunku Puan Temenggong Kedah
1996 – 12 September 2017
Kosong
Didahului oleh
'
Toh Puan Laksamana Kedah
28 November 1981 – 1996
Diikuti oleh:
Datin Seri Diraja Dato' Nora Binti Abdullah