Kawasan Sundarban (Benggali: সুন্দরবন Shundorbôn) ialah tanah hutan bakau halofit pasang surut yang terbesar di dunia.[1] Nama Sundarban dalam bahasa Benggala bererti "hutan indah". Namanya mungkin berasal dari pokok-pokok Sundari yang banyak terdapat dalam kawasan Sundarban.

The Sundarbans
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Sungai di Sundarban
Sungai di Sundarban
Maklumat am
Nama asliসুন্দরবন
TermasuklahSundarbans National Park
Sundarbans Reserved Forest Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1997 (sesi ke-21)
Keluasan10,277 km2 (1.1062×1011 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiNorth 24 Parganas district, South 24 Parganas district, Khulna Division, India, Bangladesh Sunting ini di Wikidata
Koordinat21°43′59″N 88°52′08″E / 21.73318765°N 88.86896612°E / 21.73318765; 88.86896612
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hutanya terletak di kaki sungai Ganges dan meliputi kawasan-kawasan Bangladesh, membentuk pinggir delta yang menghala ke arah laut. Hutan paya air tawar Sundarban yang mengalami banjir bermusim terletak di pedalaman dari hutan bakau. Hutan ini berkeluasan 10,000 km2; 60% daripadanya di Bangladesh.[2] Sundarban diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1997. Walaupun Bangladesh dan India berkongsi ekotop Sundarban yang sama, namun bahagian masing-masing dimasukkan secara berasingan dalam senarai warisan dunia UNESCO, masing-masing sebagai Sundarban dan Taman Negara Sundarban. Kawasan Sundarban disilang oleh serangkaian jalan air berpasang surut, dataran lumpur dan pulau-pulau kecil yang berhutan bakau tahan masin. Kawasan ini terkenal kerana Harimau Benggala Diraja (Panthera tigris tigris) dan pelbagai fauna yang lain termasuk burung, rusa berbunga, buaya dan ular. Kawasan Sundarban ditentukan sebagai tapak Ramsar pada 21 Mei 1992. Tanah subur di delta telah menarik ramai manusia untuk mengubah kawasan ekologi ini menjadi kawasan pertanian intensif, sehingga tinggal sedikit kawasan hutan sahaja. Hutan-hutan dan paya bakau Sundarban ini merupakan habitat yang penting untuk spesies harimau yang terancam. Selain itu, Sundarban berperanan penting sebagai hadangan banjir yang melindungi jutaan penduduk di sekitar Khulna daripada kesan aktiviti siklon.

Rujukan sunting

  1. ^ Pasha, Mostafa Kamal; Siddiqui, Neaz Ahmad (2003), "Sundarbans", dalam Islam, Sirajul (penyunting), Banglapedia: national encyclopedia of Bangladesh, Dhaka: Asiatic Society of Bangladesh, ISBN 9843205766, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-16, dicapai pada 2009-12-07
  2. ^ Sundarbans Tiger Project

Pautan luar sunting

Koordinat: 21°56′N 88°51′E / 21.933°N 88.850°E / 21.933; 88.850