Sungai Buloh merupakan salah satu mukim yang terletak dalam daerah Petaling berhampiran dengan sempadan daerah Gombak. Sungai Buloh berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mukim Sungai Buloh
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Petaling
MukimMukim Sungai Buloh
KeluasanN/A
Peta Sungai Buloh

Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang sungai lagi dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Klang dan akhir sekali Sungai Buloh.

Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898, merupakan hutan simpan yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat banyak nurseri pokok dan bunga.

Pentadbiran sunting

Kampung-kampung yang terdapat di Mukim Sungai Buloh seperti berikut:-

Mukim Sungai Buloh 1

1.Kampung Paya Jaras Hulu

2.Kampung Paya Jaras Hilir

3.Kampung Paya Jaras Tengah4.

4.Kampung Paya Jaras Dalam

5.Kampung Kubu Gajah

6.Kampung Merbau Sempak

7.Kampung Sungai Plong

Mukim Sungai Buloh 2
1.Kampung Sungai Kayu Ar

2.Kampung Melayu Subang

3.Kampung Kenangan

Pendidikan sunting

Pendidikan tinggi sunting

Pengangkutan sunting

MRT sunting

Stesen Sungai Buloh ialah stesen kereta api utama di Sungai Buloh di mana Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan ETS berkhidmat di stesen ini. Pada bulan Disember 2016, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang telah bermula berkhidmat di stesen ini. Pada November 2021, Laluan SBK tidak akan lagi berkhidmat di stesen ini dan MRT Laluan Putrajaya akan mengambil alih dan bermula beroperasi pada November 2021.[1]

Kenderaan bermotor sunting

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara   melalui kawasan ini. Terdapat dua persimpangan yang dibina di Lebuhraya PLUS iaitu Persimpangan Sungai Buloh EXIT 113 dan Persimpangan Hospital Sungai Buloh/Sungai Buloh Utara EXIT 114.[2] Selain itu, Jalan Sungai Buloh   dan Jalan Kuala Selangor   juga terbina di kawasan ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ Administrator. "Toll Abbreviation". PLUS Expressways. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.

Pautan luar sunting