Sungai Pahang (Tulisan Jawi: سوڠاي ڤاهڠ) yang terletak di negeri Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil. [1]

Sungai Pahang
سوڠاي ڤاهڠ
Sungai Pahang di Jerantut
Sungai Pahang is located in Bumi
Sungai Pahang
Sungai Pahang (Bumi)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang Darul Makmur
DaerahDaerah Jerantut
Daerah Temerloh
Daerah Bera
Daerah Maran
Daerah Pekan
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Jelai
 • lokasiBanjaran Titiwangsa di Daerah Cameron Highlands
 • koordinat4°04′15″N 102°18′57″E / 4.070705°N 102.315814°E / 4.070705; 102.315814
Sumber keduaSungai Tembeling
 • lokasiUlu Tembeling, Daerah Jerantut
 • koordinat4°04′18″N 102°19′01″E / 4.071732°N 102.316973°E / 4.071732; 102.316973
Kuala sumberKuala Tembeling, Daerah Jerantut
MuaraLaut China Selatan 
 • lokasi
Kuala Pahang, Daerah Pekan
 • koordinat
3°31′46″N 103°28′07″E / 3.52945°N 103.468649°E / 3.52945; 103.468649Koordinat: 3°31′46″N 103°28′07″E / 3.52945°N 103.468649°E / 3.52945; 103.468649
Panjang459 km (285 bt)
Saiz lembangan29,300 km2 (11,300 bt2)
Aliran 
 • purata596 m3/s (21,000 ka3/s)

Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Lembangan sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan sebahagian daerah Jempol.

Sejarah sunting

Sungai Pahang ketika dahulu menjadi sebagai laluan pengangkutan air dengan menggunakan bot dan rakit. Ia juga sebahagian daripada Jalan Penarikan bahawa Sungai Pahang dan Sungai Muar hampir berdekatan di Daerah Jempol, iaitu di Negeri Sembilan kerana Sungai Serting merupakan anak sungai kepada Sungai Bera yang merupakan salah satu anak Sungai Pahang daripada sistem lembangannya.

Sungai Pahang di tepi tebing-tebing sungai berlabuh dan bersinggah pada awal tahun 1400 oleh pahlawan-pahlawan dan pelaut dari Maritim Asia Tenggara. Catatan yang ditulis berkenaan Sungai Pahang dan penduduk di sekitar Sungai Pahang ditulis di dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Abdullah.

Sungai Pahang juga menjadi tumpuan apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim yang merupakan salah seorang daripada Kerabat Diraja Pahang juga memudik selepas Sultan Abu Bakar telah mengadakan ekspedisi yang mengembara sepanjang sungai ini iaitu 'Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang' yang menjelajah daerah-daerah yang sebahagian daripada Sungai Pahang dengan sebagai ketua ekspedisi. Ekspedisi ini telah dimulakan selama empat hari yang bermula daripada hilir sungai iaitu Pekan dengan melalui Maran, Bera, Temerloh sehinggalah ke hulu sungai di Jerantut dan Lipis memasuki ke dalam Sungai Jelai.[2][3]

Ciri-ciri fizikal sunting

 
Sungai Tembeling (tengah) bertembung bersama Sungai Jelai (kiri) untuk menjadikan Sungai Pahang (kanan) di Kuala Tembeling, Jerantut

Sungai Pahang berpunca apabila Sungai Tembeling dan Sungai Jelai dari Daerah Lipis bertembung di Pasir Tambang dan Kampung Kuala Tembeling yang terletak di Daerah Jerantut dan sungai ini bermula pada hulunya ke arah selatan dari Daerah Jerantut, Daerah Temerloh dan Daerah Bera manakala sungai ini akan ke arah timur dari Daerah Maran sehinggalah ke muara sungainya iaitu di Daerah Pekan yang berakhir di Laut Cina Selatan.[1][4]

Sungai Pahang mengalir sepanjang kira-kira 459 km (285 bt) dari hulu sehinggalah hilir sungainya.

Ciri-ciri lembangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sungai Pahang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 8 Julai 2023.
  2. ^ "Tengku Hassanal ketuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang hari ini". Berita Harian. 3 Mac 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  3. ^ Abdullah, Fansurina (6 Mac 2024). "Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang lakar sejarah". Pahang Media. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  4. ^ Pusat Geospatial Negara. "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 7 Mac 2024.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.