Surah Al-Fath (Arab: سورة الفتح) adalah surah ke-48 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 29 ayat. Dinamakan Al-Fath yang bererti Kemenangan diambil dari perkataan Fat-han yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Sebahagian besar dari ayat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW dalam peperangannya.

Nabi Muhammad SAW sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surat ini. Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Sahih Bukhari; Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari. Kegembiraan Nabi Muhammad SAW itu ialah kerana ayat-ayatnya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad SAW dalam perjuangannya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.

Isi kandungan sunting

Keimanan sunting

  • Allah SWT mempunyai tentera di langit dan di bumi
  • Janji Allah kepada orang-orang mukmin bahawa mereka akan mendapat ampunan Allah dan pahala yang besar
  • Allah mengutus Muhammad SAW sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan
  • Agama Islam akan mengalahkan agama-agama lain

Hukum-hukum sunting

  • Orang pincang dan orang-orang yang sakit dibebaskan dari kewajiban berperang

Kisah-kisah sunting

Lain-lain sunting

  • Berita gembira yang disampaikan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa dia bersama-sama orang mukmin akan memasuki kota Mekkah dengan kemenangan, dan hal ini memang terlaksana setelah setahun kemudian
  • Sikap orang-orang mukmin terhadap sesama mukmin dan sikap mereka terhadap orang-orang kafir
  • Sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya sudah disebutkan dalam Taurat dan Injil
  • Janji Allah bahawa orang Islam akan menguasai daerah-daerah yang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. belum dikuasai

Pautan Luar sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Muhammad
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Hujurat
Surah 48