Surah Al-Zalzalah (سورة الزلزلة) adalah surah ke-99 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 8 ayat dan tergolong pada surah Madaniyah. Surat ini diturunkan setelah Surah An-Nisaa’. Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surah ini.

Isi Kandungan sunting

Isi Kandungan menceritakan kejadian pada hari kiamat di mana bumi digoncangkan dan manusia bertanya-tanya mengenai kejadian saat itu. Dan janji bahawa setiap kebaikan dan kejahatan walau sekecil apapun akan mendapatkan perhitungan.

Terjemahan ayat sunting

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
  2. وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
  3. وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
  4. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
  5. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
  6. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
  7. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
  8. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Pautan Luar sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Baiyinah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-‘Aadiyaat
Surah 99