Suria (stesen radio)

Stesen Radio Malaysia

Suria (dahulu dikenali sebagai Suria FM) merupakan stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Media Group Berhad. Suria mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pada awalnya, ibu pejabat siaran Suria dipancarkan terus dari tingkat 15, Bangunan Am Assurance, di Jalan Lumut, Kuala Lumpur dan dari Jun 2011 sehingga 14 Januari 2022 di Tropicana City Office Towers, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.[1] Pada 15 Januari 2022, ibu pejabat siaran Suria telah berpindah ke Menara Star Phileo Damansara, iaitu bangunan akhbar The Star (Malaysia).

Suria
BandarPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan penyiaranSemenanjung Malaysia dan Singapura
SloganSegalanya Hiburan
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama24 November 2005; 18 tahun yang lalu (2005-11-24)
FormatPerbindangan, hit kontemporari, dewasa kontemporari
BahasaMelayu
Frekuensi terdahulu105.9 FM (Kota Kinabalu)
PemilikStar Media Radio Group
(Rimakmur Sdn Bhd)
Saluran kembar988 FM
Siaran webdengar.suria.my
Tapak websuria.my

"Segalanya Hiburan" digunakan sebagai cogan kata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite" iaitu gabungan format kontemporari hit dan kontemporari dewasa dengan memainkan dua atau tiga lagu Melayu 90-an setiap jam disamping memainkan lagu-lagu popular kontemporari hit Malaysia, lagu terkini dari Indonesia dan juga K-Pop. Segmen Suria Cinta yang disampaikan oleh Kepala Bapak DJ Lin sejak 2006 pada waktu malam merupakan segmen paling popular di Suria dan hanya memainkan muzik jenis kontemporari dewasa.[perlu rujukan]

Suria mempunyai lapan orang penyampai radio dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 1 pagi pada hari Ahad hingga Jumaat. Manakala, pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam pada hari Sabtu. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu dan iklan sahaja akan ke udara.[perlu rujukan]

Pada tahun 2012, Suria FM pernah melancarkan saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Barat Sabah iaitu Suria FM Sabah. saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2016.

Pada 9 November 2019, frekuensi Suria di Kota Kinabalu, Sabah telah ditamatkan siarannya.[2]

Penyampai Suria sunting

Penyampai Suria Harian sunting

Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Roslinda Abdul Majid DJ Lin 1 Jun 2006
Suraya Borhan Suraya 1 Julai 2016
Feeya Iskandar Cik Piah 19 Mac 2018
Sharifah Shahirah Rara 2018
Mohd Hanaffi Razak Ajak Shiro 7 Januari 2020
Abdul Karim Hassan Kai Hassan 12 Disember 2023
Dato' Mohd Fairuz Zainal Abidin Fizz Fairuz 19 Januari 2024
Muhammad Azwan Sabri Chiwan 19 Januari 2024

Bekas Penyampai Suria sunting

Nama Nama samaran Tempoh kerja Catatan
Halim Othman H.O 5 Januari 2010 - April 2016
Linda Onn L.O 16 Januari 2010 - 30 Jun 2016
Nabil Ahmad Nabil 5 Januari - 29 November 2012 Berpindah ke Era
Adibah Noor Adibah 13 Februari 2013 - 31 Mei 2016 Meninggal dunia pada 18 Jun 2022 akibat kanser ovari
Shahrol Shiro Shahrol 2017 - Januari 2019
Zulin Aziz Zulin 1 Julai 2016 - 24 Jun 2018
Issey Titan Issey 6 Ogos 2018 - 16 Julai 2021 Berpindah ke Gegar
Mohd Hafizudin Alimudin Fizi Ali 1 Julai 2016 - 22 Julai 2022 Berpindah ke Hot FM
Syarifah Nur Farhana Syed Talib Anna Aljuffrey 14 Mac 2022 – 18 Jun 2023 Berpindah ke Molek FM
Shahmira Muhammad Shuib 29 Ogos 2022 – 4 Disember 2023
Tuah Zoqarnain bin Idris Tyzo Xander 11 Julai 2016 - 12 Januari 2024 Berpindah ke IKIMfm

Slot Segmen Suria sunting

Setiap Hari sunting

Segmen Penyampai dan DJ Masa Penyiaran Status Siaran
Segalanya Hiburan Tiada 00:00/01:00 - 06:00 Tamat Siaran

Isnin – Jumaat sunting

Segmen Penyampai dan DJ Masa penyiaran
Morning Morning Suria Ajak, Kai Hassan & Dato' Fizz Fairuz 06:00 - 10:00
Gaya Suria Cik Piah 10:00 - 13:00
Muzik Top Suria 13:00 - 15:00
Suria Petang Rara & Chiwan 15:00 - 19:00
Refleksi di Suria Ustaz Akram 19:00 - 20:00
Suria Cinta DJ Lin 20:00 - 01:00

Sabtu sunting

Segmen Penyampai dan DJ Masa penyiaran
Carta Suria Top 40 Kai Hassan 10:00 - 14:00
Hello Suria 14:00 - 18:00
Refleksi di Suria Ustaz Akram 19:00 - 20:00
Carta Rockmantika Suria Rara 20:00 - 00:00

Ahad sunting

Segmen Penyampai dan DJ Masa penyiaran
Ulangan Carta Suria Top 40 Kai Hassan 10:00 - 14:00
Hello Suria 14:00 - 18:00
Refleksi di Suria Ustaz Akram 19:00 - 20:00
Suria Cinta DJ Lin 20:00 - 01:00

Evolusi barisan penyampai slot pagi sunting

Sejak memulakan siaran, Suria melakukan perubahan dalam barisan penyampai slot pagi mereka.

Masa Penyampai
2010 Halim Othman, Zizi
Januari 2011 Halim Othman, Zizi, Sharifah Shahirah
Januari 2012 Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Dewi
Februari 2013 Halim Othman, Adibah Noor
Julai 2016 Halim Othman, Fizi Ali, Zulin Aziz
Julai 2017 Fizi Ali, Zulin Aziz, Shahrol Shiro
Februari 2018 Fizi Ali, Zulin Aziz, Sharifah Shahirah
Ogos 2018 Fizi Ali, Issey Titan, Shahrol Shiro
Januari 2019 Fizi Ali, Issey Titan (Fara Fauzana menjadi penyampai undangan selama beberapa bulan)
Januari 2020 Fizi Ali, Issey Titan, Ajak Shiro
Ogos 2021 Fizi Ali, Ajak Shiro, Suraya
Ogos 2022 Ajak Shiro, Suraya, Shuib Sepahtu
Disember 2023 Ajak Shiro, Suraya, Kai Hassan
Januari 2024 Ajak Shiro, Kai Hassan, Dato' Fizz Fairuz

Frekuensi sunting

Suria menggunakan format radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Radio sunting

Frekuensi Kawasan Pemancar
105.3 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali (2 kW)
106.9 MHz Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Gunung Jerai (2 kW)
91.7 MHz Taiping, Perak Bukit Larut (2 kW)
96.0 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang (2 kW)
107.0 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk (2 kW)
88.5 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang (2 kW)
101.4 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai (2 kW)
96.1 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung (2 kW)
102.4 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung (2 kW)
106.1 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot (2 kW)

Slogan sunting

  • "Suara Inspirasi Anda" (hujung 2005–pertengahan 2006)
  • "Lagi Panas Beb" (pertengahan 2006–lewat 2006)
  • "Hidup Pasti Rancak" (awal 2007–lewat 2008)
  • "Muzik Terbaik Tanpa Henti" (2009–Mei 2010)
  • "Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru" (Jun 2010–Disember 2012)
  • "Menceriakan Duniamu" (cogan kata mula digunakan sebagai "Ceriakan Duniamu" pada Februari 2012, tetapi pada tahun 2013, ia bertukar pada cogan kata rasmi.)
  • "Segalanya Hiburan" ("Sebarkan Kebaikan & Suria Bersama Anda" digunakan pada bulan Ramadan dan Syawal sahaja sebagai tanda memuliakan bulan tersebut)
  • Di Sini Segalanya Terkini (Slogan ini telah digunakan semasa kedua-dua stesen radio tersebut iaitu Suria dan Era telah disatukan sebagai Era Suria sejak 23 Oktober 2023).[3]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ WRTH; George Jacobs (2007). World Radio TV Handbook 2007: The Directory of Global Broadcasting. Billboard Books. m/s. 277. ISBN 0-8230-5997-9.
  2. ^ Suria FM 105.9MHz telah berhenti siaran dan frekuensi di Kota Kinabalu, Sabah
  3. ^ Suria FM dan Era cipta sejarah! Segmen pagi bergabung 23 Oktober, catat dalam Malaysia Book of Records

Pautan luar sunting