Surya Saputra

Pelakon lelaki Indonesia

Surya Saputra, S.E. (lahir di Jakarta, 5 Julai 1975; umur 48 tahun) merupakan seorang pelakon Indonesia.

Surya Saputra
Kelahiran
Surya Saputra

(1975-07-05) 5 Julai 1975 (umur 48)[1]
Pusat pendidikanUniversitas Pancasila
Pekerjaanpelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1980–kini
PasanganCynthia Lamusu (k. 2008)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Surya pertama kali berlakon dalam filem Sejuta Serat Sutra pada tahun 1981. Beliau menyertai kumpulan vokal lelaki bernama Cool Colours dari 1996 hingga 2001.

Beliau melakonkan watak gay bernama Nino dalam filem Arisan! pada tahun 2003. Dalam filem ini, dia mencium Tora Sudiro, yang dirakamkan sebagai adegan ciuman pertama antara lelaki dalam sejarah perfileman Indonesia. Menerusi filem ini, beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia 2004 dan juga Most Favorite Supporting Actor di MTV Indonesia Movie Awards 2004. Sementara itu, menerusi lakonannya dalam filem Janji Joni, Surya dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia 2005. Surya turut mencuba dunia tarian dengan menyertai program realiti bertajuk Seleb Dance bersama isteri, Cynthia Lamusu.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Sejuta Serat Sutra Budi kecil Karya sulung
1989 Bercinta dalam Mimpi
2003 Arisan! Nino
2005 Janji Joni Otto
Gie Aristides Katoppo
Untuk Rena Yudha
Belahan Jiwa Dokter
2007 Long Road to Heaven Hambali
2008 Love Gilang Segmen: Gilang dan Miranda
Ayat-Ayat Cinta Eqbal
Cinta Setaman Rahman
2009 Jamila dan Sang Presiden Sipir Surya
King Pak Herman
Meraih Mimpi Pairot Suara
2011 Serdadu Kumbang Ketut
Ayah, Mengapa Aku Berbeda? Ayah Angel
Arisan! 2 Nino
2012 Malaikat Tanpa Sayap Ayah Vino
Modus Anomali Pria B
Jakarta Hati Laki-Laki Segmen: Orang Lain
2015 CJR the Movie: Lawan Rasa Takutmu Roy
Ayat-Ayat Adinda Faisal
Magic Hour Dokter Surya
Kakak Adi
2016 Hangout Surya Saputra
2017 Promise Pak Purnomo
Dear Nathan Papa Nathan
One Fine Day Abdi
Hujan Bulan Juni Tumbelaka
My Generation Ayah Suki
Mau Jadi Apa? Pak Alam
2018 Reuni Z Jody
Something in Between Ayah Maya
Dear Nathan: Hello Salma Papa Nathan
Silam Om Anton
Milly & Mamet: Ini Bukan Cinta & Rangga Rama
Asal Kau Bahagia Papa Aliando
2019 Lagi-Lagi Ateng Budiman
After Met You Papa Ari
The Way I Love You Herman
Pocong: The Origin Ananta
2020 Di Bawah Umur Martin
Tarung Sarung Om Abdul
2022 Dear Nathan: Thank You Salma Papa Nathan
My Sassy Girl Yudha
Sri Asih Prayogo Adinegara

Rujukan sunting

  1. ^ "Surya Saputra Susah Cari Sepatu". detikHot. 22 Julai 2007.

Pautan luar sunting