Surya Sivakumar

Pelakon filem India, penerbit dan penyampai televisyen

Suriya ( Tamil :சூர்யா ; lahir 23 july 1975 sebagai Saravanan Sivakumar) seorang pelakon filem India (Terutamanya dalam filem tamil), penerbit filem ,filantropi dan pengacara televisyen. Beliau memantapkan dirinya sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri Filem Tamil selepas kejayaan filem-filem lakonan beliau dari segi kritikal dan komersial. Antara filem-filem lakonan beliau yang berjaya ialah Nandha (2001), Kaakha Kaakha (2003), Pithamagan (2003), Perazhagan (2004), Ghajini(2005), Vel (2007), Vaaranam Aayiram (2008), Ayan (2009), Aadhavan (2009), Singam (2010), 7aum Arivu (2011) ,Maattrraan (2012) dan Singam 2 (2013).Beliau juga telah membuat debat dalam Bollywood dengan filem Rakht Charitra.

Suriya
Fail:Surya5.png
Kelahiran
Saravanan Sivakumar

(1975-07-23) 23 Julai 1975 (umur 48)[1]
PasanganJyothika (2006–present)
Ibu bapaSivakumar
Lakshmi Sivakumar
SaudaraKarthi (brother)

Sehingga tahun 2010, [2] , beliau telah memenangi tiga Anugerah Filem Negeri dan tiga Anugerah FilemFare India Selatan.Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan anugerah Kalaimamani dari Kerajaan Tamil Nadu. Beliau menjadi pengeluar filem selepas menumbuhkan 2D Entertainment.Tahun 2012 menandakan debut sebagai pengancara televisyen melalui rancangan Neengalum Vellalam Oru Kodi, versi tamil Who Wants to Be a Millionaire?.

Latar belakang sunting

Suriya dilahirkan di Chennai dan merupakan anak sulung pelakon sivakumar dan Lakshmi. Adiknya ialah pelakon Karthi dan beliau juga mempunyai seorang adik perempuan bernama Brindha Sivakumar. Beliau telah mendapat pendidikan di Padma Seshadri Bala Bhavan School[3] dan St. Bede's Anglo Indian Higher Secondary School[4]

Karier filem sunting

1997-2002:Kerjaya awal sunting

Sebelum kerjayanya dalam industri filem, Suriya bekerja di sebuah kilang eksport pakaian selama 6 bulan tanpa mendedahkan identitinya sebagai anak kepada pelakon yang terkenal. Beliau pada mulanya ditawarkan peranan utama oleh Vasanth untuk berlakon dalam filemnya, Aasai (1995).Tetapi surya menolak tawaran itu kerana tidak berminat dalam industri hiburan. Beliau kemudian membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1997 dalam industri perfileman tamil melalui filem arahan Vasanth, Nerrukku Ner.Vijay, yang juga akan pergi untuk menjadi pelakon kontemporari terkemuka di Kollywood juga berlakon dalam filem ini. Selepas beberapa filem komersial yang berjaya, beliau membintangi filem komedi arahan Siddique,Friends.

Filem Nandha menjadi batu loncatan dalam karier Suriya. Filem ini diarahkan oleh Bala. Beliau menerima Anugerah Negeri Tamil Nadu untuk Pelakon Lelaki terbaik bagi filem Nandha di mana beliau membawa watak bekas banduan. Filem beliau yang seterusnya adalah Unnai Ninaithu yang merupakan satu kejayaan sederhana, diikuti dengan kerjayaan filem Mounam Pesiyadhe yang diarahkan oleh Ameer Sultan.

Era loncatan(2003-2007) sunting

Pada tahun 2003, beliau membintangi filem Kaakha Kaakha, arahan Gautham Menon. Kaakha Kaakha mengisahkan kehidupan seorang Polis. Kemudian, sekali beliau bekerja bersama pengarah Bala dalam filem Pithamagan dan dimana beliau memenangi Anugerah Filemfare India Selatan . Sekali lagi pada tahun 2004 , Suriya memenangi Anugerah FilmFare India Selatan untuk pelakon lelaki terbaik untuk filem Perazhagan. Kemudian pada akhir tahun itu, beliau membintangi filem drama politik arahan Mani Ratnam, Aayutha Ezhuthu, yang berdasarkan George Reddy, seorang pemimpin pelajar di Hyderabad pada lewat 60-an dan awal 80-an.

Pada tahun 2005, beliau muncul dalam filem Ghajini dan kemudian Aaru. Dalam filem Ghajini,beliau memainkan watak pesakit yang mengalami kehilangan ingatan jangka masa pendek. Disebabkan komitmen untuk Ghajini, beliau telah terlepas peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood Rang De Basanti[5]. Pada tahun 2006, beliau belakon bersama-sama isterinya Jyothika dalam filem Sillunu Oru Kaadhal arahan N.Krishna. Pada tahun 2007, beliau berlakon dalam filem Vel.

Puncak karier dan kemasyhuran: 2008-2011 sunting

Pada tahun 2008, Surya mula berlakon dalam filem biografi arahan Gautham Menon,Vaaranam Aayiram. Surya membawa dua watak dalam filem ini sebagai bapa dan anak. Semasa pemprosesan filem, Suriya menyifatkan projek itu sebagai "unik" dan "terus dari hati", menerangkan kesusahan fizikal beliau dialami semasa berlakon dalam filem tersebut. Dalam filem ini beliau terpaksa mengurangkan berat badan dan terpaksa membina badan untuk mendapat six-pack. Langkah ini menjadi penetap trend untuk pelakon terkemuka yang lain dari India Selatan. Pada tahun 2009, filem keluaran lakonan Surya yang pertama ialah filem Ayan arahan K.V Anand. Filem ini menjadi filem tamil yang meraih kutipan tertinggi bagi tahun tersebut.Dengan Suriya memainkan peranan sebagai seorang penyeludup, filem itu juga menampilkan Prabhu sebagai penjaganya dan Tamannaah Bhatia sebagai pelakon wanita utama. Dalam filem ini, Surya melakukan aksi stunt Parkour tanpa bantuan pakar.Filem lakonan seterusnya, arahan KS Ravikumar , Aadhavan juga mencapai kejayaan komersial.

Pada tahun 2010, beliau belakon dalam filem ke- 25 , Singam diarahkan oleh Hari, di mana beliau memainkan peranan seorang pegawai polis dari sebuah kampung kecil yang ditukarkan bekerja di bandar.Dia membuat debut Bollywood melalui filem Rakta Charitra pada tahun 2010. Kemudian, pada tahun 2011, beliau belakon dalam filem fiksyen sains 7aum Arivu, arahaan A. R. Murugadoss.Dalam filem ini, Surya membawa dwi watak iaitu sebagai artis sarkas dan sami Buddha bernama Dharuma, yang hidup dalam abad ke-5. Lakonan Surya dalam filem ini dipuji oleh para pengkritik.

2011-Kini sunting

Pada tahun 2012. Surya berlakon sebagai kembar siam dalam filem Maattrraan.Pada Januari 2012, Suriya dinamakan pengacara rasmi bagi rancangan Tv yang baru, Neengalum Vellalam Oru Kodi, versi tamil bagi Who Wants to Be a Millionaire?. Ia mula diudarakan di STAR Vijay pada 27 Februari 2012. Filem seterusnya adalah Singam 2, sekuel kepada Singam, yang dikeluarkan pada 5 Julai 2013 dan filem itu menerima pembukaan besar dan muncul salah satu filem Tamil yang berjaya meraih kutipan tertinggi sepanjang zaman. Beliau berlakon dalam filem Anjaan pada tahun 2014 dan filem Masss pada tahun 2015. Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam filem fiksyen sains 24 dan S3. S3 merupakan sekual kepada filem blockbuster Singam dan Singam 2

Lain-Lain Kerjaya sunting

Pengacara Tv sunting

Suriya merupakan pengacara Neengalum Vellalam Oru Kodi, versi tamil Who Wants to Be a Millionaire?. Ia diudarakan di vijay tv pada Februari 2012[6]

Penerbit Filem sunting

Surya juga menerbitkan filem melalui syarikat penerbitanya 2D Entertainment

Penyanyi Latar Belakang sunting

Surya muncul sebagai penyanyi melalui lagu "Ek Do Theen" .

Duta Jenama dan Model Iklan sunting

Suriya telah menjadi duta jenama untuk banyak syarikat terkenal. Pada tahun 2013, beliau telah diberi penghormatan di Anugerah Edison sebagai Duta Jenama Lelaki Terbaik di India Selatan. Antara jenama yang didukung oleh Surya : Antaranya :

  • Pepsi (2004)
  • TVS Motors (Sejak 2006)
  • Aircel (Sejak 2006)
  • Sunfeast (Sejak 2006)
  • Saravana Stores
  • Bharathi Cements(Sejak 2010)
  • Emami Navaratna (Sejak 2010)
  • Nescafe(Sejak 2011)
  • Close-Up (Sejak 2011)
  • Zandu Balm(2011)
  • Malabar Gold
  • Complan
  • Quikr
  • Intex Moblies

Filantropi sunting

Pada tahun 2008, Suriya memulakan Agaram Foundation, bagi membantu kanak-kanak yang tercicir daripada persekolahan di Tamil Nadu.Beliau juga merupakan peserta aktif dalam aktiviti filantrofi lain seperti kempen "Save The Tigers" ,yang membantu dalam perlindungan dan pemeliharaan Harimau di India.

Filmography sunting

Filem sunting

Sebagai Pelakon sunting

Year Filem watak Bahasa Nota
1997 Nerrukku Ner Surya Tamil
1998 Kaadhale Nimmadhi Chandru Tamil
1998 Sandhippoma Vishnu Tamil
1999 Periyanna Surya Tamil
1999 Poovellam Kettuppar Krishna Tamil
2000 Uyirile Kalanthathu Suriya Tamil
2001 Friends Chandru Tamil
2001 Nandha Nandha Tamil Anugerah Filem Kebangsaan Tamil Nadu bagi Pelakon Terbaik
2002 Unnai Ninaithu Surya Tamil
2002 Shree Shree Tamil
2002 Mounam Pesiyadhe Gautham Tamil
2003 Kaakha Kaakha Anbuselvan Tamil Anugerah Pelakon Terbaik bagi Anugerah Filem Tamil Antrabangsa
Nominasi—Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil.
2003 Pithamagan Sakthi Tamil Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Filem Tamil
2004 Perazhagan Karthik,
Chinna
Tamil Anugerah Filem Kebangsaan Tamil Nadu bagi Pelakon Lelaki Terbaik
2004 Aaytha Ezhuthu Michael Vasanth Tamil
2005 Maayavi Balayya Tamil
2005 Ghajini Sanjay Ramasamy (Manohar) Tamil Anugerah Filem Kebangsaan Tamil Nadu bagi Anugerah Khas
Nominasi—Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
2005 Aaru Aarumugam (Aaru) Tamil
2006 June R Raja Tamil Penampilan Khas
2006 Sillunu Oru Kaadhal Gautham Tamil
2007 Vel Vetrivel,
Vasudevan
Tamil Nominasi—Vijay Award untuk Favourite Hero
2008 Kuselan dirinya sendiri Tamil Penampilan Khas
2008 Vaaranam Aayiram Krishnan,
Suriya Krishnan
Tamil Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
Anugerah Filem Kebangsaan Tamil Nadu bagi Anugerah Khas
Vijay Award untuk Pelakon Terbaik
Nominasi—Vijay Award untuk Favourite Hero
2009 Ayan Devaraj Velusamy Tamil Vijay Award untuk Entertainer of the Year
Nominasi— Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
2009 Aadhavan Madhavan Subramaniyam
(Aadhavan/Murugan)
Tamil Vijay Award untuk Entertainer of the Year
Nominasi— Vijay Award untuk Favourite Hero
2010 Singam Duraisingam Tamil Big FM Tamil Entertainment Awards untuk Pelakon Hiburan Terbaik
Vijay Award untuk Entertainer of the Year
Nominasi—Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
Nominasi—Vijay Award untuk Favourite Hero
2010 Rakta Charitra Suriyanarayana Reddy Hindi Nominasi—Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Hindi
Nominasi-Screen Award untuk Pelakon Baru Paling Berpotensi
Nominasi—Vijay Award untuk Pelakon Terbaik
2010 Manmadhan Ambu dirinya sendiri Tamil Penampilan Tetamu
2011 Ko dirinya sendiri Tamil Penampilan Khas
2011 Avan Ivan dirinya sendiri Tamil Penampilan Khas
2011 7aum Arivu Bodhidharma,
Aravind
Tamil Nominasi—Vijay Award untuk Pelakon Terbaik
Nominasi—Vijay Award untuk Favourite Hero
Nominasi—Anugerah Filfare bagi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
Nominasi—Anuerah Filem Antarabangsa India Selatan untuk Pelakon Lelaki Terbaik
2012 Maattrraan Akhilan,
Vimalan
Tamil CineMAA Award untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Tamil
Nominasi—Vijay Award untuk Pelakon Terbaik
Nominasi—Vijay Award For Favourite Hero
2013 Chennaiyil Oru Naal Dirinya Sendiri Tamil Penampilan Cameo
2013 Singam 2 Duraisingam Tamil
2014 Anjaan Raju Bhai and Chandran Tamil
2015 Masss Masilamani,
Sakthi
Tamil
2015 Pasanga 2 Dr. Tamil Nadan Tamil
2016 24 Dr. Sethuraman/Athreya/Subramani Tamil
2017 S3 Duraisingam Tamil Sekual kepada filem Singam dan Singam 2
2018 Thaana Serndha Kootam Nachinarkiniyan Tamil
2019 NGK Nandha Gopal Kumaran Tamil
2019 Kaappaan Kathiravan "Kathir Tamil
2020 Soorarai Pottru Nedumaraan Tamil
2021 Jai Bhim K. Chandru Tamil
2022 Etharkkum Thunindhavan A. R. Kannabiran Tamil
2022 Vikram Rolex Tamil Penampilan Cameo
2024 Kanguva Tamil

Sebagai Penerbit sunting

Tahun Filem Arahan Pelakon Nota
2015 36 Vayadhinile Rosshan Andrrews Jyothika, Rahman, Abhirami
2015 Pasanga 2 Pandiraj Bindu Madhavi, Suriya, Amala Paul
2016 24 Vikram Kumar Suriya, Samantha Ruth Prabhu Pra Produksi

Siri Web sunting

Year Series Role(s) Notes Ref(s)
2021 Navarasa Kamal Siri Netflix
Segment: Guitar Kambi Mele Nindru
[7]

Diskografi sunting

Year Film Song Notes Ref(s)
2014 Anjaan "Ek Do Theen Char" Co-sang with Andrea Jeremiah [8]
2020 Soorarai Pottru "Maara Theme" [9]
2020 Aakaasam Nee Haddhu Ra "Maha Theme" Telugu song [10]
Akan diumumkan Party "Cha Cha Charey" Co-sang with Karthi, Kharesma Ravichandran, Venkat Prabhu and Premgi Amaren [11]

Anugerah dan Percalonan sunting

Anugerah Filem Negeri Tamil Nadu sunting

  • Menang, Pelakon Terbaik – Nandha (2001)
  • Menang, Anugerah Khas untuk Pelakon Terbaik – Ghajini (2005)
  • Menang, Anugerah Khas untuk Pelakon Terbaik – Vaaranam Aayiram (2008)

Anugerah Filem Antarabangsa India Selatan sunting

Anugerah FilemFare India Selatan sunting

Tahun Kategori Filem Keputusan
2003 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pithamagan Menang
2003 Pelakon Lelaki Terbaik Kaakha Kaakha Tercalon
2004 Pelakon Lelaki Terbaik Perazhagan[12] Menang
2005 Pelakon Lelaki Terbaik Ghajini Tercalon
2008 Pelakon Lelaki Terbaik Vaaranam Aayiram[13] Menang
2009 Pelakon Lelaki Terbaik Ayan Tercalon
2010 Pelakon Lelaki Terbaik Singam Tercalon
2011 Pelakon Lelaki Terbaik 7aum Arivu Tercalon
2012 Pelakon Lelaki Terbaik Maattrraan Tercalon
2013 Pelakon Lelaki Terbaik Singam 2 Tercalon

Vijay Awards sunting

Tahun Kategori Filem Keputusan
2009 Ikon tahun 2009 Anugerah Khas bagi Yayasan Agaram[14] Menang
2008 Pelakon Lelaki Terbaik Varanam Aayiram Menang
2010 Pelakon Lelaki Terbaik Rakta Charitra Tercalon
2011 Pelakon Lelaki Terbaik 7am arrivu Tercalon
2012 Pelakon Lelaki Terbaik Maattrraan Tercalon
2009 Entertainer of the Year Ayan dan Aadhavan Menang
2010 Entertainer of the Year Singam Menang
2007 Hero Kegemaran Vel Tercalon
2008 Hero kegemaran Vaaranam Aayiram Tercalon
2009 Hero kegemaran Aadhavan Tercalon
2010 Hero kegemaran Singam Tercalon
2011 Hero kegemaran 7am arrivu Tercalon
2012 Hero kegemaran Maattrraan Tercalon
2013 Hero kegemaran Singam 2 Tercalon
2014 Hero kegemaran Anjaan Tercalon

Tamil Blockbuster Film Awards sunting

  • Menang, Mass Hero of the year — Anjaan (2014)
  • Dicalonkan,Hero of the year — Anjaan (2014)
  • Dicalonkan,Jodi of the year (Bersama-sama perlakon SamanthaAnjaan (2014)

Lain-lain Anugerah sunting

  • Dinakaran Pelakon muka baru terbaik -Nerukku Ner (1997)[15]
  • Anugerah ITFA bagi pelakon lelaki terbaik - Kaakha Kaakha (2003)
  • Filmfans Award for Best Actor 2008 for Vaaranam Aayiram [16]
  • Anugerah South Scope Award bagi Style Icon of the Year (2009)
  • Anugerah Amrita Mathrubhumi Award bagi pelakon lelaki terbaik dalam filem Tamil – Ayan / Aadhavan (2009) [17]
  • Anugerah Musik Meera Isaiaruvi bagi persembahan terbaik dalam lagu (2009) – Aadhavan (Damakku Damakku)
  • Anugerah Jaya 2011 bagi pelakon lelaki terbaik

Percalonan sunting

Reference sunting

  1. ^ "Dashing Suriya's birthday bash – Tamil Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 2011-02-26.
  2. ^ http://www.behindwoods.com/tamil-movie-news-1/aug-09-01/film-fare-awards-01-08-09.html
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2012-02-04.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-05. Dicapai pada 2012-02-04.
  5. ^ http://www.indiaglitz.com/channels/tamil/article/12842.html
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2012-02-04.
  7. ^ "Suriya and Prayaga play Kamal and Nethra in 'Guitar Kambi Mele Nindru'". Sify. 20 July 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2021. Dicapai pada 6 August 2021.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Anjaan tidak disediakan
  9. ^ "Soorarai Pottru's All New Song Maara Theme Is Out Now, Here Is All You Need To Know". Republic World. 24 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2020. Dicapai pada 28 January 2020.
  10. ^ "Maha Theme (Telugu) [From "Aakaasam Nee Haddhu Ra"] – Single". Apple Music. 24 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 26 March 2020.
  11. ^ "Cha Cha Charey (From "Party") – Single". Apple Music. Muzik 247. 2 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2018. Dicapai pada 20 September 2018.
  12. ^ "Surya shines, Cheran sizzles – Tamil Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 2011-02-26.
  13. ^ "The glowing filmfare night! – The Times of India". The glowing filmfare night! – The Times of India. 2009-08-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 2011-02-26.
  14. ^ "Star Vijay Awards". OneIndia. 2 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 2010-06-02.
  15. ^ "Dinakaran Cinema Awards 1997". Dinakaran. 12 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-01. Dicapai pada 1998-04-12. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  16. ^ "Kamal and Suriya Share Filmfans Award". SouthDreams. 19 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-01-12.
  17. ^ "Mathurubhumi Award". Dinakaran. 6 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-18. Dicapai pada 2010-01-12.
  18. ^ "Nominations −17 th Annual Star Screen Awards-2011-Declared – Oneindia Entertainment". Entertainment.oneindia.in. Dicapai pada 2011-02-26.