Suryadharma Ali (lahir di Jakarta, 19 September 1956; umur 54 tahun) adalah Menteri Agama Indonesia sejak 22 Oktober 2009 hingga kini. Beliau juga menjawat sebagai Menteri Negara Koperasi dan Usaha Kecil Menengah di Kabinet Indonesia Bersatu, iaitu kabinet pemerintahan semasa 2004-2009.

Suryadharma Ali

Kerjaya sunting

Suryadharma mendapatkan ijazah sarjana mudanya di Institut Agama Islam Negeri Syarief Hidayatullah, Jakarta, pada tahun 1984. Dari tahun 1985 hingga 1999, beliau mempunyai kerjaya di PT. Hero Supermarket, sebuah perusahaan perniagaan runcit, dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah. Beliau masa itu juga aktif dalam berbagai organisasi runcit di Indonesia.[1]

Pada bulan Februari 2007, Suryadharma berjaya terpilih untuk menggantikan Hamzah Haz sebagai Ketua Parti Persatuan Pembangunan (PPP), salah satu parti Islam yang terkemuka di Indonesia.

Sebagai Menteri Agama, pada September 2010 beliau menyatakan bahawa ajaran Ahmadiyah adalah sesat dan telah menyimpang dari Al-Quran.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Ensiklopedia Tokoh Indonesia http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/s/suryadharma-ali/index.shtml
  2. ^ Anett Keller: Mehrere Tote bei brutalen Übergriffen. Dalam: Surat khabar harian Die Tageszeitung. 9 Februari 2011. Dicapai pada 10 Februari 2011.