Susuk merupakan filem seram Malaysia 2008 yang dikeluarkan 7 Ogos 2008 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Cerita ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu susuk untuk menjadi terkenal. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan Disember 2008.

Susuk
Pengarah
PenulisRajesh Nair
Dihasilkan oleh
  • Ahmad Puad Onah
  • Rosihan Zain
  • Naiem Ghalili
Dibintangi
SinematografiDaven R
Muzik olehHardesh Singh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 7 Ogos 2008 (2008-08-07) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pengambaran Susuk dibuat di Lembah Kelang dan Batu Gajah, Perak, selama tiga bulan dalam tahun 2006. Filem Susuk menelan belanja RM1.8 juta dan dilaporkan sudah meraih RM1.2 juta dalam masa lima hari ia ditayangkan di panggung wayang.

Sinopsis sunting

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan sama ada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain. Sementara itu, Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat berbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan.

Penerbitan sunting

Pada Disember 2008, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Susuk.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Babak membabitkan Jaclyn Victor, Waheeda, David Teo, dan Sharifah Aleya bagaimanapun telah dipotong dalam proses penyuntingan filem.[1][sumber tak boleh dipercayai?]

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting