Dalam perakaunan, susut nilai merujuk kepada dua aspek bagi konsep yang sama:[1]

  • Penurunan nilai aset (susut nilai dalam nilai saksama)
  • Peruntukan kos aset untuk tempoh di mana aset itu digunakan (susut nilai dengan prinsip pemadanan)
Suatu susut nilai aset pada 15% setahun untuk lebih dari 20 tahun

Pengiraan susut nilai sunting

Terdapat beberapa kaedah untuk mengira susut nilai, yang secara umumnya berdasarkan pada sama ada masa atau tahap aktiviti (atau kegunaan) sesuatu aset.

Susut nilai garis lurus sunting

Susut nilai garis lurus merupakan kaedah yang paling ringkas dan sering kali digunakan. Dalam kaedah ini, syarikat akan menganggarkan nilai sisa (juga dikenali sebagai nilai sisaan atau nilai skrap) aset pada akhir tempoh ketika ia akan digunakan untuk menjana pendapatan (hayat berguna). Syarikat kemudiannya akan mengecaj amaun yang sama dengan susut nilai setiap tahun sepanjang tempoh tersebut, sehingga nilai yang ditunjukkan untuk aset telah dikurangkan daripada kos asal kepada nilai sisaan.

Susut nilai anuiti sunting

Kaedah susut nilai anuiti bukanlah berdasarkan masa tetapi pada

Kaedah angka hasil tambah tahun sunting

Angka hasil tambah tahun (juga dikenali sebagai jumlah angka-angka tahun) adalah suatu kaedah susut nilai yang menghasilkan hapus kira yang lebih cepat berbanding kaedah garis lurus dan biasanya juga lebih pantas daripada kaedah baki berkurangan. Dalam kaedah ini, susut nilai tahunan ditentukan dengan mendarab kos yang disusut nilai oleh jadual pecahan.

Rujukan sunting

  1. ^ Raymond H. Peterson, "Accounting for Fixed Assets", John Wiley and Sons, Inc., 2002

Bacaan tambahan sunting

Perakaunan