Syarikat rakaman

jenama dan cap dagang yang berkaitan dengan pemasaran rakaman dan video muzik

Dalam industri muzik, syarikat rakaman merujuk kepada jenama dan tanda dagangan yang berkaitan dengan pemasaran rakaman muzik dan video muzik. Pada kebiasaannya, label rakaman ialah syarikat yang menguruskan jenama dan tanda dagangan, menguruskan penerbitan, mengilang, pengedaran, pemasaran serta promosi, dan penguatkuasaan perlindungan hak cipta bagi rakaman bunyi dan video muzik; membuat pencungkilan bakat dan melahirkan artis baru (artists and repertoire atau A&R); dan menyelia kontrak antara artis rakaman dengan pengurusnya.

Imprin sunting

Sebuah label yang digunakan sebagai tanda dagang atau jenama dan bukan sebuah syarikat dipanggil sebagai imprin, satu istilah yang digunakan untuk konsep yang sama dengan penerbitan. Sebuah imprin kadang kala dipasarkan sebagai sebuah "projek", "unit", atau "bahagian" bagi syarikat rakaman, walaupun tiada struktur urusan sah dengan imprin tersebut. Syarikat rakaman mungkin menggunakan imprin untuk memasarkan sesebuah genre muzik yang lebih terperinci seperti jazz, blues, muzik country, atau rock indie.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.