Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

YB Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang sejak tahun 2018.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

DPMP (Prk): AP
Pengerusi
Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
(NACCOL)
Memegang jawatan
28 Januari 2024
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bukit Gantang, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Majoriti12,756 (PRU-15)
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Idris Ahmad
Majoriti4,089 (PRU-14)
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Dalam jawatan
1 Mei 2020 – 5 November 2022
MenteriRonald Kiandee
Didahului olehMuhammad Faiz Fadzil
Digantikan olehMuhammad Faiz Fadzil
Butiran peribadi
LahirSyed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal
(1960-07-29) 29 Julai 1960 (umur 63)
Bukit Gantang, Perak
Parti politik UMNO (sehingga 2018)
PPBM (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2018)
BEBAS (2018-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Muna Mat Ali (Isteri Pertama)
Puan Nasri Hashim (Isteri Kedua)
Puan Zainurazua Zainun (Isteri Ketiga)
Anak-anak10 orang isteri pertama
4 orang isteri ketiga
KediamanPuchong, Subang Jaya, Selangor
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionAhli Perniagaan

Pendidikan sunting

Beliau menyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan kemudian Kolej Islam Klang, Klang.

Beliau kemudian menyambung pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli perniagaan pada tahun 2004 sehingga tahun 2013 sehingga syarikatnya berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham.

Penglibatannya dalam akar umbi UMNO bermula dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bukit Gantang dari tahun 1995 hingga 2001 dan kemudian Timbalan Ketua UMNO Bukit Gantang dari tahun 2001 hingga 2004.

Beliau kemudian kembali aktif dalam UMNO dengan memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang pada tahun 2013. Dari tahun 2013 hingga 2018, beliau telah merancang pelbagai strategi untuk merampas semula kerusi Bukit Gantang yang dimenangi PAS dua penggal berturut-turut. Akhirnya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Bukit Gantang merupakan satu-satunya kerusi Parlimen yang berjaya dirampas UMNO tatkala banyak kerusi lain telah tumbang.

Keputusan pilihan raya sunting

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 9 Mei 2018 mengalahkan penyandang kerusi, Idris Ahmad dari PAS dan Khadri Khalid dari PKR (PPBM). Beliau telah mendapat undian sebanyak 22,450 dan mendapat majoriti sebanyak 4,089 undian.[1]

Rujukan sunting