Syurga (kata serapan daripada Sanskrit: स्वर्ग svarga "kayangan") merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.

Dante dan Beatrice melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi Gustave Doré bagi karya Divina Commedia oleh Dante Alighieri.

Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, -dewa-dewi, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.

Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.

Mengikut agama sunting

Agama Yahudi sunting

Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).

Agama Kristian sunting

Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Yesus Kristus yang mati disalib untuk menebus dosa-dosa manusia.

Agama Islam sunting

Menurut agama Islam, syurga atau jannah (Arab: جنّة) ialah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur'an::

اِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِيْ جَنّٰتٍ وَّنَعِيْمٍ "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)." (Surah At-Tur ayat 17)