Túpac Katari ([tu.pak ka.ta.ri], nama lahir: Julián Apasa Nina; sekitar tahun 1750–15 November 1781) merupakan seorang tokoh pemberontak berbangsa Aymara yang hidup di sekitar kawasan Bolivia kini. Beliau bertanggungjawab mengetuai suatu pengepungan bersama beberapa ahli keluarga dan para pengikut mereka ke kota La Paz selama enam bulan.

Túpac Katari
Fail:Corta de Retrato de Tupac Katari.png
Potret gambaran beliau dalam Galeri Patriot-Patriot Amerika Latin
(Galería de los Patriotas Latinoamericanos)
Kelahiran
Julián Apasa Nina

c. 1750
Meninggal dunia15 November 1781(1781-11-15) (umur 30–31)
Warganegaraorang Aymara
Nama lainCatari, Túpaj Katari

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Julián Apaza lahir di sebuah perkampungan orang Aymara di Ayo Ayo. Ibu bapanya berpindah ke Sullkawi di wilayah Sica Sica berikutan mendapat petunjuk burung kondor yang dipercayai sebagai membawa tuah di sana.

Beliau menjadi anak yatim piatu pada usia remaja. Beliau diambil bekerja sebagai seorang pembantu paderi atas bantuan seorang bapa saudara, Manuel,yang bekerja sebagai pembesar (curaca) bandar Ayo Ayo. Beliau kemudiannya bekerja sebagai seorang buruh pembawa galian di suatu tempat perlombongan di San Cristóbal, Oruro. Di sanalah beliau menyaksikan pergelutan dan kezaliman yang berlaku di sana yang membawa kepada suatu pemberontakan, hal ini mendorongnya mahu bertindak sebagai seorang pejuang.

Beliau mengambil nama baharu sempena dua tokoh pemberontak terkenal: Tomás Katari dan Túpac Amaru.

Pertempuran awal sunting

Pengepungan La Paz sunting

Túpac dan Bartolina mengetuai suatu tentera seramai 40 ribu orang pahlawan mengepung La Paz pada tahun 1781. Mereka berdua mendirikan pangkalan mereka di El Alto. Pertempuran ini bertahan dari Mac hingga Jun serta dari bulan Ogos hingga Oktober.[1] Sebanyak 20,000 orang terkorban dalam pertempuran ini sebahagiannya akibat kekurangan makanan, ketibaan askar Sepanyol dari Lima dan Buenos Aires serta penggabungan kuasa dengan sesetengah ketua puak peribumi sana.[2]

Ribuan pemberontak yang tersisa akhirnya tewas dan ditangkap termasuk Bartolina dan Gregoria Apaza, kakak Túpac; kesemua mereka dihukum bunuh. Túpac pula berundur dalam peresembunyian ke arah utara.

Penahanan dan pembunuhan sunting

Seorang dalam kalangan puak Aymara membelot lalu memberikan butiran mengenai tempat persembunyian Túpac kepada pihak Sepanyol di Chayanta. Túpac ditangkap lalu dibawa ke La Plata untuk didakwa dan dihukum penggal badan, seperti mana yang dilakukan terhadap Tomás Catari.[3] serta dihumbankan ke dalam suatu jurang dalam. Pihak pemberontak lain yang mendapat khabar hukuman mati terhadap Túpac membalas dendam sehingga pemberontakanberlarutan sampai ke bulan Disember. Salah satu anggota keluarga Túpac, Dámaso Katari, mengetuai suatu serangan dan pembunuhan berama-ramai terhadap para pelombong dan pendatang Sepanyol yang bertempat d Chayanta. Dámaso turut mengetuai sekumpulan orang Aymara menyerbu La Plata sekali lagi, di mana pihak tentera Sepanyol dan militia kota pimpinan Ignacio Flores dan Paula Sanz menyerang balas mereka.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Hylton, Forrest (2007). Revolutionary horizons: Popular struggle in Bolivia. London: Verso. ISBN 978-1-84467-070-3.
  2. ^ "Rebellions". History Department, Duke University. 22 Februari 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2012. Dicapai pada 14 Julai 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Auto de Tomás Catari. San Pedro de Macha. 21 Oktober 1780. AGI, Charcas 596; Representación del Indio Tomás Catari. Macha. 12 November 1780. AGI, Charcas 595. Otra representación de Tomás Katari del 13 de octubre, en: Pedro de Ángelis, Documentos para la historia de la sublevación... Cit. Pág.468.
  4. ^ Juan, Marchena F (2013). "Túpac Amaru. La revolución precursora de la emancipación continental.". Lustración y represión en el mundo andino 1780-1795. El sangriento camino al corazón de la tinieblas (dalam bahasa Sepanyol). Cusco: Universidad Nacional de San Antonio Abad del Cusco. m/s. 39-160. ISBN 978-612-45446-5-1.

Pautan luar sunting