Korea Utara melancarkan 7 Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) , Taepodong 2 pada 5 Julai 2006 bagi menguji ketepatannya.

Taepodong 2 adalah peluru berpandu jarak jauh hingga menjangkau 6000 hingga 15,000 km , boleh digerakkan di atas jalan raya dan dilengkapi bahan peledak cecair.

Taepodong boleh dilengkapi dengan peledak nuklear dan boleh menggugat Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara. Taepodong 2 boleh sampai ke Alaska, Hawaii, Chicago dan California di Amerika Syarikat. Jika Taepodong 2 berjaya ,mungkin akan dieksport . Tetapi setakat ini Taepodong jatuh di laut berhampiran sempadan Jepun.

Taepodong ialah peluru berpandu : 35 m panjang. Lilitan 2.1 m dan 1.32 m. Berat 64,000 kg. Jangkauan 9000 km. Ketepatan agak lemah. Dibangunkan sejak 1988 dan sasaran utama ialah Amerika Syarikat. Pelantar terletak di bawah tanah. Rekabentuk dibuat oleh 2nd Natural Science Academy Korea Utara .

Korea Utara membelanjakan 31.3 % untuk pembangunan ketenteraan dan merupakan salah sebuah kuasa besar tentera di dunia. Setiap seorang dari empat rakyatnya adalah tentera. Penduduk Korea seramai 22.5 juta ( Julai 2003). Seramai 1.08 menjadi tentera dan 4.7 juta unit simpanan.

Iran dan Pakistan menerima bantuan teknikal ketika Taepodong 1 dan Taepodong 2 sedang dibina. Peluru berpandu Shahab-5 dan Shahab-6 menyerupai bentuk Taepodong. Tahun 2004 Korea Utara setuju menjual peluru berpandunya kepada negara Asia Tengah dan Iran.

Setakat ini 41 negara mempunyai senjata pemusnah. 21 negara mempunyai senjata nuklear.

Roket Nodong yang dilancarkan 1993 telah dihentikan pengeluarannya.

Reaksi antarabangsa sunting

Amerika dan Jepun terkejut besar dan mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan ekonomi. Korea Utara dijangka mensasarkan Amerika Syarikat,Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Asia Tenggara.

Hasil bumi Korea Utara ialah arang batu, plumbum, aloi, zink, karbon, magnesium, besi, tembaga, emas, pyrites,garam, fluarspar dan tenaga hidro elektrik.

,