Tajuk panjang (sebenarnya, tajuk) adalah satu daripada bahagian-bahagian, bersama dengan tajuk pendek, dan peruntukan-peruntukan beroperasi (seksyen-seksyen dan jadual-jadual) yang membentuk Akta Parlimen atau Rang undang-undang di United Kingdom, Malaysia dan negara-negara lain dengan sistem politik Westminster. Suatu Akta atau rang undang-undang biasanya dikenali dengan tajuk pendek, tetapi tajuk panjang memberikan gambaran yang lebih terperinci mengenai tujuan atau skop Akta. Tajuk panjang biasanya muncul di permulaan setiap Akta, dan bermula dengan perkataan "Suatu Akta untuk ..." (atau pada peringkat rang undang-undang, "Rang undang-undang untuk...").

Seperti komponen-kompomen lain Akta (seperti mukadimah, tajuk seksyen, nota tepi, dan tajuk pendek), tajuk panjang tidak lazimnya mempengaruhi peruntukan-peruntukan Akta, kecuali jika peruntukan-peruntukan pengoperasian Akta tidak jelas dan tajuk panjang boleh memberikan gambaran tujuan Parlimen.

Tajuk panjang penting kerana dibawah prosidur Parlimen, suatu Rang undang-undang tidak boleh dipinda untuk keluar batas tajuk panjangnya. Disebabkan itu, tajuk panjang lazimnya kabur, dan sering habis dengan kata "dan untuk tujuan berkaitan".

Banyak Akta-Akta awal UK dibuat tanpa tajuk pendek, dan tajuk panjang digunakan untuk mengenalpasti Akta, meskipun tajuk-tajuk pendek diberikan kepada Akta-Akta ini pada tarikh berikutnya. Rang Undang-Undang Hak Asasi diberikan nama itu oleh Akta Tajuk Pendek 1896; sebelumnya ia dikenali dengan tajuk panjangnya, Suatu Akta untuk mengishytiharkan Hak-hak dan Kebebasan-kebebasan Rakyat dan menyelesaikan Warisan Takhta. Tajuk panjang untuk Akta-Akta yang lebih tua kadangkala dipanggil rubriknya kerana kadangkala didakwat merah.

Akta panjang harus dibezakan dengan mukadimah, yang merupakan bahagian pilihan Akta atau Rang undang-undang dan mengikuti terus selepas tajuk panjang dan tarikh Perkenan Diraja, bermula dangan bacaan-bacaan mengenai latar belakang Akta, lazimnya bermula dengan kata "Bahawasanya..."

Rujukan sunting

Pautan luar sunting