Tajul muluk (Jawi: تاجُ المُلُك) atau ilmu tajul merujuk kepada suatu sistem geomansi yang pernah diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia zaman dahulu, Para dukun atau bomoh yang mengamalkan sistem ini menerapkan prinsip-prinsip metafizikal dan geomantik dalam merancang tapak pembangunan dan/atau pembinaan di atas bangunan tersebut.

Latar belakang sunting

Nama ilmu ini datangnya daripada suatu buku yang dituliskan untuk kaum kerabat kesultanan Aceh iaitu Taj-al-Mulk (Arab: تاج المُلْك - "mahkota raja-raja"). Ia turut mendapat nama sebagai ilmu tajul muluk atau ilmu tajul sahaja.

Sejarah berkaitan asal-usul ilmu ini tidak pernah dicatakan namun ia diperhatikan mempunyai unsur-unsur budaya India boleh difahamkan sebagai hasil pengaruh Hindu-Buddha semasa agama-agama itu tersebar luas dan dipegang kuat dalam kerajaan-kerajaan Asia Tenggara pada zaman dahulu. Ada yang percaya ia dipengaruhi vastu sastra atau feng shui yang pernah diamalkan secara tradisi di Semenanjung Melayu.

Walter William Skeat, seorang pegawai kerajaan British dalam bukunya Malay Magic ("Sihir Melayu", 1900) menulis bahawa amalan ilmu tajul sering diamalkan penduduk tempatan (sekurang-kurangnya pada zamannya):

Walaupun dalam membuat jalan melalui hutan nampaknya upacara korban tidak selalu diabaikan. Pada suatu ketika, saya terjumpa sekumpulan orang Melayu di hutan Labu yang sedang membuat landasan kekang untuk Kerajaan Selangor. Sebuah pedupaan buluh kecil, tempat kemenyan telah dibakar, telah didirikan di tengah-tengah jejak; dan saya dimaklumkan bahawa upacara yang diperlukan (untuk mengusir syaitan dari jejak itu) baru sahaja berjaya dimuktamadkan.[1]

Naiknya kesedaran pendidikan agama dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara pada tahun 1980-an menyebabkan sesetengah ciri budaya Melayu yang berakar daripada kepercayaan animistik dan Hindu-Buddha semakin ditegah dan dilupakan. Amalan tajul muluk kini dianggap sebagai suatu perkara khurafat lama, malah buku-buku berkaitan topik adakalanya diharamkan terbitannya di Malaysia.

Ilmu ini pernah menjadi perhatian umum kembali apabila suatu buku rujukan ilmu ini dijumpai dan didapati sebagai alat dipergunakan para pengganas Sulu untuk mengatur serangan pencerobohan dan pengganasan di kampung Tanduo berdekatan Lahad Datu, Bahagian Tawau di negeri Sabah pada tahun 2013.[2]

Peraturan dan syarat sunting

Jenis tanah yang ditentukan sunting

Untung atau balanya tanah sesebuah tapak rumah bergantung kepada beberapa faktor iaitu warna, rasa dan bau. auspiciousness of a location is determined by the colour, taste and smell of the soil, serta pembentukan permukaannya. Secara umumnya, warna tanah dari yang terbaik hingga yang paling teruk ialah putih, merah, kuning, kelabu dan hitam (bahasa Melayu juga mengkategorikan warna perang sebagai tona kuning). Tanah yang berwarna kuning kehijauan, wangi dan rasa masam akan memastikan kelimpahan emas dan perak kepada generasi ketiga. Jika tanahnya merah dan masam, penghuninya akan disayangi oleh keluarga mereka. Tanah putih dengan bau dan rasa yang manis dikatakan membawa kekayaan dan kebahagiaan. Tanah yang berbau busuk dengan warna dan tekstur yang salah akan membawa penyakit dan kemiskinan. Tanah yang penuh dengan lubang akan menyebabkan penghuninya mati miskin.

Ciri permukaan tanah juga dipertimbangkan: tanah rata sesuai untuk pembinaan rumah, kota ataupun dusun manakala tanah yang berbukit atau berlubang ditegah sama sekali. Sebaik-baik permukaan tanah kononnya ialah tanah yang rendah pada sebelah utara dan tinggi di sebelah selatan yang dipercayai membawa keamanan kepada penghuni rumah. Tanah yang rendah di barat dan tinggi di tumur juga dianggap memabwa tuah. Tanah yang tidak didudukkan pada kawasan berarah sedemikian dipercayai akan membawa kemiskinan dan kematian. Rumah yang mencondong dari kawasan barat daya dikatakan akan menyebabkan penghuni rumah kehilangan sara hidup, rumah yang mencondong dari barat pula dipercayai membawa maut kepada tuan rumah. Rumah yang mencondong dari barat dipercayai akan menyebabkan penghuni rumah membazir habis harta mereka.[3]

Upacara pendudukan sunting

Sebaik sahaja tapak binaan dibersihkan, dukun atau bomoh mula membakar kemenyan bagi mengasapi persekitaran. Dia kemudiannya memotong buluh berukuran sedepa yang dicacakkan ke dalam tanah bersama setimba air. Kemenyan dibakar lagi sambil beberapa mantera khas dibaca dukun tersebut. Bekas air dan kayu diperiksa pada fajar keesokan harinya - jika baldi tersebut ditumphahkan ataupun batang buluh dipendekkan, maka tapak tersebut dianggap ada bala; jika air bekas itu bertambah sehingga melimpah ruah dan batang buluh dipanjangkan maka kawasan tersebut dianggap membawa tuah. Setelah kawasan binaa yang sesuai telah dibina, sebuah lubang besar dikorek sebagai tapak tiang ibu. Tujuh butir beras dimasukkan ke dalam lubang tersebut besertakan dengan mantera tertentu sebelum tiang seri dimasukkan ke dalam lubang tersebut. Jika butir-butir beras ini menghilang keesokan harinya, ia dipercayai petanda tenaga buruk; tahap keburukan itu bergantung kepada ukuran ibu ketua.

Satu cara yang lain melibatkan pentafsiran mimpi: dukun meletakkan empat batang kayu di tengah tapak yang sudah dibersihkan lalu menyeru nama mana-mana semangat atau dewa. Dukun mengambil segenggam tanah lalu membacakan mantera berikut:

Hai anak Menteri Guru
Yang duduk empat penjuru alam
Aku memohonkan tanah ini
Jikalau baik, tunjukkan alamat baik
Jikalau jahat, tunjukkan alamat jahat

Tanah yang digenggam ini dibalut dengan kain putih, diasapi kemenyan serta diletakkan di bawah bantal tuan rumah. Dua bait terakhir mantera di atas dibacakan berulang kali sebelum tidur. Jika si penghuni bermimpi buruk, maka rumah tidak boleh dibina atas tapak ini. Jika mimpi baik, maka empat penujur tapak itu dipacakkan dengan kayu. Suatu dahan mati diambil dan dikambuskan dnegan tanah sebelum dibakar. Abu-abu yang terhasil dari pembaakran ini disapu dan ditutup, dengan pembacaan suatu mantera lainnya:

Hai, segala orang yang memegang tanah ini empat penjuru alam
Kama aku hendak berbuat rumah
Jikalau baik, tunjukkan alamat baik
Jikalau jahat, tunjukkan alamat jahat

Abu yang ditutupi itu akan dibuka semula di mana suatu tanda kononnya akan diberikan atas alamat baik atau buruknya tapak rumah yang ingin didirikan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Walter William Skeat (1965). Malay Magic: Being an introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsula. Frank and Cass, Co Ltd.
  2. ^ Junaidi Ladjana (14 Februari 2018). "Kitab ala Tajul Muluk rujukan penceroboh". Berita Harian.
  3. ^ Roland Werner (2002). Royal Healer.

Bacaan lanjut sunting