Takumi Minamino (bahasa Jepun: 南 野 拓 実 Hepburn: Minamino Takumi dilahirkan pada 16 Januari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai posisi pemain tengah menyerang atau pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Jepun.

Takumi Minamino
Minamino bersama Red Bull Salzburg pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Takumi Minamino[1]
Tarikh lahir (1995-01-16) 16 Januari 1995 (umur 29)[2]
Tempat lahir Izumisano, Osaka, Japan
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang, Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 18
Kerjaya remaja
2007–2012 Cerezo Osaka
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Cerezo Osaka 62 (7)
2015–2020 Red Bull Salzburg 136 (42)
2020– Liverpool 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2011 Jepun B17 4 (1)
2012 Jepun B20 8 (5)
2016 Jepun B23 3 (1)
2015– Jepun 22 (11)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:25, 29 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 November 2019

Minamino memulakan kariernya di kelab Liga Jepun, Cerezo Osaka pada tahun 2012 dan pada musim pertamanya beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pemula Tahunan Liga Jepun. Pada tahun 2014, beliau berpindah ke kelab Austria, Red Bull Salzburg dengan menghabiskan tempoh empat musim yang berjaya. Setelah tampil mengagumkan buat Red Bull Salzburg, beliau menyertai Liverpool pada 1 Januari 2020.

Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk skuad senior Jepun pada 2015. Minamino juga membintangi pasukan Jepun mara ke perlawanan akhir Piala Asia AFC 2019.

Kehidupan awal sunting

Semasa di bangku sekolah, Minamino bermain untuk kelab tempatan Sessel Kumatori. Ketika berusia tujuh tahun, beliau mengemari penyerang Brazil, Ronaldo yang merupakan penjaring gol terbanyak di Piala Dunia 2002 semasa Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah. Minamino juga menonton video teknik kemahiran mengelecek daripada Ronaldo dan kemudiannya berlatih diluar rumah. Beliau juga mendapat insiprasi daripada abangnya, Kenta dengan berlatih bersama-sama, serta di dorong oleh ayah mereka. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Osaka-Kokoku. Ketika membesar, Minamino menggambarkan dirinya sebagai "anak yang aktif".

Kerjaya kelab sunting

Cerezo Osaka sunting

Minamino menyertai pasukan belia Cerezo Osaka ketika usia 12 tahun melalui kelab akademi. Semasa di kelab akademi Cerezo, Minamino berlatih bersama pemain skuad senior seperti Shinji Kagawa. Minamino mengatakan mengenai pasukan muda kelab pada tahun 2014, dengan mengatakan: "kejurulatihan fizikal yang saya lalui semasa berada di kelab akademi Cerezo Osaka sangat sukar dan ia sama seperti kejurulatihan sekarang.

Pada bulan Ogos 2009, Minamino mengambil bahagian mewakili Cerezo Osaka B15 dalam Kejohanan Kelab Bola Sepak Remaja Jepun B15 dan telah menduduki tempat kelapan, ketika pasukannya tersingkir di peringkat suku akhir. Walaupun begitu, beliau merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan jumlah jaringan sebanyak lapan gol. Pada tahun berikutnya, Minamino membantu pasukan Cerezo Osaka B15 menamatkan saingan di Liga Perdana Kansai dengan kemenangan 5-0 ke atas Sekolah Menengah Sains dan Teknologi Kobe City pada 11 April 2010. Pada tahun 2011, beliau berpindah bermain untuk Cerezo Osaka B-18, ketika pasukannya mengambil bahagian dalam Piala Takamadomiya di Liga Perdana Bola Sepak JFA B-18.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 11 Mac 2020[4]
Kelab Musim Liga Piala Negara[a] Piala Liga[b] Kontinental Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Cerezo Osaka 2012 J1 League 3 0 1 0 4 0
2013 J1 League 29 5 1 0 8 3 38 8
2014 J1 League 30 2 1 1 2 2 7[c] 2 40 7
Jumlah 62 7 3 1 10 5 7 2 82 15
Red Bull Salzburg 2014–15 Fußball-Bundesliga Austria 14 3 2 0 1[d] 0 17 3
2015–16 Fußball-Bundesliga Austria 32 10 6 2 2[e] 1 40 13
2016–17 Fußball-Bundesliga Austria 21 11 5 3 5[f] 0 31 14
2017–18 Fußball-Bundesliga Austria 28 7 4 1 12[g] 3 34 11
2018–19 Fußball-Bundesliga Austria 27 6 5 3 13[h] 5 45 14
2019–20 Fußball-Bundesliga Austria 14 5 2 2 6[i] 2 22 9
Jumlah 136 42 24 11 39 11 189 64
Liverpool 2019–20 Liga Perdana Inggeris 4 0 3 0 1 0 7 0
Jumlah kerjaya 202 49 30 12 10 5 47 13 278 79
  1. ^ Termasuk Piala Maharaja, Piala Austria, Piala FA Inggeris
  2. ^ Termasuk Piala Liga Jepun, Piala Liga Bola Sepak Inggeris
  3. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara AFC
  4. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  5. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  6. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA
  7. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA
  8. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA
  9. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa sunting

Pada 14 November 2019.[5]

Jepun
Tahun Kmncln Gol
2015 2 0
2016 0 0
2017 0 0
2018 5 4
2019 15 7
Jumlah 22 11

Jaringan gol antarabangsa sunting

Skor dan keputusan menyenaraikan jumlah gol Jepun terlebih dahulu.[6]
No. Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 11 September 2018 Panasonic Stadium Suita, Suita, Jepun   Costa Rica 2–0 3–0 Piala Cabaran Kirin 2018
2. 12 Oktober 2018 Denka Big Swan Stadium, Niigata, Jepun   Panama 1–0 3–0
3. 16 Oktober 2018 Saitama Stadium 2002, Saitama, Jepun   Uruguay 1–0 4–3
4. 4–2
5. 1 Februari 2019 Zayed Sports City Stadium, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu   Qatar 1–2 1–3 Pentas Akhir Piala Asia 2019
6. 5 September 2019 Kashima Soccer Stadium, Kashima, Jepun   Paraguay 2–0 2–0 Piala Cabaran Kirin 2019
7. 10 September 2019 Thuwunna Stadium, Yangon, Myanmar   Myanmar 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022
8. 10 Oktober 2019 Saitama Stadium 2002, Saitama, Japan   Mongolia 1–0 6–0
9. 15 Oktober 2019 Central Republican Stadium, Dushanbe, Tajikistan   Tajikistan 1–0 3–0
10. 2–0
11. 14 November 2019 Dolen Omurzakov Stadium, Bishkek, Kyrgyzstan   Kyrgyzstan 1–0 2–0

Anugerah dan pencapaian sunting

Red Bull Salzburg

Individu

  • Anugerah Pemula Hadiah Utama Sukan Profesional Jepun: 2013[7]
  • Pemain Terbaik Pemula Tahunan Liga Jepun: 2013

Rujukan sunting

  1. ^ "Updated squad lists for 2019/20 Premier League". Premier League. 6 February 2020. Dicapai pada 16 February 2020.
  2. ^ "Takumi Minamino: Overview". Premier League. Dicapai pada 2 January 2020.
  3. ^ "Takumi Minamino". AS Monaco FC. Dicapai pada 15 December 2022.
  4. ^ a b c "Japan - T. Minamino - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". int.soccerway.com. Dicapai pada 2020-06-16.
  5. ^ "南野 拓実 - サッカー日本代表データベース". www.jfootball-db.com.
  6. ^ "Minamino, Takumi". National Football Teams. Dicapai pada 19 September 2018.
  7. ^ "南野拓実選手 内閣総理大臣杯日本プロスポーツ大賞「新人賞」受賞のお知らせ". Cerezo Osaka. 27 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-16. Dicapai pada 2020-06-16.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Jepun Piala Asia AFC 2019